Pages

Sunday, 6 October 2013

Sheperd atau Cottage Pie

Assalamualaikum.... rasanya enjin untuk mengapdet kan blog nie masih slow.....slow betul pickupnyer..... heeemmmm...!!! cam mana nak merajin kan semula nie yer....... sejak dua menjak nie rasa buzy sangat ... macam2 benda lain yang mori buat.... tu yang tertinggal sekejap blog nie...
Tapi tadi... mori paksakan diri untuk mengapdet kan menu yang mori buat hari nie... maveles sungguh... thxs pada mylovelyfamily-ana.blogspot.com for sharing menu yang sedap nie... Sebenarnya dah lama mori intai2 resepi dari blog2 di alam maya nie... tapi cam banyak sangat step dan bahan2nya... tu yang dok tertangguh jer... tapi bila mori terjumpa resepi yang simple untuk sheperd pai dari blog Ana... terus mori cari bahan dan mula kan operasi... dan Alhamdullilah... 1st try... maveles sungguh rasanya.


Intinya mori beli daging cincang yang fresh....beratnya cuma 200 gram. Jadi bahan2 lain mori kurang separuh dari blog Ana.  Kalau nak tengok resepi asalnya boleh jenguk di mylovelyfamily-ana.blogspot.com.
Tak rugi mencuba nya...memang senang dan maveles... 


Resepi Sheperd Pie

Bahan-bahan untuk inti:
200 gram daging cincang
1 biji lobak di potong dadu
2 biji tomato di potong dadu
1 biji bawang holland
2 biji bawang putih di cincang
Sos prego (mori guna separuh botol sos prego)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 sudu butter

Cara-carannya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan panaskan butter sehingga cair.
2.   Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga wangi.
3.   Masukkan pula daging cincang tadi dan gaul sehingga daging masak.
4.   Masukkan sos prego dan kacau rata.
5.   Masukkan pula lobak yang telah di potong dadu dan juga tomato.  Kacau sehingga masak sempurna.
6.   Taburkan serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa.   Matikan api.

Bahan-bahan untuk pie:
500 gram kentang
1/4 cawan susu segar
1 sudu makan butter
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.

Cara-carannya:
1.   Kentang di buang kulitnya, di potong dadu dan di rebus sehingga empuk.
2.   Bila kentang dah empuk, toskan dan lenyek sehingga hancur.  Pastikan kentang tidak berketul untuk mendapat tekstur yang licin.
3.   Tuang kan susu sedikit demi sedikit, sambil tuang, gaul kan kentang dan sudu.  Bila rasa kentang dah cukup rasa dengan susu tak perlu habis kan kesemua susu...ikut cita rasa kita.
4.   Masukkan butter, garam dan lada sulah, Gaul ke semua sehingga sebati dan ketepikan.

Keju parut untuk di tabur.


Cara-cara untuk melapis sheperd pie.
1.   Mori gunakan mangkuk yang boleh digunakan dalam dalam oven.  Lapiskan dengan kentang lenyek tadi sehingga rata.
2.   Lapiskan pula dengan inti daging tadi.
3.   Kemudian lapiskan semula dengan kentang lenyek semula.
4.   Akhir sekali taburkan keju parut di atas kentang lenyek tadi.
5.   Bakar dalam oven sehingga perang.  



Sekian dulu

Sunday, 29 September 2013

Gulai Lemak Cili Api Ketam

Assalamualaikum.....
Wooooww!!!!... lama betul tak apdate blog kesayangan ku ini.... Bila nak mulakan semula engine nak mengapdetkan.... punya la susah nak start engine.... rasa cam bateri kereta yang dah kong...hehehehe... Memula tu memang mori tak der masa langsung terluang untuk post entri.. atau menjengah blog2 masakan di alam maya ni.  Tak terkejar rasa nya dengan kerja rumah... kerja pejabat ... dengan aktiviti sampingan....sehingga mori tinggalkan blog ini buat sementara.   Tapi kini engine dah start... gear dah masuk...dah boleh jalan semula blog kesayangan ku ini... heheheehe... Mori harap dapat la berterusan...memang sayang sangat kat blog nie... Semuga nanti berguna untuk anak tunggal mori berlajar memasak di sini.  Terimakasih juga pada kawan2 yang baru follow blog mori... Insya Allah nanti mori menjengah dan follow sama. 


Hari nie mori nak kongsi kan resepi masak lemak ketam yang menjadi kegemaran anak perempuan mori yang sorang tu... Memang kalau mori beli ketam... mori cuma makan seketul jer sebab malas nak layan cari isi ketam..hehehe..selebihnya anak mori dengan abahnya dok makan sampai habis.  Resepi nie rasanya mori dah pernah post... tapi mori salin la juga kat bawah nie yer....  Masak lemak ketam, kena pedas pedas gitu...jadi cili kena lebih sikit...mori suka guna cili api kampung untuk masak lemak....rasanya berbeza dan lebih kaw...hehehe... dan yang penting.....santan kena secukup pekat dan garam secukup rasa... baru lah marveles dan bila dimakan dengan nasi.....terasa hangat pedasnya... mau menitik peluh...hehehehe. 


Resepi Lemak Cili Api Ketam

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam sederhana besarnya.
2 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai di titik
Santan Pekat secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan yang di tumbuk atau di kisar
25 biji cili api (kurangkan kalau tak tahan pedas)
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang kecil merah
2 cawan air 

Cara-carannya:
1.   Bersih kan ketam, belah dua.  Sepit ketam di buang duri tajam nya dan ketuk perlahan kulitnya.  Ketepikan.
2.   Masakkan bahan yang di tumbuk tadi bersama 2 cawan air dan juga serai. Lebih kurang 10 minit.
3.   Masukkan ketam, santan pekat, kunyit hidup dan garam secukup rasa.  Gaul ketam perlahan2.
4.   Pastikan kuah tidak mengelegak sangat sehingga pecah minyak.  Nanti rasanya kurang sedap.

Sekian dulu dari 

Tuesday, 30 July 2013

Ayam Sos Tiram


Assalamualaikum semua.   Menu nie mori jumpa masa tengah intai2 resepi apa yang sedap nak di masak.  Terjumpa di blog Cida.... tengok cam menarik.  Simple dan ringkas.... anak mori yang tolong masakkan.   Mori prepared kan bahan2nya... dia yang  menumisnya.  Kalau ikut resepi asal, Cida guna kan isi ayam yang di potong kecil... tapi dalam peti ais tak der stock isi ayam, mori guna ayam yang ada di potong kepada bahagian2 kecil.   Mori suka guna bawang holland dalam masakan... rasa wangi dan manis....jadi mori tambah kan dalam resepi nie bawang holland dan beberapa bahan lain untuk tampak lebih menarik...hehehehe... Kalau nak sumber resepi asal boleh klik kat blog link Cida di denuanza.blogspot.sg. 

Resepi Ayam Sos Tiram

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam yang di potong kecil
1 paket cendawan shitake
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili benggala hijau
1 bii bawang holland di hiris kasar
4 sudu sos tiram atau lebih sikit (Ikut suka)

Bahan menumis
1 biji bawang besar di hiris
4 biji bawang putih di cincang

Cara-caranya:
1.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2.   Tumis kan bahan menumis, bawang besar dan bawang putih. 
3.   Bila bawang dah wangi, masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak.
4.   Masukkan sos tiram, cendawan, cili benggala.  Gaul rata.
5.   Tambah sedikit air kalau nak berkuah.
6.  Bila dah cukup sempurna masak, boleh matikan api dan hidang.
(tak perlu letak garam sebab dah cukup masin)



Monday, 22 July 2013

Ikan Tilapia Bakar dengan Kerabu Daun Salom


Assalamualaikum semua...

Sejak beberapa hari nie... selera mori dah berkurangan.  Tak tau kenapa... mungkin penat kot balik kerja rushing nak elak jem... pas tu sampai aje rumah...sinsing lengan baju... nak masak.   Itu yang kekadang untuk membangkit kan selera... mori suka sangat bakar ikan.  Pekena pulak masa berbuka, makan ikan baru angkat dari tempat membakar... panas panas gitu...perggghhh... memang maveles... Pas tu di joint kan sekali dengan ada nya kerabu... tak kisah lah kerabu mangga ke...kerabu salom ke... kerabu urap tauge ker... memang kena sangat.  Memang tak toleh kiri kanan lagi dah... hehehe...laju jer...
Resepi ni dah banyak kali mori buat... memang suka sangat.. simple dan ringkas.... cepat di masak hehehehe...


Mori bakar ikan tilapia merah kali nie.... nak tukar selera... memang sedapp ....lembut aje isi nya.  Masa nak bakar ikan.... mori balutkan dengan daun pisang... membuatkan aroma nya bertambah wangi.hehehe.. tak caya leh cuba ...

Resepi Ikan Tilapia Bakar Bersambal

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan Tilapia yang telah di bersihkan

1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
(kisar kan semua bahan ini sehingga hancur)

3 sudu makan cili kering kisar
Garam secukup rasa
Gula sesudu teh

Cara-caranya:
1.   Gaul bahan yang di kisar bersama cili kering kisar sehingga sebati.
2.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya.
3.   Tumiskan bahan2 tadi sehingga masak.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.   Bila telah masak matikan api dan biarkan sejuk.
5.  Angkat sambal tadi dan gaul kan bersama ikan sehingga rata.
6.  Boleh lah di bakar bersama dengan daun pisang sehingga ikan masak sempurna.
7.  Sediakan air cicah asam untuk di cicah bersama ikan bakar.


Resepi Air Asam

2 biji cili merah di cincang halus
5 biji cili api di cincang halus
4 biji bawang kecil di hiris halus
1 helai daun limau purut di hiiris halus
1 batang serai di hiris nipis

Sedikit belancan
1 sudu makan asam jawa
1 cawan air masak.
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Gaulkan belacan, asam jawa, garam dan air sehingga sebati.
Buang kan biji asam jawa... karang tergigit haru pulak hehehe
Masukkan bahan yang dicincang dan dihiris tadi ke dalam air asam.
Gaul rata.  Siap untk dicicah.


Resepi Kerabu Daun Salom

Bahan-bahannya:
2 ikat daun salom di bersihkan dan di toskan.
(Mori amik daun dan bahagian batangnya yang lembut saje)
1/2 biji kelapa parut di goreng ke perangan
2 sudu makan ikan bilis
1 biji limau nipis
3 biji cili merah
3 biji cili api
3 bii bawang kecil
1/2 inci belacan bakar
Garam secukup rasa.

Cara-caranya
1.   Hiris kasar daun salom dan ketepikan
2.   Dengan menggunakan lesung, tumbukkan cili merah, cili api, belacan, bawang kecil dan juga ikan bilis hingga hancur tapi kasar sikit. Masukkan juga sedikit garam.
3.   Gaulkan bahan yang di tumbuk tadi bersama kelapa yang telah di goreng keperangan tadi.
4.   Kemudian gaulkan kesemua bahan bersama dengan daun salom.  Perahkan jus limau nipis tadi dan gaul sehingga rata. 




Friday, 19 July 2013

Ayam Goreng Pedas


Assalamualaikum semua..... 
Hari nie mori ingin kongsi kan resepi yang teramat nya mudah.....Kekadang buntu juga nak masak apa untuk berbuka. Sebenarnya semalam mori berbuka dengan Nasi Lemak berlaukan Ayam Goreng Berempah Wangi.  Resepi ayam goreng berempah wangi... ada di SINI.   Tapi dengan masa yang suntuk... cuaca yang mendung... nak shoot gambar pun tak sempat.  Jadi mori syer kan di sini ayam goreng pedas nie.... mori masak nie masa makan berdua jer dengan anak mori untuk berbuka puasa beberapa hari yang lepas.  

Caranya senang aje... Goreng kan ayam dengan garam dan kunyit seperti biasa,  sementara menunggu ayam masak, cincang kan 2 biji cili merah, 2 biji cili api dan juga hiris kan sebiji bawang holland.
Bila ayam telah masak, angkat dan ketepikan.  Asingkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit baki minyak goreng ayam tadi.  Tumiskan cili dan bawang tadi sehingga garing kekuningan.  Taburkan secubit garam dan sesudu kecil serbuk pati ayam.  Gaul rata.  Kemudian angkat dan taburkan atas ayam tadi.

Makan dengan nasi putih yang baru masak.... sememang nya maveles untuk berbuka...ada rasa pedas pedas sikit.... dan ayam goreng yang masih panas panas suam baru lepas di masak....merecik peluh....hehehehe...  



Tuesday, 16 July 2013

Ayam Masak Lada Hitam, Ikan Masin Kurau goreng berbawang dan Sambal Gesek untuk berbuka kami berdua


Semalam tinggal mori dengan adda aje berbuka bersama.   Husben mori ada jemputan berbuka kat luar, maid mori pulak takkan balik sini sehingga selepas raya untuk menguruskan hal ehwal keluarga nya, Ibunya kembali kerahmahtullah sabtu lepas.... kesian maid mori tak dapat jumpa ibu nya yang koma selepas jatuh kat bilik air.  
Bila dah tinggal berdua nie... rasanya beli kat bazaar ramadhan lagi best kan.... menjimatkan masa... dengan terkejar kejar nak solat asar... pas tu nak jemput adda dari tusyen lagi...nak siram pokok lagi.  Tapi tu lah.. semasa sahur....adda dah sebut... adda nak ayam masak kicap untuk berbuka... heeemm.. nak tak nak pun terpaksa la sinsing lengan baju.... memasak kat dapur... tapi mori masak kan Ayam Masak Lada Hitam... tetap menggunakan kicap dalam masakan... tapi Alhamdullilah anak mori suka .... sampai meratah.   Ringkas dan senang.... main campak campak aje dalam kuali...hehehe... mori ganding kan dengan ikan masin kurau yang di goreng garing dan di taburkan dengan bawang goreng sebagai pembuka selera dan juga sambal gesek untuk rasa pedas sikit.


Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya:
Isi dada ayam yang di potong kecil
Serbuk Lada Hitam
Secubit Garam

3 ulas bawang putih di cincang kasar
1 biji bawang besar di cincang kasar

1 biji cili bengala hijau di potong 4 segi kecil
1 biji cili bengala merah di potong 4 segi kecil
1 biji tomato di belah baji
1/2 biji bawang holland di potong baji

2 sudu besar kicap manis
1 sudu tepung jagung di kacau dengan 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
1.   Perapkan ayam bersama serbuk lada hitam dan garam.
2.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, goreng yang di perap tadi sekadar separuh masak saja.  Angkat dan ketepikan.
3.   Dengan menggunakan minyak yang sedikit, tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga wangi.
4.   Masukkan cili bengala merah, hijau, bawang holland dan tomato.   Gaul sehingga wangi.
5.   Masukkan ayam yang telah di masak tadi dan gaul rata.   Tambahkan kicap manis dan tepung jagung.
6.   Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam.
Matikan api dan sedia untuk di hidangkan.


Ikan masin kurau di potong kecil dan di goreng sehingga garing.  Goreng kan pula bawang besar yang di hiris kasar bersama cili hidup yang di cicang kasar sehingga keperangan.   Angkat dan taburkan ke atas ikan masin tadi.
Kalau nak jadi kan ianya berkuah, semasa menumis bawang tadi, masukkan secawan air asam jawa ke dalam kuali.  Biarkan ianya mendidih bersama bawang tadi, kemudian masukkan ikan masin tadi, gaul rata dan angkat kemudiannya dari kuali.  Arwah mak mertua mori suka buat cam tu...cuma mori suka kering kering sikit. 

Sambal Gesek




Friday, 12 July 2013

Udang Masak Lomak Cili Api, Tauge Goreng, Telur Dadar dan Sambal Blacan


Pagi tadi... usai solat subuh... tetiba terdengar pembantu rumah mori menangis.... bergegas mori turun ke bawah... risau gak...kot2 ada apa2 yang terjadi.... rupanya dia dapat panggilan dari kampung... yang emak nya jatuh pengsan kat bilik air dan masih belum sedar.  Kemudian adiknya yang berada di Shah Alam jatuh pengsan pulak bila  dengar berita mak nya jatuh.... (maknya ada high blood pressure)... Mori lepaskan dia balik kampung untuk urus kan hal ehwal keluarganya... tak tau pulak bila dia akan balik sini....katanya dia amik one way tiket jer..... hehehe... berdobar dobar juga nie... aiiihhh!!! tak mau balik lagi ker...hehehehe... tapi mori tak mau pikir yang burok, sedang kan dia dalam keadaan yang risau....tapi biasa lah... di minda ni kata lain...di hati kata lain pulak... hehehehe tawakkal jer la yer.....   


Jom layan menu yang mori masakkan semalam.... Udang Besar masak lemak cili api .   Aduhhh !!! 2 hari berturut turut mori masak menggunakan cili api.... jangan terbakar usus perut ni udah la yer... tapi apa pun.. ianya sungguh menyelerakan...... hehehe... Udang besar nie husben mori dapat masa gie mancing kat Jeti Mersing baru baru nie... tapi bukan dia mancing dapat udang nie.. dia beli dari para nelayan yang baru punggah hasil dari laut... dapat la dengan harga yang murah .... Alhamdullilah ... itu pun di bagi lebih dari patut nya.... semuga bertambah murah lagi rezeki nelayan tu.  

Resepi Udang Masak Lomak Cili Api

Bahan-bahannya:
15 ekor udang besar yang telah di bersihkan.
(Belah sikit badanya untuk buang kan kekotoran yang bewarnanya kehijauan gelap.)
2 batang serai di ketuk
1/2 biji bawang besar merah di hiris kasar
Sedikit daun kunyi di hiris kasar
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan-bahan di kisar
1 genggam cili api kampung
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang kecil

Cara-carannya:
1.   Masukkan bahan yang di kisar tadi ke dalam periuk bersama secawan air dan biarkan ianya mendidih seketika.  Masukkan juga serai yang telah diketuk tadi.  Biarkan ianya mendidih lebih 7 atua 8 minit dengan api sederhana kecil. Kalau kuah menjadi kering, tambahkan sedikit lagi air.
2.   Kemudian masukkan udang dan bawang merah tadi dan gaul rata.  Masukkan pula santan pekat tadi sedikit demi sedikit.  Udang tadi akan mengeluarkan air nya sendiri... jadi untuk dapatkan kuahnya pekat, santan yang di masukkan biarlah yang pekat.
3.   Gaul rata kesemuanya dan biarkan mendidih tapi jangan sampai pecah minyak.  Nanti kuah santan tak menjadi dengan cantik.  Maknanya kena rajin kacau kuah supaya tak mengelegak sangat. 
6.   Akhir sekali taburkan daun kunyit dan juga garam secukup rasa.  Gaul rata dan boleh matikan api.  Bila api dapur telah di matikan, kacau perlahan lahan kuah sebab masa tu kuah masih panas dan mengelegak.  Bila kuah dah diam, baru lah boleh berhenti mengacau. 
    


Kali nie mori ganding kan lauk udang masak lomak cili api nie dengan telur dadar, tauge goreng dengan kucai dan sambal belacan yang di kisar dengan blender.
Telur dadar nie mori gunakan 3 biji telur jer...dah cukup bagi 4 orang .... tapi kali nie mori letakkan susu segar kotak lebih kurang 1/2 cawan ke dalam telur.  Kemudian mori pukul sehingga kembang barulah di masak seperti biasa.  Terasa yummyy yummmyy lemak...hehehehe..


Sambal belacan yang mori buat kali nie... di kisar menggunakan blender.   Saje jer tukar stail lain supaya rasa lain pulak..hehehe.. teringin nak makan sambal cam kat restoran.....biasanya sambal belacan yang restoran cair cair sikit kan... tiba2 tekak nie teringin kan sambal yang macam tu.  Tapi nak jadi alkisahnya... masa tengah masak, kehabisan gas.  Memula gas yang kat dapur dalam rumah abis dulu... kemudian guna dapur kat luar untuk memasak... tak sempat habis memasak...gas pun habis juga... jadi udang masak lomak tu... mori sambung masak dalam rice cooker spare....hehehe nak suruh kedai anta gas..katanya tak cukup orang... lepas magrib baru nak hantar...hadoooii... kena la pikir alternatif lain nak habiskan masak ...hehehee.... tapi itu rahsia lah...tak leh bagi tau...malu wei..hehehehe...
Sambal tu mori kisar kan cili merah, cili api, belacan yang di bakar dan juga sedikit garam bersama secawan air asam jawa.   Mavelessss...hehehehe... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...