Pages

Tuesday, 1 December 2015

Ikan Dory masak Halia Sos Ikan


Assalamualaikum semua....

Hari nie mori nak syer something different dari dapur mori.  Bila dah buntu tak tau nak masak apa...mori akan modified apa yang ada di dapur untuk di jadi kan hidangan..hehehehe....Janji apa yang di hidang kan tu boleh di makan la..... kang konon nak masak sesuatu yang lain dari lain...tapi tak leh telan...kan haru tu...
Sebenarnya dah beberapa minggu mori masak lauk nie... hari nie baru jumpa masa sikit untuk mengapdet kan dalam nie...hehehe..cian kan.  Ikan nie mori beli frozen kat pasar raya...mori akan potong kecil2 dan simpan dalam freezer dulu.  Bila nak masak, baru mori keluarkan dari freezer. Senangkan gitu.... Biasa mori akan goreng aje ikan dory nie bersama tepung... atau pun mori akan masak masam manis...  tapi kali nie mori masakkan ikan dory nie dengan halia dan sos ikan.  Rasanya sedap.. ala ala thai sikit.. tapi mori guna kan halia yang banyak untuk mengimbang kan rasa sos ikan dan ikan dory tu.  


Cara memasaknya sungguh simple... mori tidak menggunakan tepung kali nie.  kali nie ikan tu mori celup dalam telur dan sedikit black pepper dan terus di goreng.  Rasanya sedap ... seperti celup tepung jugak... jom layan resepinya di bawah nie..

Ikan Dory masak Halia Sos Ikan

Bahan-bahannya

Ikan dory dalam paket (ada 2 keping)
Telur 2 biji
1 sudu makan black pepper
Secubit garam
Minyak Masak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk menumis
Minyak Masak (baki dari menggoreng tadi)
5 biji bawang putih di ketuk dan didadu
1 biji bawang holland di potong baji
1 biji bawang besar di potong baji 
10 biji cili api di belah dua
2 inci halia di hiris seperti mancis
1 batang serai di hiris nipis
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
1 sudu makan sos ikan
1 cawan air


Cara-caranya

Ikan dory di potong kecil (lebihkurang 2 inci lebar)
Pecah kan telur dalam mangkuk dan masukkan juga garam dan juga black pepper.  Pukul sehingga kembang.
Celupkan semua ikan dory tadi ke dalam telur tadi.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Goreng kan ikan dory tadi sehingga kuning keemasan.  Ketepikan.


Untuk menumis sos nya

Panaskan kuali tadi, tinggal kan saki baki minyak menggoreng tadi dalam kuali.
Tumiskkan bahan2 yang di hiris tadi, seperti bawang putih, bawang holland, bawang besar, halia dan serai sehingga terbit bau harum wangi.  
Bila dah agak2 wangi, masukkan sos ikan tadi dan juga secawan air.
Biarkan mendidih sebentar, Masukkan garam jika perlu, mori tak letak garam sebab rasa dah cukup masin.  Masin tu datang dari sos ikan tadi.  
Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata.
Mati kan api.  Tuangkan kuah sos tadi ke atas ikan dory tadi.  Taburkan bawang goreng.  
Walaaa... sedia untuk di hidang.


Selamat mencuba,  Insya Allah sedapppp... pekena dengan nasi panas2, saing dengan sayur campur brokoli, kubis bunga, carrot... memang maveles.  Tips, semasa menggoreng ikan dory, pastikan api tidak terlalu besar biar sederhana, kita nak ikan tu masak sempurna di dalam nya.  balik balik kan sentiasa semasa menggoreng dalam kuali supaya rata masaknya.


(psstt... pssttt ... lawan tak apron baru mori..hehehe)

Sekian dulu dari saya,

Wednesday, 21 October 2015

Masalodeh atau Vadey

Masalodeh 


Masalodeh...Vadey... hemmmm..mana satu yang betul nie..hehehe.. selama nie mori dok panggil Vadey aje.... tetiba satu hari kawan mori menegur...katanya nya.. Masalodeh..bukannya vadey... confius sekejap mori.... tapi whatever la yer... janji sedap di makan.  Mori suka kan masalodeh nie...kita panggil masalodeh la yer..hahahaha.. sejenis makanan orang India.  Di perbuat dari kacang dhal yang di rendam semalaman.  Buat nya tak susah.. memang senang.... dan bahan2 nya pun tak banyak.  Kalau di kafe ofis... setiap pagi pasti 2 ketul akan mori beli untuk breakfast.  Kalau lambat sikit...habisss kuih tu...tengok bekas aje la.. rupanya femes jugak masalodeh nie.  


One fine day in the office...hehehe. kita speaking lak yer... mcm mana ntah bole tercetus nya citer nie... mori di cabar untuk buat masalodeh nie.. heeemmm rasanya dah lebih 10 tahun mori tak buat kuih nie.  So last saturday, mori beli la kacang dhal dan rendam kan semalaman.  Hari esok nya.. mori pun mula la buat masalodeh nie... Sungguh senang gitu.. kalau yang senang senang nie memang mori suka buat...tak banyak bahan..... hehehe.. 


RESEPI MASALODEH ATAU VADEY

Bahan-bahannya:
500 gram kacang dhal di rendam semalaman
3 tangkat daun kari
1 biji bawang besar (yang besar betul.. hehehe kalau kecil 2 ketul la yer)
5 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan putih
Garam secukup rasa

Cara-caranya.

1.   Rendam semalaman kacang dhal, kemudian di toaskan air nya.
2.   Kisar separuh kacang dhal nie sehingga hancur, separuh lagi kisar kasar.  Campurkan ke dalam sebuah bekas.
3.   Daun kari di gunting nipis, bawang besar di dadu dan cili kering di gunting nipis.
4.  Gaul kesemua bahan bersama kacang dhal tadi.  Masukkan juga jintan putih dan garam secukup rasa.  Mori letak anggaran 1 setengah suduh teh garam.
5.  Sediakan dulang dan alaskan dengan sehelai plastik.  Ini untuk memudah kan semasa nak amik adunan tadi untuk di goreng. 
6.   Kepal2 kan adunan tadi berbentuk bulat leper dan susun atas dulang tadi.  
7.  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak,  Api biar sederhana.
8.   Goreng kan sehingga agak2 kuning kemerahan.  
Angkan dan toaskan minyaknya.  

Sedia untuk di hidang.


Sedap di makan bersama teh tarik atau kopi panas panas sewaktu minum petang.  Husben and daughter mori sukakannya juga.  Kata husben puas makan buat sendiri.  Dapat banyak hasilnya.  hehehe... sempat gak mori bawa ke ofis esok nya.  Simple kan... senang sangat. 








Selamat mencuba

Tuesday, 22 September 2015

Kerabu Ikan Bilis Lada Putih

Assalammualaikum 


Resepi simple nie memang pembuka selera buat mori.  Kekadang tu, kalau terasa selera tu kurang sikit... cam malas malas aje rasanya cuba buat resepi nie... makan dengan nasi yang panas, saing kan dengan telur dadar memang ngam.  Cukup sekadar dua lauk dah mencukupi buat mori...tak perlu tambah lauk lain.  Tapi tu la... cili yang di gunakan dalam resepi nie..payah sikit nak cari kat pasar di tempat tinggal mori.
 Resepi nie mori dapat dari kawan baik mori .... jiran mori dari Sabah.  Dia yang mula introduce kan lauk nie kat mori.  Nama dia Safwati.  Berasal dari Ranau Sabah.  Mula tu cam pelik aje... tengok lauk tu penuh dengan cili api berwarna putih... ikan bilis tu rasanya tenggelam oleh cili api putih tu.  Tapi bila makan...tak lah terasa pedas sangat...
Jadi bila dah suka... teringin la buat sendiri kan... jadi tiap kali dia balik sabah... pasti mori akan kirimkan cili putih beli di sana.  Pernah jugak mori jumpa cili api putih di pasar Siti Khatijah di Kelatan.  Tapi kali nie... cili api putih nie ... mori dapat hasil dari pokok cili yang baru mori tanam.  Hasilnya tak sebanyak mana... tapi hati tu teringin jugak nak masak resepi kerabu ikan bilis cili api putih.  Buat jugak la akhirnya...sekurang kurangnya tercapai juga hasrat nak makan lauk ni.   Jadi dalam gambar nie kurang la sikit cili nya.  Ikut kan lagi banyak cili yang di letak kan nya.  Jom mori kongsi kan resepi nie... Terimakasih kat ati...sebab kongsi kan resepi ni dengan mori. 

Resepi Kerabu Ikan Bilis Lada Putih

Bahan2

2 genggam ikan bilis yang telah di goreng garing - ketepikan.
1 genggam cili api putih 
2 batang bunga kantan di hiris nipis halus
5 biji bawang kecil yang di hiris nipis
2 biji limau kasturi yang di perah air nya  dan di hiris nipis
Sesudu makan asam jawa di gaul dengan setengah cawan air.

Cara2 nya:
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak
Tumiskan bawang kecil tadi sehingga layu.
Masukkan pula bunga kantan, cili api putih dan masak sehingga layu.
Masukkan kulit limau kasturi dan juga jus nya.  masukkan juga air asam jawa.
Biar kan mendidih sebentar.  Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata.
Matikan api. Dan angkat dengan segera.



Selamat mencuba dari saya dan
Salam Hari Raya Aidil Adha

Friday, 11 September 2015

Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut

Assalamualaikum semua....

Dah jarang jarang mori share resepi di sini kan... sibuk sikit melayan anak mori sambung belajar.  Melayan kerenah nya duduk di hostel.  Ulang alik ke tempat tinggal nya yang baru, menyediakan kelengkapan nya dan bermacam macam lagi... tapi akhirnya bertahan seminggu aje di tempat barunya.  Merayu kat mori nak balik rumah.  Memang pening melayan nya.... mengalah mori akhirnya..... ikut kan kehendaknya.... katanya nak belajar dekat dengan rumah.  aduhaiiii. Tak larat dah nak layan banyak2... taik minyak nya menjadi jadi.... pening mama nya.

Hari nie mori nak share resepi yang biasa arwah mak mertua mori masakkan dulu.  Bila mori masakkan sambal ikan bilis seperti nie... mesti husben mori akan menyebut... "macam arwah mak buat dulu"... abang suka sambal cam nie....
Sambal ikan bilis lembut nie... sedap makan dengan nasi impit atau di cicah dengan roti, atau di makan dengan nasi lemak.  Memang maveles.  Kebetulan mori masakkan sambal nie memang nak makan dengan nasi impit. Biasa mori akan masakkan lebih, kemudian simpan frozen dalam freezer.  Bila perlu panaskan aje. 
Ikan bilis yang mori beli nie kat Kuala Selangor.  Nak sebut kat mana tu..bukannya reti sangat... agak2 selepas pekan Kuala Selangor , selepas traffic lite, sebelah kiri... deretan kedai tu pun jenis yang lama2 tu... Ada sorang pacik tu yang meniaga ikan bilis dan ikan masin.  Dah banyak kali kami membeli di situ.  Bila ke Kuala Selangor, pasti singgah di situ.  Ikan bilis yang mori beli ni size yang sedang, sekilo RM20. Ikan bilis nie datang dari Tanjung Dawai Kedah.  Baunya pun sedap... dan tak berbau hapak.  

Mori suka kan ikan bilis yang di kopek sendiri, terasa lagi banyak dapat, kalau size nya besar, mori akan belah empat ikan bilis tu...kalau size sedang2 ... belah dua cukup dah. Buang kepala dan isi perutnya.  Kemudian mori akan tampikan, buangkan habuk2 ikan bilis tu.... Selepas tu baru dibasuhkan.  tapi tak lah basuh terlalu lama... agak2 air nya tak keruh sangat.  Toskan airnya sehingga kering, kemudian mori akan letak atas dulang.  Masa nie ikan bilis tu masih belum kering.  Untuk mengeringkan nya...mori akan letak dulang berisi ikan bilis tu dalam peti ais.  Dalam 2 atau 3 hari ikan bilis akan mula mengering.  Baru lah mori simpan dan bekas simpanan.  Bila nak masak, mori dah senang, tak perlu nak mengopek atau membasuh... dan ikan bilis akan terasa bersih dan ranggup. Kalau nak buat kerabu ikan bilis atau nasi goreng ikan bilis, tak perlu bersusah susah lagi nak membasuh.  Hemmm !! dah bagi tau cam mana mori membersih kan ikan bilis....nak tau cam mana mori masak sambal ikan bilis lembut nie... jom tengok kat bawah nie resepinya berserta gambar.... senang dan simple....


Seperti gambar pertama tu... kisarkan sebiji bawang besar, sebiji bawang putih dan sedikit belancan, 
Sediakan juga cili kering yang telah di kisar sehingga halus. Agak2 dalam secawan setengah atau 2 cawan.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.  Tumiskan bawang yang telah di kisar tadi sehingga terbit bau wangi.  Kemudian baru masukkan cli kering kisar tadi. Tumis sehingga cili tadi pecah minyak baru di masukkan asam jawa yang di gaul dengan secawan air. Kalau agak2 masih kurang air, tambah kan lagi setengah cawan air.

 Bila dah mendidih sambal tadi, baru masukkan ikan bilis seperti gambar di bawah nie.  Gaul rata untuk beberapa minit,  kemudian baru masukkan bawang hiris seperti gambar kedua di bawah nie.

 Masak sehingga bawang dan ikan bilis lembut.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Gambar bawah nie...sambal ikan bilis yang telah siap di masak.
Senang aje kan... cuba lah.

Selamat mencuba dari

Tuesday, 30 June 2015

Sup Tulang Daging

Assalamualaikum ....

Alhamdullilah, hari nie,,, rajin sikit nak menaip resepi di sini.  Walaupun dah jarang2 mori syer resepi disini... tapi dapat gak la selit satu atau dua dlm setiap bulan..hehehe.. tahap kemalasan sekarang dah semakin menjadi2.   Sebelum tu....masih sempat kot mori wish Salam Ramadhan pada semua.  Hari nie yang ke 13 hari kita umat Islam berpuasa, dah hampir separuh bulan Ramadhan.  

Ok jom,... kali nie mori nak syer resepi masak sup tulang daging.  Husben mori memang suka makan sup tulang, atau sup ekor.  Mori pun suka sup juga.... ianya salah satu dish yang mori suka... tapi minta maaf la yer...  mori tak suka sup ekor... hahahaha..terbayang ekor lembu dok melibas.  Oooo ye... perut lembu pun mori tak reti makan.. tapi pernah sekali husben mori beli kan sup daging campur dengan perut lembu yang di potong kecil2... mori makan aje.. sbb tak tau masa tu yang tu bukan daging tapi perut lembu... lepas dah hbis makan baru husben bagi tau.... nasib baik tak keluar balik isi perut.. tahan nafas jer la.  Sejak tu mori berhati hati kalau suruh husben beli sup daging di luar.  Jom, kita tengok resepi nya di bawah nie.


Resepi Sup Tulang Daging

Bahan-bahannya:

1 kg tulang daging yang telah dipotong kecil dan di bersihkan

Bahan-bahan yang di kisar
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan untuk menumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntuk bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 inci lengkuas yang di ketuk

Bahan-bahan sampingan
1 biji bawang holland di hiris baji
Beberapa biji cili api yang di ketuk
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng (lagi sedap yang di goreng sendiri)
1 sudu kecil rempah sup

Cara-caranya
1.   Rebus tulang daging di dalam periuk bersama air secukupnya. Rebus sehingga agak empuk.  Mori rebuskan tulang daging ni agak lama jugak sebab nk betul betul lembut sehingga isi nya boleh luluh dari tulangnya)
2.  Sementara menunggu daging empuk, naik kan kuali atas dapur, dan tumis kan bahan2 yang di kisar tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan juga lengkuas sehingga wangi dan keperangan.
3.  Masukkan sesudu kecil rempah sup dan gaul rata.  Matikan api.  Kemudian tuang kan sesenduk atau 2 senduk air rebusan daging tadi  ke dalam kuali.  Kacau rata, Kemudian tuang kan ke semua bahan ke dalam rebusan daging tadi.  Biasanya mori akan buat nie...bila daging agak2 dah nak lembut.  
4.  Masukkan juga bawang holland dan juga cili api.  Biarkan daging masak betul2 lembut.  
Kalau air rebusan semakin surut.  Tambahkan sedikit air lagi.  
5.  Bila daging dah empuk baru masukkan garam secukup rasa. 

Senang kan. 
Macam masak tumis darat jer.  Rasanya mcam kat kedai bila en husben order sup ekor. hehehehe..pekena pulak dengan cili kicap.  perggghh!!!! merecik peluh


Selamat mencuba

Monday, 18 May 2015

Sambal Goreng Sayur Kacang Panjang

Assalammualaikum semua.. 

Menu nie sebenarnya dah lama mori masak.   Tapi tu la....hehehe.. bila nak menaip kan resepi tu...sentiasa terlupa aje... manjang tak sempat aje.  Lauk nie dah menjadi favourite dish kami sekeluarga.  Bila sekali hadap untuk lunch, habis kami semua kerja kan.  Anak mori akan mencari ikan bilis, maid pulak akan mencari tempe nya... cuma mori ngan husben jer tak memilih sangat...semua pun jalan...hehehe..  Ok jommm... mori syerkan resepinya yang ringkas tapi Insya Allah sedap.  


Resepi Sambal Goreng Sayur Kacang Panjang

Bahan-bahannya

20 batang kacang panjang yang di hiris serong
1 paket tempe yang di hiris nipis
1 cawan ikan bilis
1 paket isi petai
1 batang cili merah dihiris
5 biji cili api di hiris 

Bahan-bahan yang di kisar
2 biji bawang putih
4 biji bawang kecil
sedikit belacan
(kisar bahan2 sehingga halus)

2 sudu makan cili kisar

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-carannya
1.  Gaul tempe dengan kunyit dan garam, Goreng garing sehingga kuning keemasan.  Angkat dan ketepikan.
2.   Goreng ikan bilis yang di gaul sedikit dengan serbuk kunyit sehingga garing.   Angkat dan ketepikan.
3.   Kemudian goreng isi petai yang telah di belah dua sekadar seminit sahaja mencukupi.  Angkat dan ketepikan
4.  Dengan baki minyak menggoreng tadi, kalau lebih, asingkan lah sedikit yer, tumiskan bahan yang di kisar bersama dengan cili kisar tadi sehingga terbit bau wangi.  
5.  Masukkan sayur kacang panjang, cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi.  Gaul rata ke semua bahan.  Masukkan kan garam dan gula sekali, gaul rata ke semua bahan.  Bila sayur telah cukup masak, matikan api.  
6.   Akhir sekali masukkan tempe, petai dan juga ikan bilis goreng tadi ke dalam kuali.  Gaul kesemua bahan sehingga mesra dengan sambal cili tadi.

Waallaaa dah siap pun, senang kan.  Mori matikan api dapur sebelum masukkan ikan bilis tempe dan juga petai  Mori nak rasa keranggupan bahan2 tersebut.  Baru la best bila di makan...hehehe !!!  Pastikan gula di letak lebih sedikit supaya sambal rasa manis2 gitu dan melekit.       



Selamat mencuba dari 

Monday, 4 May 2015

Masak Kari Ikan Tenggiri yang simple

Assalamualaikum 

Hari nie... mori masak 2 jenis lauk aje untuk lunch.... Kari ikan tenggiri dan sayur sambal goreng..  Tapi ada gak saing kan dengan sambal belacan untuk rasa pedas. Kalau tak ada sambal belacan.... nanti rasa kurang kick... hehehe.. Mori suka pedas pedas gitu... layan dengan nasi panas... memang sedap tak hinggat... Nasib baik sekarang mori tengah control makan nasi.....kenalah jaga pengambilan makanan.

Kekadang mori buntu jugak nak masak apa untuk tengahari.  Kalau nak cepat.. mori lebih suka masak yang bergoreng... kemudian buat kan sambal atau masak kari begini.. memang cepat dan segera.   Cara mori masak kari nie... ikut cara arwah mak mertua mori.  Tapi arwah kurang guna bawang.... mori pulak, lebih kan bawang dalam masakkan kari,   Terasa sedap lagi masakkan.  


Ikan Tenggiri nie memang mahal.  Jarang2 sekali mori beli ikan tenggiri.  Bila kepasar tengok harga ikan tenggiri cecah sekilo lebih dari RM20.... fuhhhhh terasa mahalnya  Tapi kali nie, bukan mori yang membeli... ikan tenggiri nie datang jauh dari Tawau Sabah.  Rezeki kami, husben kirim dengan kawan nya yang nak balik kesini dari Tawau.  Perrggghh jauh kan........ ntah la orang lelaki... katanya nak cari yang fresh...cam kat sini tak der ikan tenggiri..... hahaha... mori malas nak gaduh.... ikut kan aje....  
Resepinya kat sini mudah sangat.... simple and segera.  Tak tau la kalau ada yang lebih ringkas.. tak der la pulak mori mencari di tenet. hehehe.. 

Resepi Kari Ikan Tenggiri

5 keping isi ikan tengiri
3 sudu makan serbuk kari di gaul dengan sedikit air (jadikan pes)
1 sudu asam jawa di gaul bersama 1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji tomato di potong baji
Garam secukup rasa

Bahan2 menumis

4 biji bawang putih di hiris
5 biji bawang kecil di hiris
1/2 biji bawang besar di hiris
2 batang daun kari
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh biji halba

Cara2 nya.
1.   Panaskan kuali atau periuk,  Masukkan minyak masak secukup nya.
2.   Bila minyak panas, tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.  Masukkan pes rempah kari ikan dah tumis sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawan dan gaul sebati.  Masukkan juga secawan air.  Kalau rasa nak lebih lagi kuah  nya... tambah lagi sedikit air. Ikut cita rasa.  Tapi jangan nampak terlalu cair.  Nanti tak sedap.  
5.   Bila kuah telah mendidih, masukkan buah tomato dan biarkan seketika.  Masukkan juga santan pekat, dan garam.  
(Mori masukkan awal semua bahan nie, sebab ikan tenggiri cepat masak, dan mori tak mau gaul terlalu kerap, nanti ikan akan hancur)
6.  Akhir sekali masukkan ikan tenggiri. Biarkan seketika sehingga ikan masak sempurna.  

Siap sudah.  Anggaran masa mungkin dalam 20 min kot..hahaha.. tak tengok jam la pulak kan masa tu.  Mungkin mori dah biasa kot masak kari.  Sambil menyiap kan bahan, kuali dah naik atas dapur.  Semasa tunggu minyak panas, bahan untuk menumis dah tersedia.  bahan2 lain semua berdekatan dengan dapur masak, memudah kan untuk mori memasak.  Jadi waktu yang di ambil untuk memasak singkat.  Okey lah sampai di sini dahulu....


Selamat memasak, dari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...