Pages

Thursday, 11 July 2013

Rendang Daging dan Sambal Tumis Cili Api Ikan Bilis Nipis dengan Kentang sebagai pembuka selera berbuka puasa

Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan buat semua yang menyambut ibadah puasa di bulan yang mulia ini.  Sekiranya ada silap berbicara sepanjang mori berblogging di alam maya Mori mohon ampun dan maaf.   Semuga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keinsafan.  Insya Allah.

Hari pertama Ramadhan, Alhamdulllah, mori dapat pulang awal dari tempat kerja.  Dapatlah mori hidangkan masakan sendiri untuk family mori.  Kali ini mori masak Rendang Daging sebagai main menu, dan Sambal tumis cili api Ikan Bilis Nipis dengan Kentang sebagai sampingan.  Mori masakkan juga sayur kailan sebagai lauk tambahan.  Tapi dalam 3 lauk tu... lauk Sambal tumis cili api Ikan Bilis Nipis tu juga lah yang membuka selera untuk berbuka puasa.  hehehehe... Memang lauk ini lah yang mori amik dulu untuk berbuka semalam..  Memang pedas tapi menyelerakan.....hehehehe. 


Mori tak kisah sangat lauk yang tak berkuah, bahkan anak mori pun sama jugak... cuma husben mori kurang sikit....mesti nak ada kuah sikit.... jadi mori masakkan rendang tu basah basah sikit supaya ada kuah ...jadi taklah kering sangat.
Rasanya mori dah banyak kali post resepi ikan bilis nipis yang kini menjadi kegemaran kami sekeluarga.  Bila di goreng garing, memang terasa keranggupannya.  Cuma kali ni mori gadingkan ikan bilis nie dengan kentang pulak... memang maveles....
Resepinya mori salinkan juga di bawah nie... tapi lebih kurang sama aje cam yang lepas lepas mori masak...


Resepi Sambal Cili Api Ikan Bilis Nipis dengan Kentang

Bahan-bahannya:

1 paket ikan bilis nipis di goreng garing dan ketepikan.
4 biji kentang di potong wedges, digaul kan dengan sedikit garam dan kunyit di goreng dan ketepikan.
1 biji bawang holland di potong wedges dan ketepikan
Garam secukup rasa
Gula sedikit (optional)

Bahan-bahan yang di kisar atau di tumbuk dengan lesung
2 bij bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji bawang kecil rose
1/2 biji bawang besar merah
Segenggam cili api kampung
(mori akan tumbuk dulu bawang putih, belacan dan bawang kecil rose sehingga hancur, kemudian baru lah di masukkan bawang merah dan cili api kampung dan kemudian di tumbuk kasar)

Cara-carannya
1.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis anggaran 3 sudu makan.
2.   Bila kuali telah cukup panas, tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga bau wangi dan sedikit garing.
3.   Masukkan pula bawang holland, kentang dan gaul sehingga cili rata kesemua bahan.
4.  Perasakan dengan sedikit garam dan juga gula jika suka.
5.   Matikan api dan biarkan sejuk seketika, barulah di masukkan ikan bilis tadi dan di gaul sehingga rata.
6.   Barulah boleh dihidang kan.


Lama sungguh mori tak masak rendang daging.... rasanya last mori masak rendang daging pun masa raya tahun lepas...hehehe.  Memang kurang sikit kami skeluarga makan daging, bukan peminat tegar daging ....hehehe.. mori pikir nak masak something special first day berbuka puasa.... tu yang mori cadangkan kat husben belikan daging hari sabtu lepas kat pasar tani berdekatan rumah.   Konon masak special sikit lah... ye ker special...hehehe tak kisah lah kan.  Jom layan rendang daging yang mori masak untuk berbuka semalam.... dan cukup untuk kami bawa ke sahur tadi.

Resepi Rendang Daging

Bahan-bahannya
1 kilo daging yang di hiris nipis, di bersihkan dan ketepikan
1 biji santan kelapa
1 helai daun kunyit di hiris kasar
1 helai daun limau purut di hiris kasar
Garam secukup rasa
Gula jika suka (Optional)

Bahan-bahan yang di kisar halus
1 biji bawang besar merah
10 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai

2 senduk cili kering kisar.
1 paket kecil kerisek kelapa
(Jika rajin nak buat sendiri kerisek kelapa, goreng kan 1/2 biji kelapa parut sehingga keperang perangan, kemudian tumbuk kan sehingga hancur dan berminyak.  Mori guna yang segera jer.....hehehe)

Cara-carannya:
1.   Panaskan kuali atau periuk dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis.
2.   Tumiskan bahan yang di kisar bersama cili kisar tadi sehingga terbit minyak.
3.   Masukkan daging dan gaul rata.  Biarkan daging masak.  Bila daging sedang masak, air dari daging akan keluar sendiri.  Rajin rajin gaul supaya tak berkerak di bahagian bawah.  Api biarlah sederhana kecil.
4.   Bila daging agak2 dah kering masukkan santan tadi dan sedikit air.  Gaul rata dan biarkan ianya mendidih sehingga daging lembut.  Andai kata daging masih belum lembut, masukkan air sedikit berulang kali sehingga daging masak sempurna.
5.   Akhir sekali masukkan kerisik kelapa dan gaul rata.
6.  Perasa kan dengan garam secukup rasa dan juga sedikit gula jika suka.
6.   Tabur daun kunyit dan daun limau purut.  Gaul rata dan matikan api.



Saturday, 29 June 2013

Ayam Kerutup untuk lunch tadi


Beberapa hari nie mori sibuk sangat.... macam macam aktiviti...tak terkejar dek masa.... memang padat jadual mori.  Ikut kan hari nie mori nak ke KL ada appointment dengan adik tapi akhirnya kensel...sbb ada perkara lain yang timbul pulak..... Ada kawan mintak tolong mori buat kan butter cake untuk di bawa ke rumah maknya untuk kenduri.  Selesai siap semuanya... mori sempat gak masak lauk ayam kerutup untuk lunch tenghari nie.. Dah banyak kali mori lihat kawan2 di alam maya... menayangkan resepi ayam kerutup.  Teringin gak nak mencuba.... tapi tak tau kat mana nak mencari rempahnya.  Bila mori citer kat kawan jiran rumah mori yang mori nak masak ayam kerutup...tapi tak tau kat mana nak cari rempah...... dia offerkan rempah kerutup nyer.  Katanya dia beli kat pasar tani di area umah kita juga... tu dia...baru ku tau ada jual di sini jugak... hehehehe


Jom layan resepi nya yang mudah... sempat gak menanya kat kawan cara caranya... senang rupanyer...

Resepi Ayam Masak Kerutup

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam yang di potong kecil
2 sudu makan rempah kerutup
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 batang serai
1/4 inci lengkuas
2 sudu makan cili kisar
(Dikisar bawang besar, halia, lengkuas dan serai. Jadikan pes bersama dengan rempah kerutup dan juga cili kisar.   Kemudian gaulkan bersama ayam dan ketepikan sebentar)

1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan gula melaka
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan yang di hiris
2 biji bawang kecil dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/4 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-carannya:
1.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
2.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga berbau wangi.
3.   Masukkan ayam yang telah di gaul bersama pes kerutup tadi dan masakkan sehingga terbit minyak.
4.   Bila rempah telah cukup masak, masukkan santan pekat tadi, kicap dan juga gula melaka.  Gaul rata sehingga kuah menjadi pekat dan ayam masak sempurna.
5.   Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.   Matikan api dan boleh dihidangkan.


Mori ganding kan dengan sayur buncis yang di goreng bersama sebiji telur sebagai rencah nyer.  Bila makan ayam kerutup nie terasa sedapnya... rasa rempahnya yang cukup masak... maveles.



Tuesday, 25 June 2013

Daging Ayam Masak Kicap Manis


Assalamualaikum semua.... Hari nie mori masih cuti... amik 2 hari annual leave dari semalam untuk settle beberapa hal yang masih tertunggak.  Actually dah boleh pergi kerja tapi mood masih merudum sejak di arah buat kerja di section lain.  Cuba juga think positive akan perubahan yang berlaku.....tapi otak kata lain... hati kata lain... tu yang mood pagi tadi memang hilang jauh. Husben pulak kata...kalau malas gie kerja..sambung jer lah cuti... emmmm cam disorong bantal pada orang mengantuk...  aarggghhh!! sambung jer la cuti hari nie... 
Jadi awal pagi mori dah pegang senduk dan kuali kat dapur... masak lauk untuk anak mori yang bersekolah hari nie...hehehe  Mori masak kan udang sambal daun kunyit dan juga ayam masak kicap manis...hehehe.. simple jer.. tak der lah complicated sangat.... cepat dan ringkas.  Sambal udang, akan mori kongsi kan kemudian yer... Ni mori nak ajak en abang keluar...meronda dalam jerebu yang semakin berkurang nie...hehehe.. 


Mori tayang kan dulu ayam masak kicap manis nie... memang ringkas sangat pada ibu ibu yang nak masak untuk anak anak yang tak makan pedas... mori tak letak cili kisar atau pun lada hitam dalam masakan nie..  Jom layan resepinya... 

Resepi Ayam Masak Kicap Manis

Bahan-bahannya:
2 cawan isi ayam yang telah di potong kecil.
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
1 sudu makan gula

Bahan di kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
(dikisar sehingga halus kesemua bahan ini)

Cara-carannya:
1.   Isi ayam tadi di gaul dengan sesudu serbuk kunyit dan ketepikan sebentar.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
3.   Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
4.  Masukkan isi ayam tadi dan gaul sehingga masak.
5.   Masukkan sos tiram, kicap pekat masin, manis dan juga gula.
6.   Masukkan bawang holland dan juga sebiji cili hijau.
7.   Gaul rata kesemua bahan.  Bila telah cukup masak boleh di matikan api dan sedia untuk dihidang.

Mori tak letak garam, sebab kicap masin dan sos tiram dah cukup untuk memasin kan masakan.


Selamat mencuba.


Sunday, 23 June 2013

Pandan Butter Cake

Assalamualaikum 


Kek nie mori buat semalam untuk minum petang.  Mori buat sikit jer menggunakan loyang kecil.  Memang cukup untuk kami sekeluarga.  Sekali hadap jer. Resepi nie asal dari resepi butter cake vanila atau resepi marbel butter cake yang mori buat sebelum nie.  Mori buat kan separuh jer dari adunan asal.  Mori salinkan juga resepi untuk separuh adunan nie bawah nie.  Cuma mori rasa pewarna hijau tu tak berapa terang.  Mori gunakan pewarna hijau epal... jadi tu yang cerah jer.  Next time kena guna pewarna hijau yang pekat sikit...baru nampak jalur jalur hijau nya.... hehehe.. Kek nie memang maveles untuk buat tea time.... ringan dan fluffy.  Mori suka kan kulit luarnya yang warna coklat tu.... sedap sangat... hehehehe


Resepi Pandan Butter Cake

Bahan-bahannya:
175 gram Butter
100 gram Gula kastor
2 biji Telur gred A
1/2 sudu teh Esen Vanila
1 /2 sudu teh Perisa Pandan
1/2 sudu teh Pewarna hijau
110 gram Tepung Naik Sendiri
3 sudu makan susu segar

Cara-caranya:
1.   Griskan loyang 8" x 4" dan lapikkan dengan baking paper.
2.   Panaskan oven 175 degress.
3.   Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
4.   Masukkan telur sebiji pukul kemudian masuk lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
5.   Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
6.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar tadi.
7.   Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
8.  Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan juga pewarna hijau.  Pukul sehingga rata dan sebati.
8.   Masukan selang seli adunan asal dan juga aduanan pandan.
9.   Akhir sekali bakar dengan suhu kepanasan 175 degrees dalam masa 25 minit atau sehingga kek masak bila di cucuk dengan lidi.
10.  Bila kek telah cukup masak keluarkan dari oven.  Biar kan sebentar dalam 2 atau 3 minit.  Keluarkan dari loyang dan boleh di hidang. 


Enjoyyy 

Waalaikum salam semua


Friday, 21 June 2013

Nasi Goreng Merah Telur Mata


Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...

Semuga hari nie lebih baik dari yang sebelum nya.... walaupun cuaca berjerebu.. sampai kan tak nampak cahaya matahari di pagi hari.  Kelam aje cuaca.... harap2 jerebu nie tak berpanjangan.  
Entri hari nie Nasi Goreng merah, favourite husben mori.  Memang dia cukup suka nasi goreng ... almost everyday dia akan di bekalkan nasi goreng untuk breakfast kat tempat kerja.  Especially nasi goreng merah... nama yang di bagi nya untuk nasi goreng favourite dia...hehehe  Kekadang mori ganding kan nasi goreng dengan keropok dan telur... atau pun telur dadar dan timun.. tengok apa bahan yang ada dalam peti ais...  Ada masa tu...mori goreng kan sekali ikan goreng.... memang maveles...hehehe..  


Nasi goreng nie boleh di goreng ikut cita rasa memasing... ada masa mori letak udang, sotong atau ayam sebagai perencah... tapi kali nie mori letak isi ayam sebagai rencah nasi goreng.   Jom layan resepinya.. memang simple... dan cepat di masak.  Sedap di makan ketika masih panas panas lagi.. dan pekena sekali dengan secawan kopi O pekat kurang manis...kihkihkih.. maveles...

Resepi Nasi Goreng Merah

Bahan-bahannya:
1 mangkuk nasi putih yg sejuk
1 cawan isi ayam
2 sudu cili kisar
1 biji cili merah di hiris
1/2 biji bawang holland di potong kasar
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Bahan di kisar kasar atau di tumbuk dengan lesung
3 biji bawang merah besar
4 biji bawang putih
1 sudu teh belacan
(tumbuk atau kisar bahan di atas)

Cara-caranya:
(Mori suka guna kan api yang besar untuk menggoreng nasi.... tapi kena siap kan bahan2 di tepi kuali... supaya tak hangit...hehehehe)
1.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
2.   Bila minyak telah panas, tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga terbit wangi.
3.  Masukkan cili kisar dan gaul sehingga masak.
4.   Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak sempurna.
5.  Akhir sekali masukkan nasi, bawang holland, cili merah, sos ikan, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
6.  Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.  (Masa nie mori nasih guna api yang besar, untuk menggaring kan nasi.  Sedap bila di makan ...terasa kehangatan nasi goreng tu. Perasakan cukup garam masin.  Boleh di angkat dan di hidang kan bersama keropok dan telur goreng.




Wednesday, 19 June 2013

Kuih Buah Melaka atau Onde onde


Assalammualaikum semua.... 

Dah lama sungguh mori tak buat kuih buah melaka nie..... kebetulan balik dari kenduri kelmarin mori singgah kedai beli barang2 dapur sikit....sempat gak capai sepeket tepung pulut.  Kali nie mori buat berdua dengan kawan yang tinggal berdepan rumah mori.  Jadi kerja mengentel adunan untuk di bulat seperti bebola menjadi lebih cepat.hehehe.. sambil2 tu.. seronok bersembang.  Untuk mendapatkan warna hijau, mori cuma guna pewarna hijau jer.  Rasa malas sikit nak kisar daun pandan.... jadi amik jalan shortcut...guna pewarna jer.... hehehe.... tapi cantik pulak warna kuih buah melaka mori.... 
Jom layan resepi nya yang senang banget.... lembut bila di makan... manis bila tergigit gula merah ... wallaa


Resepi Buah Melaka

3 cawan tepung pulut
1 1/2 sudu makan tepung gandum
1 3/4  cawan air
pewarna hijau untuk menggantikan air daun pandan
Gula Melaka yang di potong kecil
Secubit garam.

1/2 biji kelapa parut putih
Secubit garam
(gaulkan kelapa dan garam sehingga rata)

Cara-carannya:
1.   Masukkan air secukup nya kedalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
2.   Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan secubit garam sehingga rata.
3.   Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil mengaul kan tepung.
4.   Titiskan sedikit perwarna hijau.  Uli sehingga warna sekata.  Adunan biarlah agak2 senang untuk diuli menjadi bebola.
5.   Uli kan adunan menjadi bebola kecil, kemudian leperkan dan letakkan gula melaka di tengah2 adunan. Kemudian uli kan semula menjadi bebola sehingga habis semua adunan.
6.  Bila air telah mendidih, masukkan bebola ke dalam air tadi.
7.   Ianya akan timbul bila telah cukup masak.  Gunakan penapis untuk mengambil bebola tadi.  Toskan air nya sebentar terus golekkan atas kelapa parut yang telah di gaul dengan secubit garam.

Sedia untuk di hidang.


Monday, 17 June 2013

Asam Pedas Jintan Manis

Jintan Manis

Asam Pedas ikan cencaru ne mori masak sabtu lepas .... itu pun sekadar untuk menambah lauk yang berkuah untuk husben mori. Mori pulak tak kisah sangat makan lauk yang kering2... tapi kalau ada kuah tu lagi ummmphhh!!! la... Mori cuma masukkan seekor jer ikan cencaru dalam asam pedas kali nie. 
Yang lain sikit asam pedas kali nie ialah ada jintan manis dalam bahan yang di kisar.  Memang sebelum nie mori masak asam pedas tak pernah letak jintan manis..... tapi nak di jadi kan citer... jiran mori terserempak dengan husben mori kat pasar tani tengah shopin paru lembu untuk di masak goreng berempah makan tengahari.  Jiran mori tu terus pelawa diri untuk ajar cara2 perap paru lembu ikut resepi doang pulak...hehehe.. Dorang tu pulak memang pandai memasak dan peramah.  Apa lagi bila orang dah offer diri....kita pun bagai pucuk di cita ulam mendatang.....terima jer la...hehehehe   
Masa dalam sibuk2 menyediakan bahan untuk perap paru lembu tu...kita orang berkongsi resepi masak asam pedas.  Hampir sama resepi kami cuma dia ada letak jintan manis dalam bahan yang di kisar.  Mori pun apa lagi.... kebetulan memang nak masak asam pedas, mori tambah kan sesudu kecil jintan manis dalam bahan yang di kisar.    Hati tu nak juga tau cam mana rasa asam pedas yang letak jintan manis. 


Alhamdullilah....memang sedap rasanya.... tak lah terasa jauh sangat perbezaanya... tapi memang terasa sedap... hehehe... next time kalau nak tukar tukar selera masak asam pedas...boleh letak jintan manis... bila dah rasa boring, kita omit je lar jintan manis tu.... hehehe.. seronok pulak bila ada banyak cara untuk masak asam pedas.... boleh di pelbagai kan...
Terimakasih Ani dan Syikin for sharing recipes... maveles you all...hehehe..


Resepi Asam Pedas Jintan Manis
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan cencaru sederhana besar di potong 2
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa
1 cawan air
4 cawan air
1 tangkai daun kesum
1 biji tomato di belah 4
Garam secukup rasa

Bahan di kisar
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 biji buah keras
1 sudu kecil belacan
1 sudu kecil jintan manis
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

Cara-caranya:
1.   Panaskan periuk dan masukkan minyak masak.
2.   Bila minyak telah panas, tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit minyak dan berbau wangi.
3.   Masukkan cli kisar tadi dan kacau sehingga masak.
4.   Satukan pes asam jawa bersama secawan air dan masukkan ke dalam periuk.  Gaul rata.
5.   Kemudian masukkan 4 cawan air dan biarkan mendidih sebentar.
6.   Masukkan tomato, ikan dan daun kesum.  Biarkan mendidih sehingga ikan masak sempurna.
7.   Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...