Dalam banyak banyak pokok buah yang mori suka tanam, pokok limau la yang paling mori suka. Tapi memang sukar nak menjaga supaya ianya tak di makan oleh ulat. Bagi yang mahir, memang la mudah bagi mereka, tapi bagi mori yang reti tanam aje nie....kihkihkih... memang geram bila tengok daun daun limau di kunyah oleh ulat ulat pokok. Setakat nie mori tanam, pokok limau kasturi, limau purut dan limau nipis. Tapi sekarang nie...pokok limau nipis tengah galak berbuah.
Bab bab membaja nie.... mori kurang sikit nak layan.... En abang yang lebih terror ... kekadang pembantu yang tolong taburkan baja....tapi bila mori buat Teh O, biasanya hampas teh akan mori taburkan kat pokok sebagai baja. Ada masa mori letak kulit bawang yang di siat siat kecil dan di taburkan keliling pokok sebagai baja.
Dah dapat tuai hasil dari pokok limau nie...hehehe... kebetulan dah kehabisan limau untuk di buat sambal, mori terpaksa gak petik sebiji dari pokok nie...walaupun buah belum cukup besar untuk dibuat sambal. Pokok limau purut yang ada nie...lambat sangat nak membesar, tapi kalau nak petik daun untuk di buat masak, memang boleh sangat... tapi kalau tak cukup...pokok jiran sebelah tengah galak berdaun. Owner nya pun dah bagi green lite... petik jer la... kihkihkih...
Mori ada gak tanam daun pandan dalam pasu, baru aje nak membesar, pokok kunyit pulak cam biskut chipsmore, memula tengok elok jer naik....tetiba hilang daunnya habis di makan oleh ulat2.... sama juga dengan pokok daun kari. Pokok cili yang mori tanam hari tu pon dah selamat gone, di makan oleh ulat.
Mori ada gak tanam pokok bunga kat laman luar nie.... dan salah satunya pokok kemboja yang tengah seronok berbunga. One of my favourite flower... dan yang ini asalnya pokok kemboja dari laman dalam pagar rumah. Pokok tu dah tinggi naiknya, dahannya dah terjulur ke rumah jiran. Hari tu cantas dahan dahannya... mori tanam semula sebatang... Alhamdullilah... hidup.... eehhh!! bukan sebatang dalam pasu... rasanya ada 2 batang dahan di tanam dalam pasu tu....kihkihih...
Bunga Akar Dani pon dah merayap ke rumah jiran. Nasib baik jiran very the understanding, tak kisah sangat...sebab sama sama dapat menikmati pemandangan yang cantik...hehehehe. Memang hati tu nak trim sikit .. tapi sayang tengah lebah berbunga...
Yang bunga putih nie....memang sentiasa berbunga.... dah menjalar naik atas porch... tak putus berbunga... cuma daun nya tak berapa lebat.
Seronok tengok pokok tengah berbuah...berbunga...hehehe...
Jom layan resepi hari nie pulak
Tengahari tadi mori masakkan daging palembang untuk lunch. Nasih baik mori blogwalking malam sebelumnya... jumpa resepi kat blog Sinar Kehidupan ~ Yaties memories, nampak daging palembang.... cepat cepat mori salinkan resepinya...kemudian mori tulis bahan2 yang tak ada dalam dapur...especially daging tu...kihkihkih... Pagi tadi ada pasar tani... so excellent time....untuk shopin daging kat situ...dan bahan2 lain.
Resepi nie lebih kurang cam daging masak kicap...tapi letak kerisek...komen dari juri dalam rumah....
THEY LIKE...kihkihkih.....
Mori kongsikan resepi tu di sini...cuma mori ada kurang bahan2 sedikit dari resepi asal. Kalau nak tengok resepi asal...klik kat link nie...
yatiememories.blogspot.com
Resepi Daging Palembang
Bahan-bahannya::
500 gm daging - di potong lebar dan nipis
2 batang seria di titik
1 biji santan pekat
2 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis cap kipas udang (Habhals)
Minyak masak untuk menumis.
Bahas Kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar
Bahan Tumis
3cm kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sedeerhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkkan kciap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali sekala sehingga masak dan kuah mnejadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata.
Masak sehingga daging empuk.
** Kalau guna daging beku, rebuslan dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.
Selain dari daging palembang, mori buat kan telur dadar mayonis. Mori letakkan tomato, daun ketumbar, bawang holand, cili merah, cili api dalam telur. Simple but yummmy....
Resepi Telur Dadar Mayo
Bahan-bahannya:
3 biji telur
1/2 biji bawang holand di potong kasar
5 biji cili api hijau di hiris memanjang
1 biji cili merah di hiris memanjang
1 biji tomato di buang biji nya di potong dadu
1 tangkai daun ketumbar di hiris kasar
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh garam
1 sudu makan mayonis
Cara-carannya:
Pukul telur dengan garam sehingga kembang berbuih. Masukkan serbuk pati ayam dan juga mayonis. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan2 lain dan sedia untuk di masak.
Panaskan kuali non stick dan masukkan minyak secukupnya dengan api yang sederhana.
Bila minyak telah panas, masukkan telur yang telah di pukul sebati tadi dan biarkan ianya masak sebentar.
Terbalikkan telur supaya yang sebelah atas masak sama. Tapi jangan terlalu lama.
Sedia untuk di hidang.