Pages

Saturday, 15 June 2013

Sambal Goreng Ikan Bilis Nipis dengan Kacang Panjang

Assalammualaikum semua


Hari nie mori tak mana2 cuma lepak lepak di rumah aje.  En abang dah janji nak abis kan kerja yang lama terunggak.... lama betul...berbulan bulan tertunggak.  Asik sibuk memanjang.... setiap minggu ada aje aktiviti nyer... kalau tak gie memancing, dia akan ikut ride motor dengan groupnya... tidak pun kena panggil kerja.    Jadi dapat peluang dia ada cuti nie....mori minta dia abis kan kerja kerja yang lom selesai kihkihkih... 


Entri hari ini mori nak kongsikan resepi sambal goreng ikan bilis nipis yang mori padakan dengan tempe dan juga kacang panjang.   Ini lah rupanya ikan bilis nipis, yang mori maksudkan.  Rasanya bila di goreng ranggup macam keropok. Memang sedap bila di ratah.  Bila di buat sambal.... rasanya bertambah sedap lagi.  


Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Nipis dengan Kacang Panjang

Bahan-bahannya:
Ikan Bilis Nipis
300 gram kacang panjang
1 paket tempe dalam plastik @ 3 paket tempe yang di bungkus dalam daun.

1 biji cili merah di cincang halus
10 biji cili api di cincang halus
2 batang serai di hiris halus
1 biji bawang besar di potong dadu
3 biji bawang putih di potong dadu

1 sudu kecil sos ikan.
Garam secukup rasa.

Cara-carannya:
1.   Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2.   Tempe di potong serong, kemudian di gaul dengan garam dan kunyit.  Goreng kan garing dan ketepikan.
3.   Kacang panjang di kerat 1 inci panjang, kemudian di goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
4.   Goreng kan ikan bilis nipis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
4.    Tinggalkan baki minyak sedikit dari dalam kuali.  
5.  Tumiskan bahan yang di cincang, cili merah, cili api, serai, bawang besar dan bawang putih.
6.   Masukkan 1 sudu sos ikan dan garam.  Gaul rata.
7.  Bila bahan2 telah agak garing.  Matikan api.  Masukkan tempe dan kacang panjang gau rata.
8.   Akhir sekali masukkan ikan bilis nipis gaul rata dan boleh di hidangkan.





Sunday, 9 June 2013

Kerabu Ikan Bilis, Asam Pedas Ikan Siakap, Sambal Belacan Limau Ulam Pegaga, Sotong Goreng Kunyit


Balik dari KL tengahari tadi..... salah sorang adik mori ikut sama... Dia mintak tolong hantar kan ke Shah Alam..... Tapi sebelum ke Shah Alam, singgah dulu ke rumah mori untuk makan tengah hari.  Seronok pulak rasanya... dah lama gak adik mori tak datang umah mori....hehehe...walaupun kelam kabut nak lekas memasak .... nak kejar kan masa...... Lauk pertama yang jengah fikiran... ialah kerabu ikan bilis...favourite kami sekeluarga.... apa lagi.... itu lah lauk pertama yang mori buat dulu... sambil sambil tu.... mori buat kan juga masak asam pedas ikan siakap.   Layan pulak dengan sambal belacan perahan limau kasturi....kemudian di hiris kan limau ke dalam sambal dan berulam kan ulam pegaga.... memang marvelous...hehehe... Pas tu mori buat kan sotong goreng kunyit... untuk tambahkan lauk lagi.  


Anak mori makan lauk kerabu ikan bilis nie tanpa lauk lain...hahahha... memang favourite dia....tapi tu lah...bawang...dia tolak ke tepi....langsung tak suka...hehehe... mori suruh amik lauk yang lain.... dia kata....ini pun lauk juga...... pening mama nya...yang masak macam2...tapi satu lauk jer yang dia makan sampai sudah..... Resepi nie sebenarnya dah pernah ada dalam blog mori sebelum nie.... tapi terlebih rajin kali ni....salin kan juga di sini.......  jom layan resepi resepi yang berulang kali dah tayang di sini...hehehehe

Resepi Kerabu Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
200 gram ikan bilis
2 kuntum bunga kantan dihiris nipis
2 batang serai dihiris nipis
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji buah tomato di buang biji nya dan dipotong dadu
10 biji cili api di hiris nipis
1 tangkai daun ketumbar
8 biji jus air limau kasturi
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-carannya:
1.   Goreng kan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2.   Gaul kan rata kesemua bahan kecuali jus limau kasturi, garam dan gula.
3.  Masukkan  garam secukup rasa dan juga sedikit gula.
4.  Akhir sekali masukkan jus limau kasturi sedikit demi sedikit.  Perasa kan masam manisnya.... kalau kurang masam, tambahkan sedikit lagi jus limau. 
5.   Akhir sekali gaul kan sekali ikan bilis sehingga rata.  
6.  Sedia untuk di hidang.


Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan jenahak
1 kuntum bunga kantan
1/2 biji bawang besar di hiris nipis
1 biji tomato di potong baji
5 sudu makan cili kisar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Air asam jawa

Bahan yang di kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji buah keras
1 batang serai

Cara-carannya
1.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya
2.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cili kisar dan gaul sehingga masak sempurna.
3.    Bila cili telah cukup masak, masukkan air asam dan air masak secukupnya.
4.   Masukkan juga buah tomato dan juga bunga kantan.  Biarkan mendidih.
5.   Akhir sekali masukkan ikan, bawang besar yang di hiris, garam secukup rasa dan masak sehingga ikan masak sempurna.
6.   Taburkan serbuk lada hitam dan gaul perlahan supaya ikan tak hancur.  Matikan api.


Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahannya:
1/2 kilo sotong putih di hiris kasar.
5 biji cili api di belah dua
1/2 biji bawang holland di hiris kasar
3 helai daun ketumbar
1 batang serai
2 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk Lada hitam

Cara-carannya:
1.   Sotong yang telah di bersihkan di hiris kasar, kemudian di gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
3.   Masukkan sotong dan goreng sehingga masak.  (Jangan masak terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat).
4.   Masukkan bawang holland, serai cili dan juga sos tiram.  Gaul rata kesemua bahan.
5.   Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali taburkan serbuk lada hitam.  Matikan api.


Ulam pegaga nie... sedap kalau di makan dengan akar2 nyer sekali.... memang terasa pahit2 sikit.   Bila nak makan....gulung gulung ulam tu...kemudian di colek dengan sambal belacan limau.... perrgghhh memang berpeluh lepas tu.... mavelous sungguh...hehehe...  Dalam banyak2 ulam.... ulam pegaga yang paling mori suka.... tapi mesti dengan akar nya..... hehehe.. sedappp tu...kihkihkih... 




Saturday, 8 June 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis



Mori sekeluarga memang suka makan sambal tumis ikan bilis...lebih2 lagi di campur dengan kentang yang di hiris nipis dan di goreng garing.  Stock ikan bilis memang sentiasa ada aje dalam peti ais.  Kekadang anak mori... adda akan mintak di buatkan sambal gesek..... favourite dia tu.  Itu yang ikan bilis memang sentiasa ada aje.  Lauk sambal tumis ikan bilis nie ...memang dah serasi dengan kami satu famili.
Tapi kali nie.... mori guna ikan bilis nipis...ikan bilis nie... besar dari biasa... bila di goreng... ranggup nya macam keropok.... lepas sekeping sekeping masuk mulut...tak sedar dok meratah...hehehe... actually mori tak tau apa nama nak di panggil ikan bilis ni .... kalau ikut kat paket ikan bilis tu... cuma di sebut ikan bilis istimewa...hahahaha.. pelik la pulak... so mori tanye kat maid.... kalau kat medan...ikan bilis nie di panggil apa.....  dia cakap ni ikan bilis nipis....tak der tulang.... jadi mori ikut je lah.... panggil nie ikan bilis nipis. 


Hari nie mori masak lambat sikit....sebenarnya bukan lambat sikit...lambat banyak.... hahaha...lambat sampai ke rumah selepas balik dari majlis penyampaian anugerah cemerlang untuk pelajar yang berjaya.   Menyinggah mencari barang lagi...tu yang lewat sampai ke rumah....  bila dah lewat.... masak cam nie... memang senang..dan cepat.... en abang pun kata sedap.... hehehe... senang hati kita...kihkihkih...jom layan resepinya... memang mudah dan senang....

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis 

Bahan-bahannya:
1 paket kecil ikan bilis nipis
4 biji kentang di kupas kulit dan hiris nipis
1 biji cili merah di cincang kasar
5 biji cili api di cincang kasar
1/2 biji bawang holand di potong baji

1 biji bawang besar *
1 biji bawang putih *
1/4 inci belancan *
10 biji cili api  *
Kisar ke semua bahan bertanda *

Garam secukup rasa.
1 sudu teh gula.

Cara-carannya:
1.  Gaul kan kentang dengan garam dan sedikit kunyit.  Goreng kan bersama minyak masak sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
2.   Goreng kan pulak ikan bilis nipis sehingga garing dan ketepikan.
3.   Tumiskan bahan yang di kisar tadi.  Agak agak dah separuh masuk, masukkan bahan yang di cincang tadi dan bawang holand tadi.
4.   Bila sambal telah masak, masukkan garam secukup rasa dan juga gula.  Matikan api.  Biarkan sejuk dulu.
5.  Bila sambal dah sejuk baru gaulkan ketang sehingga rata.  Akhir sekali baru masukkan ikan bilis nipis yang telah di goreng awal tadi.
Tujuan nya di masukkan akhir supaya ikan bilis sentiasa rangup bila di makan nanti.  Baru sedap krap krup krap krup..bila dikunyah..hehehehehe


Selamat mencuba


Wednesday, 5 June 2013

Char Kuey Teow Femes

Assalamualaikum semua..... 


Hari nie mori nak kongsi resepi Char kuey teow yang sememang nya femes...   Merata  kita akan jumpa gerai2, restoran2 yang menjual char kue teow.  Char kuey teow salah satu favourite mori dan juga husben mori gak.  Tapi anak mori jer kurang makan kuey teow.... tak tau lah kenapa...setiap kali selepas makan kuey teow dia akan cirit birit.. 

Kat area umah mori nie...ada beberapa gerai yang jual char kue teow.  Memang sedap... maveles sungguh.  Nak tau cam mana doang yang meniaga masak char kue teow ....kita kena la tengok cara nya kan... hehehe.. Nak gak tau apa bahan2 yang doang letak.  Teringin sangat nak cuba cara doang masak char kue teow...so bila kita order sambil menunggu doang memasak ....mori tinjau tinjau bahan2 yang di masukkan ke dalam kuali.... hehehhe... Nak tanya bahan2 nyer secara terperinci...seganlah pulak...dah lah doang buat bisnes..kita pulak sibuk2 tanya bahan2nyer.... kihihkih... 


Nak kata nie exactly cam doang buat...mori tak sure lah... tapi rasanya dah menepati cita rasa kami.  Yang pasti nak masak... memula api kena sederhana... kemudian dikuatkan sedikit api.  Bila dah masukkan kue teow, barulah api di perlahankan.  Dan di masak sekali untuk setiap pinggan barulah rasa nya sama.  Mori dah mencuba banyak kali....cuma baru nie mori berani kongsi....bila mori dah yakin rasanya sama cam mori beli kat gerai. 

Resepi Char Kuey Teow Femes 

Bahan A
1/2  biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu makan cili kisar
(dikisar ke semua bahan ini)

Bahan B
20 ekor udang di bersihkan
2 ekor sotong sederhana besar di hiris nipis

Bahan C
1 paket kue teow
2 genggam tauge yang telah di bersihkan
4 biji telur
Sos Tiram
Kicap Pekat Manis
Sos Ikan
Air
Serbuk pati ayam
Garam

Cara-carannya.
1.   Goreng kan udang bersama sedikit minyak sehingga udang agak2 masak. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.  
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.  Tumiskan bahan A sehingga masak.  Tak perlu letak garam atau pun air asam jawa.  Angkat dan ketepikan.
3.   Mori bahagikan 1 paket kue teow kepada 4 bahagian dan mori masak satu persatu.   
4.   Sediakan semua bahan di tepi kuali.  Nak masak char kue teow nie kena cepat.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.  Api biarlah sederhana.  Masukkan sesudu cili yang telah di masak tadi dan gaul rata.  Segera masukkan sesudu makan sos tiram, kicap pekat manis dan juga sos ikan.   Gaul rata.
5.   Masukkan secawan air kacau rata.  Masukkan sotong dan juga udang.
6.   Masukkan 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam, secubit garam, dan pecahkan sebiji telur ke dalam kuali.  Biarkan mendidih sebentar dan kemudian kacau kuah.
7.  Masukkan kue teow dan juga tauge.  Gaul rata kesemua bahan sehingga rata. 
Matikan api dan boleh di hidang kan bersama cili jeruk.  


Sedap bila dimakan panas panas....memang laju jer...habis...hehehe...



Wednesday, 29 May 2013

Sandwich Ikan Bilis

Assalamualaikum semua...


Malam nie mori nak kongsi menu yang simple lagi..... iaitu sandwich ikan bilis menggunakan sandwich maker yang dah lama terperap kat dalam kabinet....hehehe.. rasanya dah hampir setahun tak berusik.  Teringat dolu dolu masa kat ofis lama.... ada pantry yang di jadikan tempat menjual minuman seperti teh tarik, necafe dan juga sandwich menggunakan sandwich maker.  Inti seperti sardin, ikan bilis, kaya, butter....tersusun untuk kita pilih sendiri yang mana kita nak.  Bila di bakar....harumnya... memang mengoda selera.... di tambah pula bau air teh tarik...my favourite of course... tu dia adduhhh!!!!!...memang bagai di pam2 berat badan meningkat naik.  Apa taknya setiap kali break time di ofis....member2 ajak ke pantry... kalau member tak ajak pun...kita pulak yang mengajak....dah naik ketagih.... tapi sekarang idak ler yer....dah insaf...hehehe  kena kontrol minum teh tarik.... tak leh tahan bila badan naik mendadak.... habis baju tak muat karang...


Sandwich nie mori intikan dengan sambal tumis ikan bilis.  Ikan bilis tu mori tak goreng kan...tapi ditumbuk sedikit supaya lembut... baru di masukkan ke dalam sambal yang sedang di masak.  Sapu kan sambal tumis ikan bilis nie ke atas sekeping roti, kemudian di lapikkan dengan sekeping roti lagi dan sapukan telur diatas roti tadi. Pastu bakar la seperti biasa.  Pekena pulak dengan nescafe O.... memang maveles...pahit pahit gitu...kurang kan gula....kihkihkih... memang maveles.... Roti sandwich nie kena dimakan panas panas...baru sedap.... kalau dah sejuk kurang sikit menyengatnya...hehehehe


Mori hidang kan juga untuk husben mori yang lambat pulang dari tempat kerja.  Dia sukakan yang simple2 juga untuk dinner..... katanya...tak mau perut nya bertambah maju ke depan....hahahaha... mori cadangkan juga ...makan jer oats untuk susut kan perut tu.... dia sengih jer ngeleng kepala... tak lalu la pulak...hehehe.. 


Tuesday, 28 May 2013

Mee Kari Ringkas


Ketika mori post kan entri kali nie... tekak terasa sakit, seperti perit, badan seperti tak sedap, mata terasa pedih cam nak demam.  Petang tadi tak lah seteruk macam nie... sempat gak balik kerja tadi singgah kedai untuk beli bahan2 untuk buat mee kari.  Mee kari ringkas.... itu yang pastinya... bagi mori yang baru balik kerja... memang semua kerja nak buat pantas dan cepat.  Tekak tu tetiba teringin nak makan mee kari...tu yang sanggup terjah juga ke kedai mencari bahan.  Yang bestnya....anak mori suka kan pulak mee kari kali nie .... sempat dia cakap sedap lah mama... berbunga hati  mama nya dapat pujian....bila anak mori kata sedapppp... tu pujian yang ikhlas dari nya.... kalau tak sedap... jangan harap dia akan cakap apa2... dia akan diam jer makan... slow jer menyuap ker mulut.... kita pulak akan rasa kesian... sebab masakan kita bukan selera dia....  
Jom layan tengok resepi nya kat bawah nie.... sememang seringkas abis... sekejap jer dah siap.


Resepi Mee Kari 

Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
4 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1/2 paket fishball di belah dua
1 biji telur
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih dihiris nipis
3 biji bawang merah kecil dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih

Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan cili kisar
(satukan serbuk kari, cili kisar bersama bahan yang dikisar tadi)

Cara-caranya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2.   Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.   Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari dan cili kisar tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya.  Biarkan mendidih.
5.   Masukkan isi ayam biarkan seketika.  Masukkan tahu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata. 
Biarkan ianya mendidih seketika.  
6.   Pecah kan sebiji telur ke dalam kuah.  Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar.
7.   Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita.  Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8.   Masukkan sayur sawi dan juga garam secukup rasa.  Perasakan.  
9.   Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus


Kalau ada sambal tumis, gandingkan sekali dengan mee kari memang maveles.... perahkan asam limau, ke dalam kuah... pergghhh memang tak hingat bila makan..... hehehe  


Chow dulu... mata dah tak larat nak bukak.... mungkin selsema yang masih belum baik lagi nie...buatkan rasa seperti nak demam.  Nak blogwalking ke dapur kekawan pun tak larat nie... sempat gak jeling2 tengok resepi resepi yang maveles.... geram tak dapat tenung lama sikit...tak larat sungguh..

Tadaaa...

Monday, 27 May 2013

Chocolate Creme Cheese Cake untuk Besday Adda

At last ....dapat juga baked kan besday cake untuk anak mori....hehehe.... Mori pulak dah lama tak kena selsema.... kali nie kena sampai terasa sakit2 kepala.... tapi akhirnya berjaya sudah kan jugak kek besday nya.   Mori layan kan juga letak kan warna bunga pink atas kek besdaynya.  Bab tulisan di atas kek...rasanya dah improve sikit dari dulu...kihkihkih...sikit jer lah... janji bole baca.....  Bila adda tengok kek nya dah siap... tersenyum simpul dia....hehehe...Happy Birthday adda... you are my little angel and no matter how may years pass, you will always be my sweet little angel.


Tahun nei dia dah meningkat 16 tahun.  Terasa masa berlalu begitu pantas sekarang....tup tup.. anak mori dah remaja... dah tak boleh nak timang timang... patah pulak pinggang klu dok buat jugak... Sekarang nie kalau nak peluk dia pun susah... bila peluk jer..."geli la adda mama"... pas tu malu ... Mori baked kan dia just a simple chocolate sponge cake... dengan chocolate cream cheese untuk layer kan between the cake.  Mori tak letak chocolate ganache on top.... krim tu pun dah cukup sedap... Mori nak ucap kan terimakasih pada Azlita ~ Masam Manis for sharing the resepi.  Maveles sungguh.


Resepi Chocolate Sponge Cake
Sumber dari Chef Alex Goh

Bahan-bahannya:
4  biji kuning telur
16 gram gula kastor
1/2 sudu teh vanilla esen
100 gram tepung naik sendiri
1 sudu koko powder (diayak bersama tepung naik sendiri)
40 gram minyak jagung.

4 biji telur putih
100 gram gula kastor

Cara-carannya:

Panaskan oven pada suhu 180 degrees C
Griskan loyang berukuran 7" dan lapikkan dengan baking paper. 

1.   Pukul kuning dan gula sehingga gebu dan ringan.  Ketepikan.
2.   Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga kental (bila kaup dengan sudu, adunan tak jatuh balik),  masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati dan kental.
3.   Dengan perlahan kaup adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan gaul sehingga rata.
4.   Ayak kan tepung dan dengan perlahan masukkan tepung ke dalam adunan dan dengan menggunakan whisk atau spatula gaul rata adunan sehingga sebati.
5.   Akhir sekali masukkan minyak jagung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
6.   Masukkan adunan ke dalam bekas loyang .
7.   Bakar pada suhu 180 degress C selama lebih kurang 30 minits atau sehingga benar benar masak.
Cucuk dengan lidi halus di tengah kek untuk pastikan kek telah masak dengan sempurna.
8.   Bila kek telah masak keluar kan dari oven dan sejukkan di atas redai.


Krim Keju
Sumber dari dapur Azlita ~ Masam Manis

Krim Keju
200 gram krim keju
1 sudu teh lemon paste
90 gram coklat masakan putih (mori guna yang coklat)
150 gram krim bukan tenusu - Non Dairy Whipping Cream
8 gram gelatin
30 gram air

Cara-carannya:
Cairkan gelatin ~
(tuang air panas dalam mangkuk, kemudian baru taburkan gelatin ke atas air suam panas)
kemudian masakkan secara double boiler untuk cair kan nya lagi.

Cairkan coklat masakan secara double boil jugak.
Kemudian satu kan gelatin cair ke dalam coklat masakan tadi.
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut.
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih ke dalam krim keju.  Pukul sehingga sebati.
Dalam bekas lain, putar whipping cream sehingga kental.
Satukan dengan whipping cream tadi dengan krim keju secara kaup balik sehingga benar2 rata.
Boleh la di sapu kan pada kek.


Kelmarin bila semua dah nak masuk bilik... mori nak angkat wuduk.....dia terjah bilik mori katanya nak salam... kita pulak dalam bilik air....dengar dia pangil... mama mama... adda nak salam..nak tidur...
Mori pun keluar bilik air... tengok pintu bilik terbuka sikit.... (sekarang nie nyamuk tengah banyak so bilik dah berspray awal2 lagi untuk halau nyamuk)... mori tegur la adda...
"Alaaa adda... naper pintu bilik terbuka... karang nyamuk keluar... "
Adda dengar... punya la mengekek ngekek dia gelak....
"Ok la tu mama ...bagi nyamuk keluar.... haahahahahahha"
Adduhhh!!!! mori tersilap cakap..instead nak cakap nanti nyamuk masuk bilik... mori gie cakap nanti nyamuk keluar... Adda pulak pantang dengar mori silap cakap.. mesti kena tegur nya... 
Sakit sakit perut kami gelak sakan sbb tak mau bagi nyamuk "keluar" dari dalam bilik...  
Itu la jadi nya bila kepala dah weng dengan selsema yang tak berkesudahan nie...hehehe..cakap pun dah tak betul...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...