Pages

Saturday, 7 April 2012

Onde Onde - Buah Melaka

Hari nie memang mori tak memasak bekfast atau pun lunch…. Semasa menziarah kubur mak di Tanah Pekuburan Keramat… fren merangkap jiran …. dia calling calling…nak anta Nasi Lemak untuk bekfast…Uuiii rezeki di pagi hari.  Terima kasih yer Zie… Alhamdullilah, syukur…



Sampai aje rumah… jiran merangkap fren juga…dari sebelah rumah.. menghantar soto ayam ngan nasi impit.   Alhamdullilah syukran… yer kawan ku.. Ila…
Masuk aje rumah…tengok maid pulak dah goring kan nasi… eemmm banyak nya… camnie tak payah masak tengah hari.  


Petang tadi….mori mencari resepi untuk minum petang.  Jumpa Onde onde semasa BW ke Sky Blue Kitchen.  Menarik gak nie.  Mori pernah buat onde onde..atau pun di panggil Buah Melaka.  Pernah fail buat resepi ni.  Masuk kedlm Mr Bin.  Tapi kali nie nekad nak cuba agi.  Alhamdullilah menjadi.  Elok aje siap buah melaka… kedengaran lak ada orang bagi salam… tengok ada jiran bagi bubur kacang.  Fuuhhh !!! mori balas balik dengan onde onde nie.  Rezeki dia. 


Resepi nie mori amik dari blog Sky Blue Kitchen - Diana.  Dan Diana dapat dari Anim @ My Kitchen
Terimakasih yer berkongsi resepi dan izin kan mori salin kan ke dlm blog mori.
Resepi Onde-onde dari Chef Hanieliza (Buku Kuih Muih Minum Petang)

Bahan-bahan
 2 cawan beras pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan)
2 ketul gula melaka (di potong dadu kecil)
1/2 biji kelapa muda parut ( diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:- 
Bancuh tepung pulut,tepung gandum dan garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh di gentel.
Ambil sebesar ibu jari dan leperkan
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.
Bentukkan seperti bebola.
Panaskan air hingga mendidih.Masukkan bebola pulut tadi.
Apabila kuih timbul,boleh di angkat dan toskan ke dalam tapisan.
Golekkan kuih dengan kelapa parut yang bercampur dengan garam dan hidangkan.

Puding Roti Pelangi

Yang sebenarnya mori baru aje beli loyang baru..... So rasa seronok aar sikit hehehe.... Takkan nak perap aje loyang tu kan....teringin buat sesuatu....So mori jalan jalan cuci mata kat food bloggers.... mata mori terus tertumpu kat puding roti pelangi di blog masam manis.  Mori tak tunggu lagi, terus salin resepi... dan mula kan operasi.   

Bahan-bahan memang dah ada dlm gobok... cuma tak der masa nak buat.  Kebetulan pulak husben lom balik dari kerja.  Ada lah masa terluang sikit.  Check semua bahan2.... eehh!!! mana susu manis nie.. takkan dah abis... alamak...takkan nak gie kedai tengah malam nie.  Kring kring.. call jiran kita depan umah cik yati.. kot kot kedai runcit dia masih bukak tak.  Alhamdullilah dia ada stock susu manis.  Apa lagi..kita pinjam aar dulu... nanti kita ganti balik.... memang cam tu la kat area umah sini... kekadang dapur kita lak jadi kedai runcit pada jiran jiran mori. 



Resepi nie mori dapat dari dapur Azlita Masam Manis...tapi dia dapat pun dari Cik Mai di My Resepi.  


Disebabkan mori ada agar agar biasa yang paket tu...bukan agar agar serbuk..so mori ikut resepi dari Cik Mai di My Resepi.
Resepi Puding Roti Pleangi
Sumber resepi dari Cik Mai
Sumber dari

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu( mori rasa kena lebihkan sikit)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila

Cara-caranya:
Masak agar-agar dengan air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar).  Masukkan gula dan kacau sebati.
Dengan menggunakan blender, kisar roti dengan telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yang di kisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi.  Masak dengan api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila.  Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yang di masak ke dalam loyang.
Daripada adunan tadi, asingkan 2 cawan berasingan adunan.
1 di campurkan dengan pewarna merah,
1 lagi dengan pewarna hijau.
Tuang adunan berwarna tadi secara berselang seli ke atas adunan di dalam loyang.
Sejukkan.

Monday, 2 April 2012

Kari Ikan Siakap

Ikan Siakap ni pemberian jiran sebelah rumah.  Dia dapat 4 ekor dari abg ipar dia ke..adik ipar dia.  Jiran mori kata…tak tau nak buat apa banyak banyak nie… dia bagi kat Mori sekor.. rezeki jangan di tolak… orang dah kasi…kita merasa… heheheh… tima acih la bebanyak yer jiran ku… emmm sedap nie..buat masak kari walaupun mori tak berapa minat kari… kalau kat husben..memang kari favourite dia.

Ikan nie..macam macam cara bole di masak, kalau nak  masak 3 rasa pun bole… bakar pun ok gak… tapi Mori nak masak kari aje…sebab nak cepat.  Kalau ikan siakap ni masak berkuah…. Isi nya jadi lembut… sedaaapp.

Mori memang tak pandai nak ubah ubah masak kari ikan nie… cam mana mama in law mori ajar dulu…sampai sekarang nie mori follow.
Dulu mori memang duduk serumah dengan mama in law.  Jadi dia kata..bila dah duduk sini..kena la belajar cara sini masak…adduuhh kita nie lak..suka masak pedas pedas… sambal memang favourite kita.  So kita ikut aje la…tak berani nak melawan…peergghh garang mama in law kita. 

Ada 2 cara mori masak kari ikan…. Ada yang mori letak santan dan ada masa mori tak letak santan….. tapi bahan bahan dalam menumis tu sama aje.  Kalau letak santan..mori kurangkan sikit rempah kari nya… dan sebaliknya kalau tidak letak santan…mori lebih kan rempah kari.  .  Mori prefer tak letak santan tapi untuk kali nie mori nak letak santan sikit.  Biar rasa lemak2.  Sekali sekala tak per...…tak leh selalu.. nanti bole naik cholesterol.

Ni la rupanya halba and biji sawi.

Resepi Kari Ikan Siakap

Bahan-bahannya:-
Seekor Ikan Siakap dibersihkan

5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar * (atau 5 ulas bawang kecil)
(yang bertanda * di hiris halus)

1 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi
Beberapa tangkai daun kari
2 sudu rempah kari ikan
Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
Santan Pekat (Mori guna santan kotak)


 Cara-caranya:
Tumis bahan yang di hiris sehingga naik wangi.
Masukkan halba, biji sawi dan daun kari.  Tumis sehingga naik wangi.
Masukkan rempah kari yang telah di gaul dengan sedikit air.
Tumis sehingga kari masak (pecah minyak)
Masukkan air asam jawa.
Masukkan bendir dan tomato.  (Mori letak tomato aje)
Bila hampir separuh masak…masukkan ikan.
Masukkan juga santan pekat.  Gaul rata.
Tunggu sehingga ikan dah masak baru masuk kan garam secukup rasa.


Mori goreng kan papadom untuk makan dengan kari ikan nie.

Nota: Kalau tak mau letak santan, lebih kan sedikit rempah kari. Masukkan air, kemudian masukkan bendir dan tomato..biarkan mendidih masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak baru masukkan garam.  Kuahnya tetap pekat dan cantek.  Rasanya ada masam masam sikit..tapi sedap cam kari mamak.



Sunday, 1 April 2012

Banana Chocolate Chips and Almond Cake

Cuaca panas terik hari ini… teringin nak buat Banana Chocolate  Chips Cake…pastu nak letak kacang almond on top.  Cari balik resepi lama… pernah buat Banana Chocolate Cake nie…tapi rasanya dalam cups aje ….style muffin.  Kali nie nak bake dalam loyang la pulak. 
Mori buat 2 adunan... saje nak pas pas kat jiran jiran sikit. 




Resepi Banana Chocolate Chips Cake
Bahan-bahanya:

Bahan A
230 gm tepung gandum
150 gm gula kaster
1 sdt baking powder
¼ sdt soda baking
¼ garam
¼ serbuk kayu manis

Bahan B
2 biji telur besar di pukul perlahan
115 gm butter yang di cair dan di sejukkan.
4/5 biji pisang berangan yang agak besar.
1 sdt vanilla extract.



 Chocolate chips secukupnya.
Almon nips secukupnya. (Mori saje letak..nak bagi ummmphh agi)

Cara-caranya:
Ayak bahan-bahan A …kecuali gula kaster.
Masukkan gula kaster dan gaul rata.
Ketepikan.

Gaul bahan bahan B dan perlahan lahan masukkan ke dalam bahan A tadi. Gaul rata sehingga semua bahan2 tadi sebati.

Gris kan loyang dan tabur kan chocolate chips dan almond tadi.  Mori tabur sedikit chocolate chips di dasar loyang... 
Bakar pada 180 C selama 45 minit. 

Note:  Jangan terlalu mengaul bahan2 tadi.  Nanti adunan akan terlalu lembik.

Resepi asal bukan dari Mori.  Tak ingat dari mana mori dapat. Mungkin dari kekawan atau dari buku resepi.



Pajeri Nenas

Pajeri Nenas nie…sememang favourit husben tapi bukan untuk mori and adda.  Mori cukup malas nak buat lauk nie… sebab yang makan dia sorang.  Kekadang mori berkomplot ngan jiran nie..  dia suka masak pajeri …tak kisah lah..pajeri terung ke ..pajeri nenas ker..  kalau dia masak pajeri…hulur hulur ler kat kita sikit…hahahaha..kantoi mori.  Tapi memang sudah beberapa kali di hulur kan kat mori pajeri nenas..pajeri terung.  Best betul jiran jiran kat area umah mori.


So hari nie selain Ikan Cencaru Sumbat …mori nak buat pajeri nenas.  Dah lama mori tak buat sendiri.  Bole mori balas balik bekas jiran nie.  Semalam dia kasi Nasi Lemak untuk bekfas.  Tumbs Up.  Memang sedap.

Resepi Pajeri Nenas
Bahan-bahannya :

1 biji nenas di kupas kulitnya dan di potong nipis.

1 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
(Bahan bertanda * di tumbuk lumat)
5 sudu makan rempah kari daging.
(Bahan- bahan yang di tumbuk dan rempah kari di gaul rata dengan sedikit air).

Bahan untuk menumis. 
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 Inci halia
(semua bahan ini di hiris)
 
Segenggam udang kering yang di tumbuk
2 sudu makan kerisik.
Sedikit Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
½ sudu gula.


Cara-caranya:
Tumis bahan yang di hiris sehingga naik wangi.
Masukkan bahan-bahan yang di tumbuk bersama rempah kari.
Tumis sehingga rempah wangi dan masak.
Masukkan sedikit air asam jawa.
Masukkan nenas dan masak sehingga empuk.
Masukkan santan, kerisik dan juga udang kering.
Gaul rata.
Bila dah cukup mendidih, masukkan garam secukup rasa dan setengah sudu makan gula. Gaul rata.


Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Semalam memang buzyyyyy betul.  Pergi KL untuk beli barang2… jumpa ngan adik adik…yang join sama bershopin sakan.  Memang banyak berjalan la ari tu…nasib baik tak bawa adda bersama…. Klu tidak…mori tak tau lah..bertapa panjang nya muncung tu. Hahahaha.  Abis shopin..drive trus gie Keramat.  Join pulak ngan sis sorang lagi..…kat kubor mak.  Memang dah plan nak jumpa di sana.  Dah jarang jumpa mereka sekarang…rasa rindu ngan adik adik. Abis aje terus berkejar kerumah mak…tunai kan solat.  Berkejar pulak kat tempat bisness adik dekat ngan Setiawangsa Aeon Jaya Jusco.  Kat situ pulak jadi port..adik beradik berkumpul…bertukar tukar cerita…bergossip sensasi.  Tak sempat nak jumpa abah..dia dh keluar ikut sis yang lain gie checkup kesihatan abah.  Mori balik umah tanpa jumpa abah.

Malam gie I-city lak…melayan kehendak anak.  Kaki dah rasa tak leh nak angkat.  Mata tak leh nak bukak…tapi layan jugak.  Masa tengah menjamu selera makan sate.. husben tanya…esok.. ada plan apa2 tak?.   OOOhh!! tidakkkk…esok mori nak duduk umah…mori nak masak…masak…dan masakk…rindunya nak gie dapur.  Hehehe..ye ker rindu…


So hari ini…Mori masak Ikan Cencaru Bakar Sumbat dengan kelapa.  Aaarrrhhh!!!! Renyah nya buat menu nie… tapi terus kan juga.  Resepi nie mama in law ajor.  Yang menjadi renyah nya nak buat ikan cencaru sumbat kelapa nie sebab nak kena tumbuk semua bahan2.  


Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Bahan-bahan:-
Ikan Cencaru yang di bersih kan dan di belah belakang,
Setengah biji kelapa parut.*
2 Batang Serai *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
6 biji cili api *
3 biji cili hidup *
Segenggam udang kering di rendam. *
Garam secukup rasa *
Air Asam Jawa


Cara-caranya:

Ikan Cencaru di perap dengan garam dan kunyit.
Sementara tu sediakan bahan bahan untuk di sumbat.
Bahan-bahan bertanda * di tumbuk sehingga halus.  
Perah kan air asam jawa. Gaul rata.
Sumbat kan ke dalam ikan cencaru tadi.
Sedia untuk di bakar.  Mori bakar atas kuali leper aje.  
Kalau nak di goreng pun boleh. 



Wednesday, 28 March 2012

Devil's Food Chocolate Cake

Mori jumpa resepi nie kat blog yatie.  Nampak menarik…so mori print out the recipe.  Pastu mori nampak lak kat blog azlita … menariknya.  Tak boleh tahan dah nie…nak kena cuba gak.  Tentu sedap nie. 
Nak siap kan kek nie..amik masa 3 hari…hehehehe.. 1st  mori buat adunannya dan bakar…pas tu dh siap..masuk esbok.  Esok nya baru mori buat cream cheese nya masuk balik esbok sebab nk sejukkan.  Pastu baru buat coklat nya, masuk balik dlm esbok nak keras kan coklatnya. Hahahaha.. 3 hari baru nak siap…apa kata mori tukar nama kek ni kepada 3 days Chocolate Cake. kih3. So semalam petang…kuar kan ….potong2 kek .…apa lagi …kita jamu la ngan fren’s kat round table kita.  Sowy to my sis…dia dh nampak kita bakar kek nie… tapi tak sempat nak jamu dia… sbb nk sejukkan dulu.  Next time ok sis.
Mohon izin...masukkan resepi ni dalam blog mori. Terimakasih bebanyak.

Resepi Devil’s Food Chocolate Cake
Sumber dari yaties
2 cawan tepung gandum
½ cawan cocoa powder
1 ½ sudu kecil soda bikarbonat
½ susu kecil garam
 ½ cawan gula pasir (mori guna gula kastor)
½ cawan brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanilla ekstrak
½ cawan buttermilk – (buat sendiri guna ½ cawan susu di tambah dengan 1 sudu kecil cuka dan biar selama 10 minit).
1 cawan air suam.

Kaedah:-  (Guna Loyang 9 x 9)

Set oven 170c.  Siapkan tin kek dan alas dengan kertas minyak.  Sapu butter sekelilingnya.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan cair (buttermilk + air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanilla ekstract.  Bakar selama sekitar 30 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting:-

125 gm Philadelphia cream cheese
60 gm mentega
½ cawan gula ising
1 sudu teh vanilla ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon.

Caranya:
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula ising dan jus lemon.

Chocolate Ganache:

100 ml double cream/whipping cream. (kehabisan whipping cream, mori guna whipped cream)
250 gm coklat gelap di cincang halus
Sedikit garam  (tak letak pun)

Caranya:
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.  Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan dulu baru sapurkan frosting cream cheese dan tuang kan coklat ganache di atasnya.

Kek perlu di sejukan dulu, baru sapu cream cheese.  Biarkan beberapa jam dlm peti ais..baru tuang ganache. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...