Pages

Monday, 24 December 2012

Kerabu Ikan Bilis Daun Selom

Tak puas makan kerabu ikan bilis kat majlis kenduri ahad lepas, jadi hari nie balik aje kerja terus singgah Central Mart untuk mencari bahan2 buat kerabu ikan bilis nie.  Tapi salah satu bahannya daun ketumbar kehabisan pulak...jadi mori gantikan dengan daun selom.  Mori padan kan dengan ikan masin bulu ayam... Laju jer makan... tak hinggat dah diet masa tu.... 
Rasa masam2 jus limau kasturi.... pedas cili api, kerangupan ikan bilis.... memang the best.

Mori salin kan semula resepi nya kat sini...

Resepi Kerabu Ikan Bilis Daun Selom

Bahan-bahannya:
Ikan bilis yang telah di goreng dan di ketepikan.

1 biji bawang holland di potong dadu
5 biji bawang kecil merah di potong dadu
20 biji cili api di hiris halus
3 batang serai di hiris halus
2 biji tomato yang di buang biji dan di potong dadu
1 ikat daun selom atau daun ketumbar yang di hiris kasar
Sedikit garam
1/2 sudu makan gula
Jus limau kasturi (anggaran 10 biji)

Cara-carannya:
Gaul kesemua bahan-bahan tadi kecuali ikan bilis, limau kasturi, garam dan gula.
Masukkan garam, gula dan jus limau kasturi kemudian gaul rata dan rasa.
Mana yang kurang tambah lah ikut selera.
Akhir sekali baru masukkan ikan bilis, gaul rata dan sedia untuk di hidang.


Sunday, 23 December 2012

Cempedak goreng ngan kopi susu

Sibuk memanjang betul minggu nie.... jadi dapur pun kurang berasap... kalau masak pun yang simple2 aje.  Tengahari tadi ada majlis kenduri tahlil .... menu yang di hidang pulak best best belaka...dan yang membuka selera ada sambal belacan ngan tempoyak...perrgghhh terangkat bila makan...heehe...ramai pulak geng seangkatan gie repeat tambah sambal .... sedap betul.

Petang tadi hujan renyai2... permintaan Mr husben....goreng kan cempedak yang di beli siang tadi.  Simple jer... boleh buat makan untuk dinner sekali...hehehe... 


Resepi Cempedak Goreng

Bahan-bahannya
1 biji buah cempedak yang di ambil ulas nya dan di buang biji nya.

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu makan gula halus
Air sejuk dari peti ais secukup rasa.

Cara-caranya:
Gaulkan tepung beras, tepung gandum, garam, baking powder dan gula halus bersama air sejuk.
Adunan biar la pekat pekat gitu supaya melekat kat cempedak.
Selepas adunan sebati.  Biarkan dalam peti ais sebentar. 
Lebih kurang 15 minit baru lah keluarkan dari peti ais dan gaulkan cempedak ke dalam adunan dan di goreng dengan minyak yang panas.


Buat kan kopi susu.... makan ngan cempedak goreng panas panas.... memang best...


Wednesday, 19 December 2012

Moist Chocolate Cupcakes with Cream Cheese Frosting

Hari ini terasa nak baked something nice for Adda.  Dan mori pulak memang suka buat cupcakes.   Jadi ini la hasilnya cupcakes hari ini.... untuk hari yang special.  


Mori guna resepi Best Moist Chocolate Cakes untuk buat cupcakes nie.    Resepi nya bole refer kat SINI.  Dan untuk cream nya ...mori buat kan cream cheese frosting....

Bahan-bahannya:
125 gm cream cheese Phillapedia
60 gm butter
1 cup icing sugar
1 teaspoon esen rose
Sedikit pewarna

Cara-carannya:
Pukul cream cheese dan butter sehingga kembang dan gebu.
Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga gebu.
Masukkkan esen rose dan pewarna kesukaan.
Pukul sehingga menjadi gebu dan ringan.
Boleh la hias atas cupcakes ikut kreatif kita.

Mori buat simple jer.... hehehe.....


Dalam cupcakes nie mori letak kan sebiji chocolate Hersheys's HUGS Kisses dalam setiap cupcakes.  Bila makan tu terasa la ada xtra chocolate dalam tu. 


Cupcakes nie for special girl.  Proud of you Adda.


Congratulations Adda

Pasta Linguine Tuna Mushroom

Dinner tadi mori sediakan pasta Linguine dengan Tuna dan Mushroom. Teringin pulak nak buat pasta tuna... biasa dengan daging atau ayam.  Tak cuba...kita tak tau kan.... Alhamdullilah menjadi...Memula mori rasa cam kering sikit pasta nie.... mungkin cheese tak cukup banyak kot.  Next time, kalau nak repeat lagi menu nie...mori akan buat kan ianya lebih basah dan lebih kan cheese. 
Tapi husben mori makan berulangkali tambah... 1st time tambah...dia tanya mori...bole ke tambah... mori angguk jer... seronok aar dalam hati...tanda nya sedap la tu kan....
Pas tu dia tanya lagi... ada sesapa nak lagi tak ni... mori jawab...tidak... dia tanya lagi... abang nak tambah lagi... mori tengok jer muka dia...hehehehehe.. ibarat dia tanya ngan nurse la ni...mana bole dinner makan banyak2 kan tapi cam tak sampai hati... mori jawab pelan jer...tambah la ..hehehee...berbunga gak dalam hati...aiii sedap sangat ker...maknanya dah 3 kali makan kan... dah banyak tu... 
Tapi bila 3rd time dia mintak tambah... mori dah risau nie... abang nie...tak risau ker....dia buat blurr..jer...sambil tangan mencedok lagi pasta dan masukkan ke pinggan dia...hahahahahhaa... mori gelak kan jer lah masa tu...
Rasanya sedap lah kot... tapi dia makan dengan cili sos....untuk tambah kan kepedasan.  Kira ok lah pasta tuna 1st time buat nie... hehehehehe ..  Jom layan resepi nya.


Resepi Pasta Linguine Tuna Mushroom

Bahan-bahannya:

1/3 Pasta Linguine ready made dalam packet.
6 biji cendawan butang yang di hiris nipis
1 tin size besar tuna flakes perisa original.
2 biji cili merah yang di belah dua dan di hiris
1 biji bawang holland yang di potong dadu kasar
1 sudu teh secukup rasa
1 sudu teh black pepper
Garam secukup rasa
Daun sup yang di hiris kasar
1 sudu makan basil kering
4 keping cheese cheddar

Cara-carannya:
Panaskan air dan rebus pasta Linguine sehingga lembut.  Letakkan sedikit garam dan juga sedikit minyak masak dalam rebusan.  Bila sudah lembut, toskan dan lalu bawah air paip.  Sekejap aje. Toskan kemudian masukkan  ke dalam bekas yang boleh di bakar dalam oven.  Ketepikan dulu.

Bahan-bahan rencahnya:
1.   Panaskan kuali non stick dan tuang kan sesudu minyak olive oil.
2.   Masukkan cendawan butang dan biarkan ianya masak sebentar.
3.   Bila cendawan telah masak, masukkan bawang holland dan kacau rata.
4.   Kemudian masukkan tuna dan juga cili merah.  Gaul rata.
5.   Masukkan serbuk secukup rasa dan juga garam.
6.   Masukkan juga basil kering dan gaul rata.
7.   Matikan api, barulah daun sup tadi di masuk ke dalam kuali dan di gaul rata.  
8.   Tuang kan bahan tadi ke atas pasta.  Ratakan.
8.   Taburkan sedikit basil kering. 
9.   Koyakkan cheese cheddar dan taburkan atas pasta.
10.   Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 180 degrees selama 10 minit sehingga cheese cair.
11.   Keluar kan dari oven dan sedia untuk di hidang.   


Rasanya kalau nak tambah bahan2 lain pun bole juga... seperti sausage atau seafood.  Ikut selera memasing ...... janji sedap...dan bole di makan.  


Monday, 17 December 2012

Ikan Siakap Pedas

Famili mori (adik beradik) memang suka lauk yang pedas pedas.  Ikan di goreng dengan cili api memang favourite kami sekeluarga.  Pedas pedas giteeww... yummmyy.... Cuma husben and daughter mori aje lom sampai ke tahap makan pedas cam famili mori..hehehehe... jadi mori jarang masak masakan yang menumis menggunakan bahan seperti cili api yang di blend atau di tumbuk.  Setakat goreng sebiji sebiji buat tabur kan atas lauk...tu biasa lah... bukan doang kutip makan pon...hehehehe..doang tolak tepi pas tu transfer ke pinggan mori...hehehe...
Mori nak kongsikan  resepi ini yang mori makan kat sebuah restoran sekitar perumahan mori.  Kita bole pilih beberapa jenis ikan yang kita suka...dan mori pilih ikan siakap pedas.  Bila sampai aje lauk tu....peewwwhhh memang pedas kaw kaw masakan nya... masakan orang Patani, Thailand.  Bila tengok dia serve ikan tu dengan bawang holland yang kekuning kuningan tu.... adduuhh berselera nya.  Merecik peluh makan lauk hari tu..heheheh tak senonoh kan..hehehehe...almaklum la...restoran tak der aircon.  Mori yang tahan pedas pun terpaksa order segelas air lagi.  
Rasa rasanya mori bole agak bahan2 yang di gunakan...simple jer... mori cuba la... dan rasanya hampir sama... memang lah tak leh sama kan.... lain tangan yang memasak nya...lain lah rasanya kan... hehehe..
so ini lah hasil nya.  Close enough... pedass pedas....tapi tak sepedas yang mori makan kat restoran tu. 


Resepi Ikan Siakap Pedas

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar di bersih dan di kelar.

6 biji bawang putih
10 biji cili api
1 biji bawang besar merah
1/2 inci kunyit hidup
(tumbuk kasar bawang putih, cili api, kunyit dan bawang merah)

1 batang serai yang telah di titik
1 biji bawang holand yang di potong memanjang.
10 biji cili api yang di belah dua
2 helai daun limau purut yang di hiris halus
1 sudu sos plum atau sos ikan
Garam secukup rasa
Sedikit gula.

Cara-caranya:
1.  Gaul kan ikan siakap dengan garam dan kunyit.
2.  Goreng kan ikan siakap tadi sehingga garing dan ketepikan.
3.  Asingkan minyak goreng ikan dan tinggal kan sedikit dalam kuali.
4..  Tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga wangi.
5.  Masukkan serai yang telah dititik dan kemudian masukkan bawang holand, cili api dan gaul semuanya.
6.  Masukkan sos plum dan juga garam secukup rasa.
7.  Masukkan sedikit gula.  (sedikit aje supaya masakan tak terasa manis).
8.  Taburkan daun limau purut dan matikan api.
9.  Tuangkan kan bahan tumisan tadi ke atas ikan.
10.  Sedia untuk di hidang.


Kalau nak rasa masam masam sikit....perah la sedikit limau nipis.

Sunday, 16 December 2012

Ayam Kicap Normah

Seminggu mori bercuti jadi seminggu gak lah dapur mori tak berasap..... seronok gak yer bila tak payah pening pening nak memikirkan nak masak apa kan...hehehe.  Tapi hari ini mori tetap kena kedapur memasak untuk lunch hari ini.  Kebetulan sister mori ...nak datang collect barang2 yang di kirim nya... jadi dia pelawa diri nya makan lunch di rumah mori...hehehe.. Seronok gak bila adik datang menjamu selera bersama sama.  Selalu bila jumpa cam kat tol Touch N Go... sekejap jer... jadi bila singgah makan dapat la sembang lama2 sikit.  At first mori nak buat ayam goreng lemon...tapi instruction dalam message mention... masak ayam kicap untuk anak dia ... tu favourite doang.  Emmmm!!! cancel la nampaknya plan nak buat ayam goreng lemon... baik ikut selera doang..... lagi pun mori memang dah lama nak masak ayam kicap nie.   Lauk ayam masak kicap nie...memang favourite family Normah... (nama arwah mak kami)... dan lauk ini memang menjadi menu wajib dalam family kami yang ramai.  Menu yang simple tetapi menjilat jari sehingga ke cucu cucu Normah pun suka kan lauk nie.   Mori kongsi kan resepi Ayam Kicap Normah yang mudah dan ringkas.  Jom layan.


Resepi Ayam Kicap Normah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam yang di potong kecil dan di bersihkan.
1/2 botol kecil kicap manis
1 cawan air
5 @ 6 sudu makan gula pasir.
1 biji bawang holand yang di potong kasar.

Cara-caranya:
1.   Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
2.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
3.   Goreng kan ayam sehingga 3/4 suku masak.  (Jangan garing sangat yer)
4.   Bila ayam semua telah habis di goreng,  tinggal kan sedikit aje minyak dalam kuali dan  masukkan semula ayam yang telah di goreng ke dalam kuali.
5.   Tuang kan kicap manis ke dalam kuali dan gaul rata.
6.   Masukkan air dan juga gula ke dalam kuali dah biarkan mendidih sehingga menjadi pekat.
7.   Taburkan bawang holland dan gaul rata.  
8.   Sedia untuk di hidang.

 

Lebih banyak gula yang di masukkan ke dalam kuali...akan lebih likat kuah kicap.  Ianya akan menjadi lebih sedap. 


Saturday, 8 December 2012

Udang Tempoyak Berlada dengan Taugeh Kucai Tumis Minyak Bijan

Menu untuk lunch hari nie.... Udang Tempoyak Berlada dengan Taugeh Goreng minyak Bijan.  Awal pagi lagi mori dah siap2 masak untuk lunch...sebab nya lepas breakfast mori nak keluar gie beli barang2 makanan untuk dibawa gie travel.  Selepas nie...dapur maya mori tak berasap la buat beberapa hari...  
Jadi sebelum tu....mori nak kongsikan resepi Udang masak tempoyak nie... mentang2 la musim duriankan... puasss makan tempoyak.... Terimakasih pada jiran2 mori yang sudi bagi tempoyak baik yang mentah dan juga yang dah masak dengan ikan bilis dan petai......Alhamdullilah...rezeki jangan di tolak..hehehe.  Bessstt betulll.... makan tadi... dengan Udang masak tempoyak dan juga sambal belacan cicah tempoyak...hehehehhe ...hantu tempoyak ke kami nie..heheheheh .


Tempoyak ada lah salah satu favourite mori... lebih2 lagi kalau tempoyak di cicah dengan sambal belacan.   Perggghhh memang ... laju jer makan... tu yang bole tersasar diet nie....  Bagi yang suka makan tempoyak... memang la suka kan....tapi bagi yang tak suka dan tak reti makan tempoyak agaknya......tengok tempoyak nie pun tak heran kot.


Jom layan resepi hari nie... mori padan kan juga lauk hari nie dengan sayur taugeh/kucai tumis dengan minyak bijan.  


Resepi Udang Tempoyak Berlada

Bahan-bahannya:
20 ekor Udang Kertas sederhana besarnya dibersih dan di toskan air

1 biji bawang besar *
6 biji bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1/2  inci halia *
(Bahan2 * ini di kisar halus)

3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa (sedikit jer asam jawa tu)
3 sudu santan pekat dalam kotak (Bole guna santan biasa)
1 sudu makan tempoyak
1/2 cawan air
(Campurkan santan, tempoyak, air dan gaul bersama)

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-caranya:
1.   Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.  Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.   
3.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit bau wangi.
4.   Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak betul.
5.   Bila cili telah masak, masukkan air asam jawa dan kacau rata.
6.   Masukkan pula udang yang telah di goreng tadi dan gaul rata.
7.  Bila udang telah masak, masukkan campuran santan dan tempoyak.
8.   Biarkan ianya mendidih sebentar baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
9.   Taburkan daun limau purut dan tutupkan api dapur.
10.   Sedia untuk dihidang.


Resepi Taugeh Tumis Minyak Bijan

Bahan-bahan:
50 sen taugeh yang telah di bersih kan dan di toskan
Lobak yang di hiris seperti mancis.
1 biji cili merah di hiris seperti mancis
Daun kucai yang telah di potong sepanjang 1 inci.

3 biji bawang putih di ketuk dan dicincang halus.
1/2 biji bawang besar di hiris halus
1 sudu makan udang kering di rendam dan di tumbuk halus
1 sudu stock ayam
1 sudu minyak bijan.
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak masak.
Bila dah cukup panas, tumiskan bawang putih sehingga terbit bau wangi baru di masukkan bawang besar dan udang kering yang telah di tumbuk halus.  Kacau rata.
Masukkan Lobak dan cili merah dan kacau rata..lebih kurang seminit aje.
Masukkan taugeh, stock ayam dan juga minyak bijan.  Gaul rata.
Masukkan kucai dan gaul rata. Tutup api dengan segera.  Kalau terlalu lama masak kucai nanti akan lembik layu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...