Pages

Sunday, 3 March 2013

Lemon Yogurt Crumb Cake


Mulanya ternampak kek Lemon Crumb Cake nie di My recipes, tengok gambarnya very yummyyy yummmyy.... terus mori save kan recipes... plannya bila cuti nak cuba buat.  1st trial...oooppppsss!!!!!!  kek tak berapa menjadi...mungkin kepanasan over tak berapa sesuai atau pun mori guna loyang yang salah size.  Kek dah masak di luar tapi belum di dalam.  Ikutkan hati...dah malas nak cuba lagi.... tapi kenangkan Lemon Curb yang banyak lagi dan juga Crumb nya yang masih  ada lagi, mori cuba kali ke 2... Wallaaa tu dia..... Alhamdullilah... kek menjadi dengan maveles nya.   Walaupun 1st trial, kek tak berapa menjadi, rasanya memang sedap beside the taste yang very very sweet...  Rasa lemon dalam kek, memang yummyy...  Jadi 2nd trial, mori kurang kan gula dalam adunan dan hasilnya... memang the best.  Rasa Lemon Curb dalam kek dan juga crumb on top kek tu... .....fuuhhhh!!! ... berulang kali menyuap ke dalam mulut.   Risaunya  berat mori dah bertambah nie....  Bole repeat lagi buat kek nie next time.  Resepi di bawah nie mori dah olahkan ke dalam bahasa.   Senang untuk buat rujukan.  Cuma untuk Lemon curb dan Crumb topping kena buat separuh aje dari adunan di bawah.  Banyak betul nie... 


Resepi Lemon Yogurt Crumb Cake
Source:  myrecipes.com/recipe/lemon-yogurt-crumb-cake-

Bahan-bahan untuk kek.

1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur kuning
1 1/2 cawan tepung gandum
1/8 sudu teh baking soda
1/2 cawan yogurt masam
1 sudu makan lemon zest (mori tak letak)
3/4 Lemon Curd

3 biji telur putih
1/4 cawan gula kastor

Cara-caranya:
Pukul butter sehingga kembang dan gebu.
Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga adunan gebu.
Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul agi sehingga adunan sebati.
Ayakkan tepung dan baking soda ke dalam adunan berselang seli dengan yogurt.  (mula dengan tepung, yogurt, tepung, yogurt dan berakhir dengan tepung).

Di dalam bekas lain pukul putih telur sehingga menjadi berbuih dan kental. 
Sedikit demi sedikit masukkan gula dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kental.

Guna kaedah kaup balik dan masukkan putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati.
Bila dah sebati, tuang kan adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci yang telah di lapik dengan baking paper dan di greese.  letakkan Lemon Curd ke atas adunan dan dengan menggunakan lidi buat kan pusingan ke atas adunan. 
Taburkan Crumb topping ke atas adunan.
Bakar dengan suhu 160 degrees selama 30 minit atau sehingga kek cukup masak.  Keluarkan dari oven dan sejukkan.  


Resepi untuk Lemon Curb

Hasil dari resepi dibawah nie...boleh dapat banyak lemon curb.
Boleh di kurang kan adunan kepada separuh dari resepi di bawah.

Bahan-bahannya:
5 biji lemons
1/2 cawan butter di biarkan suhu bilik.
2 cawan gula kastor
4 biji telur.

Cara-carannya:
Step 1:   Parut dulu kulit lemon sehingga mendapat 2 sudu makan.
Belah lemon dan dapat 1 cawan juice.

Step 2:   Pukul butter dan gula menggunakan mixer medium speed sehiingga sebati.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga agak2 adunan sebati.  Perlahan lahan masukkan juice lemon ke dalam adunan dan pukul pada low speed sehingga adunan sebati.  Masukkan parutan kulit lemon dan gaul rata.  Masukkan ke dalam bekas yang bole di gunakan dalam microwave oven.

Step 3:   Microwave kan pada suhu HIGH selama 10 minits, dan gaul adunan setiap seminit dua. 

Step 4:   Selepas itu, tunggu suam sedikit tutup dengan plastive wrap dan sejukkan dalam peti ais.  Boleh di simpan dalam peti ais lebih kurang 2 minggu.

Cara lain untuk Step 3, masukkan adunan ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana dan sentiasa kacau selamam 14 atau 16 minit.  Selepas tu buat cara Step 4.

Bila adunan telah sejuk, ianya akan menjadi pekat dan likat. 


Resepi Crumb Topping

Hasil dari resepi dibawah nie...boleh dapat banyak Crumb Topping.
Boleh di kurang kan adunan kepada separuh dari resepi di bawah.

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
2/3 gula kastor
1 sudu makan lemon zest
1/4 sudu teh garam halus
1/2 cawan butter sejuk di potong kecil2

Cara-cara menyediakan crumb.
Gaul kan kesemua bahan2 di atas kecuali butter dengan menggunakan spatula atau garpu.  Kemudian gaulkan sekali butter sejuk sehingga menjadi seperti serbuk kasar.  Tutup dengan plastik cover dan simpan di dalam peti sejuk.


Kalau ikut resepi asal.... selepas kek di bakar,, taburkan gula icing di atas kek sebelum di hidang.  Cuma mori tak buat yang ini....kek nie dah cukup maveles tanpa icing sugar tu... karang manis sangat...tak termakan pulak..hehehehe   


7 comments:

  1. kek ini dah di cuba byk kali mmg enak di panggil tea cakes...sedap mori..nikee beberapa kali sediakan seperti german apple cakes..sedap..cuma di dalam blog jer tak di masukkan..

    ReplyDelete
  2. lemon curd tu yg lebih bole di buat lemon cheese triffles...mmg dap

    ReplyDelete
  3. timakasih nikee bg idea..sayang pulak lemon curd tu byk lbih ....

    ReplyDelete
  4. pastinya nyam nyam...kita tak pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  5. Mana Mori beli cake stand? So lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanye kat Ikea ni.... Ataupun kat Iwannago home shop....Ivy

      Delete
    2. Rasanye kat Ikea ni.... Ataupun kat Iwannago home shop....Ivy

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...