Just nak berkongsi .... gambar gambar yang di ambil dari akuarium ikan yang di pelihara oleh husben mori nie dalam blog. Nak share kecantikan batu batu karang yang berubah warna menjadi warna ungu. Melihat ikan2 yang di pelihara berenang berenang di celah celah coral, bermain main dengan kawan2 nya... boleh menjadi ralit atau kusyuk. Boleh hilangkan stress bila layan tengokkan ikan2 nie berenang tanpa henti.
Besar akuarium nie cuma 4' x 2 x 2. Asalnya batu batu karang berwarna putih susu... lama kelamaan bertukar kewarna ungu. Memang kami sendiri hairan macam mana bole bertukar warna. Mungkin pencahayaan lampu yang di gunakan berwarna biru dan putih, mengakibat kan kesan pertukaran warna keatas coral2 yang berada dalam akuarium. Bahkan batu batu kecil yang di taburkan di dasar akuarium pun bertukar ke pada warna ungu. Replika bentuk barrel pecah yang asalnya berwarna coklat juga bertukar menjadi warna ungu. Dan yang pasti coral2 yang ada dalam akuarium nie sememang hidup dan membesar.
Ikan2 yang di pelihara pulak adalah dari air laut masin dan air yang di gunakan juga ada lah asal dari air laut. Ikan dan coral ni kami beli di pusat Akuatik yang memang mempunyai lesen yang sah dalam import dan eksport. Bukan sahaja dalam negara Malaysia tapi jugak ke luar negara. Bila air masin nie surut, air paip biasa akan di tambah ke dalam akuarium dan anti klorin akan di masukkan sekali untuk meneutral kan semula air. Setiap 6 bulan sekali, en abang akan ke pusat akuatik untuk membeli air masin yang fresh di ambil dari laut dalam.
Akuarium nie mempunyai sistem pembersihan air nya sendiri, filter nya terletak di bahagian bawah akuarium dalam kabinet. Memang perlukan penjagaan yang teliti untuk memelihara ikan air laut. Sentiasa perhatikan air dan suhunya. Bab bab menjaga, mori lepas tangan, hehehehe... nie hobi en abang... so biarlah dia yang bertanggugjawab menjaga nya.... dan dia ada pembantu (maid) yang rajin menambahkan air dalam akuarium. Rasanya pembantu tu lebih tau pasal akuarium ni daripada mori....hehehehe... Bukan tak mau ambil berat tentang penjagaan akuarium nie... Dah macam macam mori nak kena jaga especially handbag mori yang semakin membesar tu... yang memerlukan perhatian lebih. Dah la dia sorang aje anak mori ngan en abang. Kena la jaga lebih sikit.. Selain jadi mama pada dia...kena juga jadi cam kawan ngan dia.... kena bersaing dengan dia dalam setiap aktiviti....hehehe... betul kan.
Alamak...dah kemana mori menyimpang citer nie... hehehe. Ikan ikan yang di pelihara kebanyakkan nya ikan ikan kecil seperti dalam citer Nemo. Memang seronok tengok doang berenang renang bila dapat makanan. Makanan ikan2 nie ialah pallet di beli dari kedai menjual makanan ikan. Jangan lah di beri makan nasi ke ayam ke...sayur ker...hehehehe... mati lah kawan tu...dan dari masa ke semasa...udang fresh yang di hancur kan juga di beri pada ikan2 nie...masa tu...cam kenduri besar lah ikan2 nie...hehehe
Kalau nak menambah ikan baru dalam nie....tak boleh terus campur dengan ikan air tawar, kena ikan specis air laut juga. Ada tips juga nak letak ikan baru dalam akuarium nie... Memula en abang akan letak dalam bekas kecil yang berpenutup tapi mempunyai ruang ruang udara dan di isi dengan air masin. Kemudian ikan baru tu akan di letak dalam bekas yang di tutup dan di masukkan ke dalam akuarium. Tunggu lebih kurang seminggu atau 2 minggu. Tujuan nya untuk ikan baru tu biasakan diri bersama ikan yang lama dalam akuarium.. Kalau terus terjun kan ikan baru dalam akuarium, alamatnya tidak sampai sejam, ikan gone already, kena baham oleh ikan2 yang dah lama bermastautin dalam akuarium. Seperti binatang2 lain, ikan pun ada their own territory. Jadi bila pendatang baru, kena la buat suai kenal dulu... no shake fin ok...
Pernah ada tetamu yang mengunjung kerumah kami, hairan dengan warna pada batu2 dan coral di dalam akuarium. Sehingga dia kata, kami cat ke batu batu tu...hahahahahaa... terkejut dia ..bila kami katakan yang warna ungu tu terjadi dengan sendirinya. Katanya bole ralit nie ...tengok ikan2 ini....hehehe...
Setakat nie cuma ikan jer la dalam nie... pernah sekali en abang letak udang yang masih hidup dalam nie... cuma beberapa hari jer sempat udang tu hidup...lepas tu udang tu gone... jadi santapan ikan ikan. Ganaz betul.
En abang ada sebuah lagi akuarium terletak di bahagian tepi rumah. Akuarium tu di isi dengan ikan comel2 tapi dari air tawar. Munkin belum serasi... ikan2 tu semua gone jugak. Menjadi rutin, en abang akan layan duduk depan akuarium, lihat "anak2nya" nie berenang renang. Ralit betul masa tu sampai kita panggil pun tak dengar. Dan akuarium nie pun mejadi perhatian anak2 jiran yang rajin datang menyinggah, nak tengok ikan2 ini. hehehe... cam nie boleh bukak kaunter kutip bayaran....hehehehe...
Tapi hobi en abang nie tak bole lawan hobi abah mori...yang mempunyai 14 akuarium dalam rumahnya. Dan ikan yang di pelihari adalah ikan yang besar2 besar belaka. Kalau di jual...layan ribu ribu. Sayangnya sungguh abah kat ikan2 yang di peliharanya. Di gelar ikan tu anak2 nya....hehehehe layan jer lah abah...