Pages

Saturday, 17 March 2012

Bukit Tinggi Pahang - Japanese Garden


Semalam mori n hubby amik cuti…bawa adda gie jalan jalan….Memasing tak de idea nak kemana.  Nak gie tengok wayang…memang tak de mood.  Still in sad mood.  Kalau ikut kan hati..memang tak mau kemana mana cuti sekolah nie… tapi tak sampai hati tak bawa adda berjalan makan angin. 
Malam tu abah nya tanya…nak kemana esok adda…abah and mama dah apply leave dari tempat kerja….nak kemana kita nie… ? Jom kita gie Bukit Tinggi Pahang, adda bagi idea at last.  Last time kita orang pergi dengan kawan baik.  Enjoy gak masa gie sana.  Esoknya dalam kul 8 lebih…kami start our journey.  Kita plan one day trip aje.  Tak mau stay overnight.  Even kita orang bawa maid sekali.  Bagi dia happy sekali sekala.  Enjoy kan diri dia ngan privilege nie…hahahahah.. Kita orang bekfast on the way ke sana kat perhentian rehat. 

Sekejap aje dah sampai ke Bukit Tinggi,  sejam lebih kurang.  Sampai sana… ada dua simpang… mana nak gie dulu yer…abg..kekanan dulu…mori bersuara… yang kanan tu kan lebih afdal…hehehe..padahal dah lupa apa yang ada kat simpang ke kanan tu.  Rupa rupanya kita orang jumpa Japanese Botanical Garden.  Kat sana ada Japanese Tea House, Botanical Garden, Japanese house dan juga mini waterfall ngan ikan koi nya.  Pastu hutan aje kelilingnya.  Nyaman nyaman.  Jom intai intai picture mori shoot kat sana.  
Mula panjat bukit....

Pintu Masuk ke Japanese Village

                                                    Canteeekk bangett.... 

Perjalanan kedalam taman

Meredah bukit lagi...dah mula berpeluh.... 

Dalam hutan....watch your step 

Nice view


Mini waterfalls..

Ada sarang kat pokok sakat nei... 

 Sejukkkknya air....

Canteekk nya landscape nie.... 

 Belalang apa yer...lupa der....

Gemuk gemuk nya Ikan Koi .... 

 Simpang mana nak pilih...sama aje...jumpa satu tempat juga

Japanese House... ada astro tu.... 

 Boleh bawa balik tak pondok nie....

Kat mana mana ada semut ...... 

Woww tingginyaaa..... 

 Jumpa lagi kolam....cantik nya lanscape.... 

ssshhhh!!! dengar  tu bunyi cengkerik, ungka, riang2...... 

Japanese Tea House... tak pelawa pun masuk...merajuk aar.... 

Posing jap dalam umah japanese...kecik jer yer... 

Ehhh!!!!  dalam utan pun ada line gak...dasat dasat....take a break...eat kitkat... 
Best betul.... xplore dalam hutan .... pasni mori post gambar bunga bunga lak yer...tungguu...

Monday, 12 March 2012

I Miss You Mom..By Laura Said

Deep in the night when I lie in my bed
wondering at shadows up over my head
and I pull those soft white sheets to my eyes
and I whisper to God and ask why?
But when I ask why and my eyes start to cry
and I feel so sad that I think I might die,
as I slip into dreams of what was before….

Never would have imagined the end would be like this,
me comforting you.
Holding your hand, telling you not to worry was not an easy thing for me to do.
I wasn't ready to let you go.
Even though I'm told that it was your time.
I can't get that through my mind. I wasn't ready to let you go.
It wasn't meant to be that way.
No! I scream, this can not be, this can not be happening
I cry, I beg you to stay.
This cannot be happening this way.
Mom, will the tears ever dry?
I ask this as I wipe my eyes.
I'm told in time, but I don't think so.
I wasn't ready to let you go..

I call out your name -- you never answer ,
And I look for you in every familiar spot.
Everything seems so strange and surreal,
I ask everyday is it a dream or real?
Why is she gone and why did she go?
Where are you now and are you free from all your pain?
Should I be feeling guilty, was there something I didn't do?
Did I not do enough to show all the love I had inside for you?
Should I be happy you’re free of pain and sorrow?I want to know and I want God to show
me a reason.
So pray as fast as I can.
But unanswered prayers are a part of the Plan.

There's a million questions that I have inside,
And a million more that keep coming to mind,
All the questions, I guess they'll grow to more,

You have always been there through the thick and the thin
No matter what I've done, unconditionally you love me
I didn't want to live without you,
I would have given anything to have you back,
But I know now that it was meant to be,

I miss you more than these words could ever say
The pain in my heart is from one unimaginable day…
After I cried all that I could; my eyes still shed countless more tears
And when I try to sleep, I have nightmares of ten-thousand fears
It has been almost Forty days that we lost you
I look down at your name on a cold hard stone
It tells nothing of the wonderful person you were,
And only serves to remind me of the painful loss I endure and a shattered heart…
Mom…
I miss your sweet, shy smile, your warm hugs, your laughter and your kind, loving ways.
May Your soul Rest In Peace, May God Bless You..
I Love You For 36 Years and I will Love You A thousand More Years...


Majlis Tahlil

Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah mak semalam.  Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi…semuanya berakhir dengan selamat.  Syukur syukur kepada Allah s.w.t.  Semalam genap la 40 hari mak meninggal kami semua.   Semuga roh mak di cucuri rahmatmu ilahi dan di himpun kan bersama sama orang yang beriman dan solehah. 

Memang mula plan nak buat kenduri di rumah arwah mak… tapi terpaksa dibatalkan saat saat akhir.  Perasaan rindu yang teramat sangat pada mak… mori membuat keputusan  untuk adakan majlis tahlil di rumah mori sendiri.   Esoknya hari jumaat terus saje jemputan di jalankan tanpa lengah lagi. 

Awal pagi hari sabtu, mori pergi ke pasar bersama suami untuk mencari bahan-bahan untuk di masak.  Tempat yang paling best untuk mencari bahan basah…tentulah di pasar borong Kelang.  Balik dari pasar…skuad mori terdiri dari jiran tetangga telah bersiap sedia..untuk memulakan gotong royong.  Tumbs up for you all…
Menu yang di rancang untuk majlis hari tu…. Tentu lah mesti ada lauk favourite mak,… adik ada bagi tau…salah satu favourite mak suka sangat makan sambal telur…jadi tentu lah salah satu lauk telur..
Telur burung puyuh masak sambal dengan udang. 

Daging tetel masak asam pedas dengan ubi kentang

Ayam goring berempah…(ni saje buat goring untuk bebudak yang tak makan pedas.

Menu… Kerabu Ikan bilis.

Menu… Ikan masin goring dengan cili benggala.
Menu.. Sayur buncis goring dengan telur.
Menu.. Sambal belacan pada yang teringin pedas.


Selesai aje magrib..semua hidangan telah siap beratur atas meja hidangan. 

Tetamu mula datang selesai aje waktu isyak.  Syukur syukur alhamdullilah.. ramai betul yang datang kali nie…sehingga ada yang bersimpuh di depan pintu masuk untuk bersama-sama membaca tahlil. Seperti tak percaya ramainya tetamu yang datang untuk menjayakan majlis nie. .. sedangkan ni ada lah minggu pertama cuti sekolah.  Ramai yang balik kekampung atau pergi bercuti. 
Terharu mori melihat Abah dan adik… yang sanggup datang dari jauh… untuk bersama sama menjayakan majlis tahlil ni.  Bila melihat adik bongsu mori sampai...mula la perasaan sebak tu tiba.  Kemudian Lora, shila, dan anak anak nya pulak sampai.  Bila abah sampai bersama lin dan yang lain…perasaan gembira dan seronok bercampur baur.  Rindunya mori pada wajah wajah ini.

Pangkin di rumah yang menjadi tempat mak melepak apabila datang kerumah mori kini dipenuhi dengan adik beradik dan anak anak buah mori.  Adik adik cuba untuk menghidup kan suasana gembira seperti mak masih ada.  Tapi kekosongan itu tetap ada.  Kehilangan itu tetap terasa.  Rindu itu tetap datang dan airmata yang di tahan supaya tidak jatuh akhirnya tumpah juga.  Berderu deru…sebak. 

Terbang melayang si kunang kunang
Jatuh ketanah terbilang bilang
Tempat yang jauh lagi di kenang
Rindu di hati tidakkan hilang.     

Pada kawan kawan yang telah datang menolong mori ucapkan ribuan terima kasih dan pada jiran jiran yang menghulurkan juadah seperti dessert... Alhamdullilah...terima kasih banyak2.
Insyallah jasa mu akan ku kenang hingga ke akhirnya.  Tak tau lah macam mana mori nak balas.  Terimakasih semua.

Saturday, 10 March 2012

Chiled StrawberryYoghurt Cheesecake

Seronok nya...first time buat cheese cake.... walaupun sekadar chilled cheese cake.   Bab bab kek menggunakan cheese nie...mori kurang mahir sikit.  Tapi teringin sangat nak buat.

Resepi asal dari Zack Zachoes tapi mori amik dari dapur Azlita masam manis.  Asalnya resepi Chiled Blueberry Yoghurt Cheesecake.  Tapi entah cam mana mori bole tersalah beli filling.  Mori beli filling strawberry.  Hahahaha.. apa lagi..takkan nak pergi tukar.  So mori teruskan kan aje buat tapi instead of Blueberry jadi Strawberry.. janji ada bunyi berry berry kat ujung nya..hahahaha.



Chiled Strawberry Yoghurt Cheesecake
By : Zack Zachoes

Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan

Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry (mori guna strawberry)
30g gula kastor
80g blueberry filling (mori guna strawberry)
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan  berukuran 5 inc
Alas dasar loyang dengan baking paper

Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar

Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam

Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling (mori guna strawberry filling)
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan
(Mori buat 2 adunan dan guna loyang 8".)




Friday, 9 March 2012

About Me

Salam Perkenalan.  
One day, anak sound kita, “mama mama naper tak buat aje blog...  Masukkan masakan mama ni dalam blog”.  Hmmmm!!! Sebenarnya dia yang nak buat blog untuk dirinya… jadi secara baik dia minta keizinan dari mori.  So kalau mama bole buat blog…sure anak pun bole buat blog.  Teenagers sekarang.  Pandai betul.
Ok lah ok lah… create one blog for me.  Hasil nya ..ni la dia blog mori yang tidak seberapa ini.  Simple blog, menjadi tempat untuk mori mengumpul kan resepi resepi, cerita dan juga gambar gambar yang menarik.  
Mori seorang isteri pada suami dan ibu pada seorang anak perempuan dan juga seorang pekerja syarikat swasta.  Di lahirkan di Ipoh Perak tapi dibesarkan di KL 2 tahun kemudian.  Mori anak kacukan dari baba cina nyonya dari keturunan abah dan melayu Negeri 9 dari keturunan mak. 
Resepi resepi yang ada dalam blog nie.. ada yang mori belajar dari mak, mak mertua, kak ipar, frens, jiran dan juga mori tengok resepi dari internet dan kekawan bloggers lain. Resepi resepi  yang mana mori telah cuba dan berhasil dari kekawan di alam maya nie....mori mintak izin untuk  kumpulkan dalam blog ni.  Senang untuk mori mencari di kemudian hari.  Mana tau kalau panjang umur, anak mori bole belajar memasak dari sini
Selebihnya ianya sekadar ruang untuk mori mengumpulkan photo photo yang menarik dan juga stories.  


Mohd Said bin Abdullah, ini lah dia abah mori.  Chinese baba nyonya.  Now 79years old.  Masih sihat dan kuat.  Don't ask him to speak chinese..mmg dia tak bole... berinteraksi dengan kami... mix language.  Perkataan lu gua lu gua tu biasa pada kami  hehehe..  Masa muda..sememang nya garang.... tapi bila semakin tua...abah dah bertukar karater menjadi seorang yang mudah senyum dan rajin buat lawak.    
My mom....dalam kenangan.  Al Fatihah untuk arwah mak..Normah bt Mohd Shaari.  Semuga roh mak di cucuri rahmat mu ilahi.... dan di tempat kan di kalangan orang yang beriman.  Pergi menyahut ilahi pada umur nya 64 tahun akibat kanser tyroid.  Mak seorang yang penyabar...teramat la penyabarnya membesar kami adik beradik seramai 11 orang.  Pemergian mak adalah satu kehilangan yang besar buat kami adik beradik.  Kami redha mak pergi...semuga mak aman dan tenteram di alam barzakh.  Amin.

Wednesday, 7 March 2012

Rindu...

Apa maknanya bulu mata jatuh…
Apa maknanya kalau kelopak mata sebelah bawah berkenyit kenyit.
Apa maknanya kalau kelopak mata sebelah atas berkenyit kenyit.
Ntah la yer…. Mungkin ia nya sekadar kebetulan aje… biasa mori dengar orang tua tua kata..klu bulu mata jatuh atau gugur…tanda ada orang merindui kita…. Dan kalau kelopak mata sebelah bawah berkenyit kenyit…tanda kita nak menangis…tumpah nya air mata.  Kalau kelopak mata sebelah atas pulak yang berkenyit kenyit ..tanda nak jumpa orang yang dah lama kita tak jumpa.
Tapi yang pasti…. Kalau kelopak mata sebelah bawah berkenyit kenyit…memang la… tak lama lagi mori akan menangis.  Mori cukup takut betul kalau tanda tu keluar.   Tapi sejak kebelakangan nie…memang tak perlu kelopak mata tu berkenyit kenyit… sememang nya mudah betul air mata nie jatuh.
Yang mori tertanya tanya nie… kenapa bulu mata mori jatuh berkali kali… dalam sebulan nie.. ntah berapa kali dah bulu mata nie jatuh, ada yang masuk dalam mata dan ada yang jatuh atas pipi.  Ada kah ini kebetulan saja.. Ada kah benar orang orang tua berkata…ada yang merindui kita.
Yang pasti mori merindui sesorang yang teramat sangat.  Merindui wajah nya.  Merindui suaranya.  Merindui untuk melihat dia. Merindui untuk memeluknya seerat eratnya.  Merindui untuk memegang tangan nya dan berkata semua ok.  Tapi kini semua tu tidak mungkin lagi ….Cuma gambarnya menjadi tatapan pengubat rindu.   Rinduuuuunya.

Tuesday, 6 March 2012

Taman Bunga ku

Akhirnya..... berbunga juga bunga jepun nie.... punya lama mori tunggu pokok ni bila la nak berbunga.   Kelmarin abang tegur...cuba tengok dalam pasu tu... waahhh!!!!... at last... berbunga juga.... best nya... so colourfull...


Adik ada bagi tau..ni salah satu mak favourite flowers. Bahkan adik tanam bunga nie atas pusara mak.  Dan cepat betul dah berbunga... subur, canteekk.... di pusara mak. 
Kebiasaan mak akan membelek belek pokok nya di tepi rumah sambil tunggu anak anaknya datang.  Memang tangan mak kalau menanam pokok apa pun akan menjadi.  Bahkan pokok anggur pun bole hidup. 


Not wasting any time....terus mori lari masuk dalam amik kamera dan shoot bunga nie.... bukan selalu mori dapat masa yang baik cam nie....
ooppss...psst psst..masa tu tengah masak lunch.... dengan apron di pinggang...mori shoot gambar nie... 



Gambar nie cuma sebahagian aje tanaman yang di tanam oleh mori with husband.  So mori shoot yang mana tengah berbunga.
Ni pokok kemboja ...bunga warna merah... tak taula namanya...  kami beli kat RRI Nursery... masa tu kecik aje...harganya RM45.
tapi sekarang pokok ni dah tinggi dan pokok ni menghala kerumah jiran sebelah.  Jadi bila berbunga... akan untung cik ila sebelah rumah mori tu. Tapi jangan lupa daun kering pun dia dapat jugak... sori cik ila... kalau terbaca blog nie.. nanti mori suruh maid pi sapu kan daun kering tu yer... tak pun tunggu mori gi kutip yer.  Best dapat jiran cam nie. Very understanding.

Ni pokok menjalar... kalau tak silap mori..namanya pokok Akar Dani.. I'm not very sure.  Tapi pernah terbaca dalam Anjung Seri.. ada mention dalam majalah tu plus gambar nya sekali.  Masa amik gambar...pokok nie baru aje nk mula bercambah...2 minggu lepas abang dah kasi togel pokok nie. 
Kalau berbunga...lebat betul..and especially waktu malam...fuhhh wangi sungguh... jangan pulak nak ingat ada hantu yer....

Dan pokok nie paling latest kami beli.... nama nya.. Alamanda atau Valamanda... tak kisah lah yer...janji canteek kan.  Pokok ni pun menjalar jugak...adduhh abis la rumah nie..di penuh pokok menjalar.. haru juga bila nak cat semula rumah nie nanti.

Tapi dalam banyak banyak pokok bunga..ada gak terselit pokok buah ...especially buah limau kasturi yang sekarang tengah berbunga and berbuah....cam tak caya aje tengok dah mula berbuah.  Ada terbaca artikel... yang hampas teh ..jangan di buang.. kita jadikan baja kat pokok.  Itu la yang mori buat selama nie.. Mungkin kot... ntah la yer.. rezeki dari Allah s.w.t.

Dan ini pulak pokok daun kunyit ku yang baru mula nak tumbuh semula selepas di serang oleh belalang.  Asal nya pokok ni mori letak kat belakang rumah...tapi semenjak pemaju naikkan rumah lagi di tanah belakang tu... (abis dah pokok mangga, rambutan, jambu, tebu.. kena korek buang...nangis tau..) mori alihkan ke depan.  Tak lama lepas tu pokok nie mati cam kena makan ngan serangga.  Selepas tu mori bagi baja hampas teh tu semula.  Alhamdullilah kembali sihat.

Yang ini lak pokok limau purut... nak buat tomyam... masak paprik.. kat sini la mori petik... tapi kan... jiran sebelah mori... si cikgu dilla tu.. dia pun ada tanam pokok limau purut.. sihat betul pokoknya... tapi yang syokknya..pokok tu naik menjalar ke pagar kita...huhuhuhu cam di suruh suruh aje petik kalau nak masak pakai daun tu.  Cikgu Dilla pun dah offer gak...petik jela kak mori.. kih kih..kih.. kita tunggu buah nya yer.... masa tu la kita petik.

Saper tak kenal pokok kesum nie... buat Asam Pedas, masak asam rebus, buat Laksa... guna daun nie.  Memang maveles... wangi aje masakan tu.  Yang ini mori tanam kat belakang rumah.  Perlukan banyak air. 
Dan yang ini pokok limau nipis.  Baru jugak beli pokok ni masa FAMA buat pameran kat parking Stadium Shah Alam.  Betul ke FAMA..hahahaha..main hentam aje..la labu.... cuba perati kan.. tengah berbuah tu... kita baru nak rasa seronok...tapi jiran kita cik ita..... pokok nya yang di tanam sudah tinggi dari orang... berbuah lebat... dapat gaklah merasa hasil dari pokok limau dia.  Mori buat jus limau nipis... siap blend ngan ais batu... minum masa hari tengah panas.  My favourite drink.. memang la ais lemon, ais limau... apa apa yang kena mengena ngan limau...memang sluurrrppyy kat mori.

Ada banyak lagi pokok pokok keliling rumah, ada pokok mangga yang baru berbuah 2 kali...kedekut betul bila berbuah...setakat 2/3 biji aje...
Pokok orkid pun ada tapi dah tak berbunga lagi..tu mori tak pandai nak jaga. Mr Husband punya pokok tu... hehehehe...
Akhirkata...nak kata mori nie 100 percent nak layan pokok pokok ni tidak lah..setakat 50 percent aje...hahaha... once a while tu ..mori buat spot check kat pokok. Bab bab membaja ni serah kan maid mori..dia lagi terror.  Kalau bab suruh mencantas... bole suruh mori buat..hehehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...