Assalammualaikum semua..
Menu nie sebenarnya dah lama mori masak. Tapi tu la....hehehe.. bila nak menaip kan resepi tu...sentiasa terlupa aje... manjang tak sempat aje. Lauk nie dah menjadi favourite dish kami sekeluarga. Bila sekali hadap untuk lunch, habis kami semua kerja kan. Anak mori akan mencari ikan bilis, maid pulak akan mencari tempe nya... cuma mori ngan husben jer tak memilih sangat...semua pun jalan...hehehe.. Ok jommm... mori syerkan resepinya yang ringkas tapi Insya Allah sedap.
Resepi Sambal Goreng Sayur Kacang Panjang
Bahan-bahannya
20 batang kacang panjang yang di hiris serong
1 paket tempe yang di hiris nipis
1 cawan ikan bilis
1 paket isi petai
1 batang cili merah dihiris
5 biji cili api di hiris
Bahan-bahan yang di kisar
2 biji bawang putih
4 biji bawang kecil
sedikit belacan
(kisar bahan2 sehingga halus)
2 sudu makan cili kisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-carannya
1. Gaul tempe dengan kunyit dan garam, Goreng garing sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng ikan bilis yang di gaul sedikit dengan serbuk kunyit sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian goreng isi petai yang telah di belah dua sekadar seminit sahaja mencukupi. Angkat dan ketepikan
4. Dengan baki minyak menggoreng tadi, kalau lebih, asingkan lah sedikit yer, tumiskan bahan yang di kisar bersama dengan cili kisar tadi sehingga terbit bau wangi.
5. Masukkan sayur kacang panjang, cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi. Gaul rata ke semua bahan. Masukkan kan garam dan gula sekali, gaul rata ke semua bahan. Bila sayur telah cukup masak, matikan api.
6. Akhir sekali masukkan tempe, petai dan juga ikan bilis goreng tadi ke dalam kuali. Gaul kesemua bahan sehingga mesra dengan sambal cili tadi.
Waallaaa dah siap pun, senang kan. Mori matikan api dapur sebelum masukkan ikan bilis tempe dan juga petai Mori nak rasa keranggupan bahan2 tersebut. Baru la best bila di makan...hehehe !!! Pastikan gula di letak lebih sedikit supaya sambal rasa manis2 gitu dan melekit.
Selamat mencuba dari
No comments:
Post a Comment