Pages

Friday, 16 November 2012

Roti telur berintikan Salmon Fish ball

Petang tadi on the way balik rumah... mori layan mencari idea nak masak apa untuk dinner..hehehe.... At least kalau dah dapat idea senang nak prepare nak masak kan......Jadi tadi mori prepared kan Roti telur berintikan Salmon Fishball .....untuk dinner.... simple dish...tak heavy sangat.  Kekadang buntu gak nak masak apa untuk dinner.... semalam dah hidang oats untuk husben..hehehe... hari nie takkan nak hidang yang sama gak...kena la tukar menu tu... sian pulak kalau hari2 oats...mau jemu nanti...betul kan.

Mori suka tengok rancangan Good Chef Bad Chef with Chef Adrian and Janella.  

gambar ihsan dari google

Cara dorang masak very simple...tapi nampak menarik...nak cakap sedap tu...tak taulah..sebab tak merasa kan.  Tapi setakat nie mori belum pernah lagi mencuba resepi yang dorang buat..tapi one of this day...pasti nak mencuba juga. Tu yang mori mencuba resepi di bawah nie..bukannya dari rancangan doang...cuma mori berkreatif sendiri dengan bahan yang ada di dalam petiais. Komen dari juri master chef dalam rumah mori...masakan ni OK.....hehehehe..

Jom layan resepi yang mori buat tadi.  Simple mimple.... jer.hehehehe...

Resepi Roti telur berintikan Salmon Fishball

Bahan-bahannya:
Beberapa keping roti gardenia yang di potong bahagian tepinya.

10 biji Salmon fishball di hiris nipis.
1 biji bawang besar di potong dadu 
2 biji bawang putih di potong dadu
1 biji cili merah di cincang halus
2 biji cili api di cincang halus
1 sudu teh serbuk secukuprasa maggi
2 biji telur
secubit garam
Beberapa tangkai daun sup di hiris halus.

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan sedikit sahaja minyak
Tumiskan bawang besar dan juga bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan juga cili api dan gaul rata.
Masukkan serbuk secukup rasa maggi dan gaul rata.
Masukkan Salmon fishball.  Biarkan seketika sehingga Salmon fishball masak.
Pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan daun sup yang telah di hiris dan gaul rata.
Matikan api

Sediakan kuali bersih dan masukkan sedikit minyak.
Sediakan roti sekeping dan letakkan inti tadi di atas roti dan lipat menjadi kan segi tiga.
Tekan sedikit di bahagian hujung roti supaya bercantum.
Celupkan roti dalam telur yang di pukul dengan sedikit garam dan juga sedikit serbuk secukup rasa maggi. Gorengkan sekejap aje.  Angkat dan toskan minyak.
Sedia untuk dihidang.

Kalau nak makan gitu pun bole atau nak cicah ngan mayo dan sos pun bole.


Wednesday, 14 November 2012

Biskut Bijan Rangup

Yummyy yummmyy ...memang sedap biskut nie.... Resepi nie memang mori dah target nak buat selepas Siti Delima post kan dalam blognya.  So semalam... selepas settlekan semua kerja... mori baked biskut nie... Terimakasih lah pada Siti Delima kerana berkongsi kan resepi nie.  Patut la Siti Delima kata biskut nie takkan bertahan lama.. Sedaappp... tak jemu makan biskut nie.  Satu persatu dok masuk mulut...mengunyah.  Senang pulak tu cara-caranya...tak banyak bahan...simple and easy. 

Biskut nie sedap untuk di jadikan snack minum petang ataupun sambil tengok tv. 
Resepi Biskut Bijan Rangup
Sumber dari Dari Dapur CT - sitidelima

Bahan-bahannya:
1/3 cawan bijan putih (mori guna bijan putih jer sebanyak 1 cawan)
1/8 cawan bijan hitam (mori tak guna)
100 gm mentega - dilembutkan (mori guna buttercup)
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1 biji telur B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh kayu manis (pilihan)

Cara-cara:
1.  Bijan di panggang sebentar di dalam oven dalam 3-4 minit. Keluarkan dan ketepikan.
     Alas dulang loyang dengan kertas minyak dan ketepikan
2.  Putar mentega, gula dan gula perang sehingga berkrim.  Tambah telur dan pukul sebentar.
3.  Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan kayu manis dalam mangkuk berasingan.
     Kemudian beransur-ansur menambah tepung ke dalam adunan mentega.
4.  Masukkan 1/2 dari bijan yang di panggang kedalam adunan dan gaul rata dengan spatula hingga rata.
5.  Bungkus doh dengan platik bersih dan masukkan ke dalam peti sejuk selama satu jam.
6.  Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil anggaran 20 gm setiap adunan dan bentukkan bulat.
     Gulingkan pada bijan hingga rata.
7.  Letak di atas kertas minyak dan tekan dengan tapak tangan adunan hingga sedikit leper.
     Jarakkan adunan 2 inci setiap satu.
8.  Bakar pada suhu 190 degrees C selama kira2 15 minit atau hingga perang keemasan.
     Biarkan 2 minit di atas dulang dan pindahkan di atas rak dawai biar sejuk sepenuhnya.
     Simpan dalam bekas kedap udara.


Tuesday, 13 November 2012

Fried mushroom with eggplant

Gader2 jer...letak title in english...hahaha...tak kisah la... sedap pulak sebut eggplant... memula mori tak tau nama sayur terung in english..... bila tengok rancangan memasak kat tv...baru mori tau...terung nie nama nya eggplant dalam bahasa english... hahahaha... selain bole tengok cam mana doang masak... sebenarnya banyak gak bole kita pelajari...kira cam educational la juga kan...banyak info and tips yang di bagi tau dalam rancangan doang.  Tak yah mori nak semak2 dictionary kan ..malas gitew....
Jom layan resepi nya... simple but delicious....
Ni lauk tengahari tadi makan dengan Ikan bawal sambal kering.  

Resepi Cendawan goreng dengan terung.

Bahan-bahannya:
1 biji terung yang di potong selebar 1 inci.
15 keping cendawan shitaki di hiris nipis.
5 biji bawang putih di ketuk dan di cincang halus.
1 biji cili merah di belah 4 dan cincang halus.
10 ekor udang kering
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk secukup rasa
1/2 sudu teh garam

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan minyak masak.
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi
Masukkan udang kering dan cili dan tumis sehingga bau wangi.
Masukkan sos tiram dan kacau rata.
Masukkan terung dan juga cendawan.
Gaul rata sehingga terung dan cendawan masak.
Masukkan minyak bijan, serbuk sercukup rasa dan juga garam.
Gaul rata.
Sedia untuk di hidang.


Ikan Bawal masak sambal kering

Hari nie public holiday... sempena hari Deepavali bagi kaum Hindu.... tapi husben kena pergi kerja.  Pagi tadi mori dah prepared kan bekal untuk husben...nasi goreng merah dengan ayam goreng.  Nasi goreng tu ngam ngam jer untuk dia.  Lepas husben pergi kerja.... mori terus buat keja...mengemas laman ... cantas cantas pokok yang dah merimbun... buang kan daun daun kering... kemas sana kemas sini...tak sedar yang mori dan ipa, maid mori tu...lom bekfast lagi.....karang bangun lak si adda....mencari bekfast ......tapi rasa malas pulak nak kuar gie membeli... aarrhhh malas nak fikir nak pegi ke tidak ...terus mori tanak kan nasi...buat nasi lemak simple untuk kami ber3.  cincai cincai jer...janji nasi lemak tu...ada sambal, ikan bilis goreng dan telur goreng.....ok la kan... hehehe..
Lepas bekfast..sambung mengemas... susun atur dapur mori semula...ubah ini ubah itu.. ..memang mori tak leh duduk sajer...mesti kena ada sesuatu nak buat.....kalau tidak mori rasa cam malas giler... Jadi mori mengemas la dapur ...... kuar kan barang2 yang tak perlu... mori basuh dan asing kan...plannya nak bagi pada adik.  Tu yang untung nya ada adik beradik ramai... rasa rasa dah banyak sangat barang..mori transfer ke rumah adik2 lak.. hehehehe..ok la kan.....  
Tau tau jer...dah masuk Zuhur.... belum masak untuk lunch lagi...... buntu la pulak nak masak apa yer... at last...mori kuar kan ikan bawal dari peti ais... mori masak sambal kering cam mori masak ketam hari tu..... sedap sambal tu..... tak basah ...kering kering gitu sambalnya...ada rasa manis...ada rasa masin sikit dari udang kering tu.    

Mori salin semula nya resepi nya di sini.... senang nak rujukkan.

Resepi Ikan Bawal Sambal Kering

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal di bersihkan dan di selar2.
Gaulkan dengan garam dan kunyit dan di goreng garing.

1 genggam cili kering di rendam sehingga kembang dan di toskan
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
15 ekor udang kering di rendam
1 biji putih telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa.

Cara-carannya:
Ikan yang telah di goreng kan dan di ketepikan.
Cili kering, bawang besar, bawang puth dan udang kering di tumbuk sehingga lumat.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya.
Tumiskan bahan2 yang di tumbuk sehingga terbit minyak dan berbau wangi.
Masukkan putih telur dan kacau rata sehingga telur masak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kalau bole sambal tu biarlah garing sedikit dan berwarna gelap.
Masukkan ikan ke dalam kuali dan gaulkan dengan sambal tadi.
Matikan api dan bole di hidang kan.


Monday, 12 November 2012

Shortbread Cookies with lots of Chocolate Chips for my girl

Biskut nie mori pernah buat masa nak menyambut hari raya yang lepas.... mori buat 1 adunan jer...so dapat sikit.  Rupanya biskut nie tak sempat sampai ke Hari Raya sebab habis di kerjakan oleh adda.  Dah abis tu abis lah kan...malas la pulak masa tu nak repeat buat lagi masa tu...hehehe..... Ni cuti sekolah dah start...jadi Adda ada kat umah... mesti mulut tu asik nak mengunyah aje kan...dah tak der kerja lain nak buat.... so mori buat kan biskut nie untuk dia.  Mori buatkan 1 adunan aje untuk Adda dan kali nie...mori letak banyak dan banyak dan banyak chocolate chips...hehehehe... 


Resepi Shortbread Cookies with Chocolate Chip

Bahan-bahan:
1 cawan butter
1/2 cawan gula halus
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu kecil garam

Chocolate chips seberapa banyak yang kita suka

Cara-carannya:
Pukul butter dengan gula sehingga sebati dan hancur.  Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Ayakkan tepung gandum, baking powder dan garam.
Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit2 dan gaul sehingga sebati.
Masukkan chocolate chips dan gaul rata.
Sediakan dulang pembakar dan lapikkan dengan baking paper. 
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar dan tekan sedikit supaya adunan menjadi leper.
Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 160 degrees C.
Bila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.


Cruncy...full of chocolate chips.

Sunday, 11 November 2012

Japanese Cotton Soft Cheesecake with Raspberry Jam on top

 Cheese cake nie mori buat selepas balik dari kenduri petang tadi.  Resepi dapat dari dessertzhouse . Thankyou Dessertzhouse so much for sharing the recipe.  Mori saje letakkan jem raspberry on top... untuk lebih yummy.  Rasanya gebu dan lembut.  Cuma mori nak cepat sangat tengok hasilnya....mori keluarkan kek terlalu awal...menyebabkan kek mori macam berpinggang.  Sepatutnya kek harus di biarkan sejuk dalam oven dengan merenggangkan pintu oven sedikit.  Next time kena ingat nie....penting.
Resepi nya mori dah alih kan ke dalam bahasa di bawah.  

Recipe Japanese CottonSoft Cheesecake with Raspberry Jam on Top

Bahan-bahannya:

(A)
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
40 gm gula kastor

60 gm tepung naik sendiri *
20 gm tepung jagung *
1/4 sudu teh garam *
(ayak kan bahan bertanda *)

(B)
6 biji putih telur
100 gm gula kastor

Cara-carannya:
Sediakan loyang 8" yang di gris dan lapikan dengan baking paper.
Balut loyang dengan aluminium foil.  Ini untuk mengelakkan air masukkan ke dalam adunan.

Panaskan susu dan cream cheese secara double boiler.
Kacau menggunakan whisk sehingga adunan menjadi cair.
Masukkan butter dan kacau sehingga tiada lagi ketul dalam adunan.
Matikan api.  Kalau masih ada lagi ketul2... guna handmixer dan pukul sehingga hancur.
Sekejap sahaja - beberapa saat, jangan terlalu lama. Ketepi dan biarkan ianya sejuk.

Sementara tu di dalam bekas lain pukul telur kuning dan gula sehingga adunan sebati.
 Adunan akan kelihatan berbuih dan berwarna terang.
Masukkan adunan telur kuning kedalam adunan cream cheese tadi dan pastikan adunan cream cheese tidak panas. Pukul dengan handmixer sehingga adunan sebati.
Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula kaedah kaup balik.
Adunan mesti sebati dan ketepikan.

Pukul putih telur sehingga adunan menjadi kental.
Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga adunan menjadi kental.
Masukkan 1/3 dulu adunan putih telur kedalam cream cheese dan guna spatula kaedah kaup balik. 
Masukkan baki adunanan putih telur dan kaup sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris.
Bakar secara waterbath (adunan yang dalam loyang tadi di masukkan ke dalam dulang pembakar. Tuang kan air panas kedalam dulang pembakar, lebih kurang 3/4 dulang pembakar dan bakar pada 150 degrees selama 1 jam atau 1 jam 20 minit.

Tips:  Bila kek telah cukup masak, biarkan kek sejuk dalam oven.  Renggangkan pintu oven sedikit.
Bila telah cukup sejuk baru keluarkan dari loyang.




Saturday, 10 November 2012

Roasted Black Pepper Chicken with Sesama Seed dan Fried Butter Rice

Alhamdullilah lah  pagi tadi cuaca cerah... memang mori plan nak pegi Keramat pagi tadi.... nak jumpa abah dan ziarah pusara arwah mak.  Mori masakkan asam pedas ikan jenahak untuk abah.  Mori letakkan bunga kantan dan sayur bendir.   Tapi sebelum jumpa abah... mori gie ziarah dulu pusara mak... wanginya kat situ...penuh dengan bunga.  Rindunya kat mak.
Dan yang bestnya budak kecil nie jadi peneman mori...hehehe.... 


Dia nie anak jiran depan umah...Dia nampak mori start engine kereta...terus dia cakap nak ikut aunti mori.... dia buat muka seposen..bila mak nya tak kasi... tapi biasalah si akid nie... memang kena ikut kehendak dia... so mori bawa lah ikut sama...kebetulan abah dia ada hal lain... dan husben mori lak kena pergi keje... yang Adda lak... masih tidur  lagi....apa lagi..mori bukak pintu kereta....jom akid...teman aunti..muahahaha...Kalau mak dia tak der sama...dia nie ok....mendengar kata... seronok bawa dia nie jalan2... Sampai kan gie jumpa adik mori... si Azelin pun ikut layan dia.  Pandai amik hati orang..... lebih2 lagi..bila aunti lin umpan dia ngan cd Upin dan Ipin... seronok la kawan tu...pas tu bila aunti Lin umpan dengan cd Transformer... dia nak juga...at last..semuanya dia dapat...thank you so much aunti Lin.. Bila abah mori datang... suruh dia salam atuk... dia tak takut...terus gie salam.  Senyum lebar atuk tu tengok budak nie friendly sangat.  Balik dari Keramat... dia layan tidur sambil peluk cd.  hahaha...yang best tu...sampai umah...mak nya keluar panggil balik....dia tak mau...terus jalan masuk rumah mori..hehehehe... agaknya seronok sangat dapat cd .....happening betul budak nie.


Lunch hari nie.... mori masak Roasted Black Pepper Chicken with Sesame Seed dan Fried Butter Rice..hehehe..... apasal pulak..letak nama menu dalam bahasa english nie.....tapi kan sedap sikit bunyi dalam bahasa english.... mai alih kan dalam bahasa melayu... Ayam Bakar Lada Hitam dengan Biji Bijan....ok ke... hehehe...tak kisah lah yer...apa pun nama nya..janji dapat makan..
Alhamdullilah..rezeki dari Allah s.w.t.  


Jom layan resepi....


Resepi Roasted Black Pepper Chiken with Sesame Seed

Bahan-bahan:
1 ekor ayam yang di bersih dan di tos sehingga kering airnya
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan biji bijan
1 sudu makan jus lemon
1 sudu teh minyak bijan.

Cara-carannya:
Lumurkan ayam dengan 1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh lada hitam sehingga rata luar dan dalam.
Perapkan ayam lebih kurang 1 jam.
Panaskan oven dan bakar ayam pada suhu 180 degrees selama 50-60 minit.
Pada setengah jam pertama, taburkan biji bijan rata ke atas ayam dan perahkan sedikit jus lemon.
Titiskan sedikit minyak bijan.
Dan bakar semula dengan kepanasan 20 degrees sehingga ayam kelihatan perang dan masak.

Mori saje goreng kan nasi tu ngan butter....ok lah kan...simple jer.. tak perlu banyak2 bahan...sebab dah ada lauk ayam..

Resepi Butter Fried Rice

Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi yang telah di basuh dan rendam seketika.
2 sudu makan butter
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh garam
4 biji bawang putih di ketuk

Cara-carannya:
Tanakkan beras basmathi.  Sejukkan bila telah masak.
Panaskan kuali dan masukkan butter dan biar sehingga cair.
Masukkan bawang putih yang telah di ketuk dan tumis sehingga naik bau wangi.
Masukkan nasi dan gaul rata.
Masukkan serbuk pati ayam dan juga garam.
Gaul rata.


Resepi Kentang Bakar

Bahan-bahan:
5 biji kentang yang di buang kulit dan di belah 4
1 sudu makan minyak zaiton
1 tangkai daun ketumbar di hiris
1 sudu teh daun rosemary kering

Cara-carannya:
Gaul rata kesemua bahan2 di atas dan biarkan seketika.
Bakar kan sehingga kentang masak.
Boleh di hidang bersama dengan ayam.


Resepi Sos Black Pepper
Sumber resepi dari blog  Cahaya Cinta Ku... resepi nya bole klik SINI

Mori ada tukar dan tambah sikit bahan2...jadi kalau nak ikut resepi mori di bawah nie.

Bahan-bahan:
2 sudu makan butter
2 sudu makan tepung gandum
2 cawan fresh milk
2 sudu makan serbuk lada hitam
3 @ 4 sos botol black pepper
2 sudu makan kicap pekat (untuk kaler sos lebih gelap)
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
Air panas secukupnya

Cara-caranya:
Panaskan kuali non stick  dan masukkan butter dan biarkan sehingga cair.
Masukkan tepung gandum tadi dan kacau rata menggunakan whisk atau garfu.
Bila dah berbuih-2 masukkan susu dan kacau lagi.
Masukkan pula serbuk lada hitam.
Masukkan kicap pekat, sos cili dan juga sos botol black pepper.
Masukkan pati ayam dan kacau sehingga agak pekat.
Kalau suka pekat...kita adjust la ikut rasa kita...tapi kalau nak cair...mori tambah kan sedikit demi sedikit air panas dan kacau rata sehingga sebati.


Mori hidang kan sekali dengan tomato yang di gaul dengan sedikit mayonis.


Yummyyy yummmyy.... simple dish...tapi kecah satu dapur mori kerja kan tengah hari tadi... hehehe...tak tau la kenapa... tapi apa pun berbaloi baloi bila di hidang kan untuk famili kita makan bersama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...