Iftar ke 7...Alhamdullilah... walaupun nasi goreng aje.. tapi cukup enak dan mengenyangkan. Minggu nie cuma kami ber3 aje yang berbuka di rumah... mori, adda n maid jer... husben lak keja petang... jadi dia berbuka di tempat keje. So masak pun yang ringkas2 jer. Belum lagi teringin nak makan yang berlemak. Adda pun ikut sama... suka makan yang kering kering.
Rasanya dulu mori pernah buat nasi goreng nie...tapi tak hingat dah caranya... bila terjumpa resepi di blog Masam Manis... rasa cam nak buat jer untuk berbuka. Lagi pun semalam hari jumaat. Waktu balik kerja lewat sikit dari hari biasa. Kena la pikir nak masak yang cepat dan ringkas. Tu yang nasi goreng nenas nie jadi pilihan.
Resepi Nasi Goreng Nenas
Resepi asal dari Chef Hanieliza
Resepi di bawah nie dah mori olah ikut apa yang ada dalam fridge.
Tapi caranya sama jer.
Resepi Nasi Goreng Nenas
Olahan Mori's Kitchen
Bahan-bahannya:
Nasi putih yang telah sejuk dan di peroi
10 ekor udang besar
5 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar di potong dadu kasar
2 keping nenas yang di potong dadu
1/2 biji cili benggala merah dan kuning
2 biji cili merah di cincang
5 biji cili api di cincang
1 biji telur yang di pukul sedikit
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh pati ayam knorr
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang dan daun sup
Cara-caranya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Goreng kan udang sehingga separuh masak dan ketepikan.
Dengan minyak goreng udang tadi, tumiskan bawang putih yang telah di hiris tadi sehingga naik bau wangi.
Masukkan bawang besar dan gaul rata.
Masukkan cili benggala, nenas, cili merah dan cili api dan tumis lagi.
Pecah telur di tengah kuali dan biarkan sebentar. Kemudian kacau rata.
Masukkan udang yang telah goreng tadi.
Masukkan nasi dan gaul rata.
Taburkan lada hitam, garam dan serbuk pati ayam.
Gaul rata sehingga nasi telah cukup sebati.
Tutup kan api dan taburkan daun bawang dan daun sup ke atas nasi goreng tadi.
Dah siap dan sedia untuk dihidang.
Ringkas dan cepat....
Tapi ada juga side dish... untuk di makan ngan Nasi goreng tu. tak lah terasa kosong sangat table tu kan..hehehe... just simple dish... mori create ngan apa yang ada di dalam fridge.
Resepi Blackpepper Telur ngan Taugeh
Bahan-bahan:
Telur 4 biji direbus
4 biji bawang putih di hiris halus
1 biji bawang besar di hiris kasar
1/2 inci halia yang di hiris
1 biji cili merah di hiris
5 biji cili api yang di hiris
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat masin
1 sudu besar black pepper
1 cawan taugeh
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Bila minyak dah panas goreng kan telur yang telah siap rebus dan dikupas kulitnya.
Goreng sehingga berwarna perang keemasan. Ketepikan
Dengan minyak yang sama, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau harum.
Masukkan bawang besar, halia dan tumis sebentar.
Masukkan cili merah, cili api dan tumis sebentar.
Masukkan sos tiram dan kicap pekat, blackpepper dan gaul rata.
Masukkan telur dan gaul rata.
Masukkan taugeh dan garam. Gaul rata dan tutup api segera supaya taugeh tak layu sangat.
Angkat dan sedia untuk di hidang.