Pages

Sunday, 20 November 2011

Mihun Goreng Halia

Hari ni memang terasa sibuk nya..... selepas menunaikan solat subuh, terus kemas kemas apa yang patut, tau la umah 2 tingkat ni.. bibik ni bukan reti nak naik atas mengemas bilik kat atas.  Rimas tengok bersepah, semalam x sempat kemas..... selepas balik dari Nilai Spring Resort gi jamuan tempat kerja suami terus zzzzzzzz.
So pagi ni .. bangun pagi ngan semangat baru...hehehhe berkobar kobar...nak masak breafast untuk famili.  Teringin nak makan Mihun Goreng Halia.  Pernah makan sekali kat kafeteria di GE. Tapi sekali tu aje kafeteria tu buat Mihun Goreng Halia ... herannn...tapi memang sedaap.  So mori cuba aar buat sendiri ... rasanya guna halia dalam masakan ni..sbb dh namanya pon Mihun Goreng Halia.  Apa pun hubby kata sedaappp.. so kira menjadi la...hehehehe...


Mihun Goreng Halia

1 paket Mihun di rendam sehingga lembut.
10 ulas bawang putih di racik halus
Isi ayam
Sos Tiram
Sos Ikan
Minyak Bijan
2 Biji Telur
Sayur sawi (tapi mori guna kobis sbb tu aje yang ada dlm peti ais)
Lada Sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara
Tumis bawang putih sehingga garing
Masukkan isi ayam di goreng sehingga masak
Masukkan sos tiram, sos ikan, minyak bijan dan garam, gaul sehingga rata
Masukkan secawan air
Pecah kan telur 2 biji ke dalam masakan dan biarkan mendidih
Masukkan sayur dan mihun
Masukkan lada sulah secukup rasa.  Gaul rata masakkan.
Sedia untuk di hidang.

Mori makan ngan cili api yang di hiris nipis bersama kicap yang di perah asam limau menambahkan kesedapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...