Assalamualaikum semua.... Alhamdullilah masih dapat mencuri masa untuk mengadet di sini...
Ini pun di ofis mori mengapdet .... kerja banyak dah settle...tu yang rajinkan diri disini... nasib baik bawa ipad ... dalam tu semua ada gambar yang mori ambil selesai memasak. Ok jom... mori nak belanja resepi masak Ikan bilis cili api pedas yang kaw kaw. Boleh meleleh peluh di dahi kalau makan sambal tumis nie. Famili mori memang suka kan yang pedas... especially yang masakan menggunakan cili api. hehehe.
Sabtu lepas, mori pergi ke cafe baru yang di buka oleh adik mori yang bongsu sekali. Nama cafe.. Buddiez berdekatan dengan Jalan Ipoh di Viva Residency. Baru aje mula di bukak. Dia memang dah bertekad lama untuk membuka kafe. Semuga adik mori, Rosalina berjaya dalam cita cita nya... Insya Allah.
Salah satu hidangan di kafe nya... Nasi goreng, ada telur mata dan juga sambal tumis ikan bilis cili api. Memang pedas kaw kaw la.....berpeluh jugak anak mori, adda makan sambal tumis tu. hehehehe... boleh tahan gak dia. Mori pulak order ayam goreng.. resepi dari abah mori. heem.... terasa tak puas hati sebab tak makan sambal tumis tu. hehehe.. Jadi semalam apa lagi... salah satu menu hidangan tengahari mori... sambal tumis ikan bilis cili api yang di masak pedas... kalau saper yang suka pedas..memang berselera, mau bertambah makan. Kalau ada balance... di panaskan semula akan menjadi kering sedikit...boleh di makan dengan roti... memang maveles...
Resepi nya mudah, tak banyak bahan yang di guna kan... ringkas dan cepat. Ikan bilis pulak mori dah sedia kopek awal2 lagi. Dah di bersihkan dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, senang bagi mori, terus masak, tak perlu nak bersih kan lagi. Jom tinjau resepinya di bawah nie..
Resepi Ikan Bilis Cili Api Pedas
Bahan-bahannya
Ikan bilis dalam 2 genggam (200 gram)
1 genggam cili api (lagi banyak lagi pedas)
3 biji bawang putih *
1 biji bawang besar *
sedikit belacan *
garam secukup rasa
gula (Jika perlu)
Bahan yang bertanda * -
Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan sehingga halus, baru masukkan cili api dan kisar sedikit kasar.
Cara-carannya
Goreng kan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Buang minyak menggoreng ikan bilis tadi dan gantikan dengan yang baru.
Bila minyak dah panas, tumiskan bahan kisar tadi sehingga terbit bau wangi. Pastikan di tumis sehingga berwarna keperangan dan hampir nak garing.
Masukkan garam secukup nya
Dan jika perlu masukkan gula sedikit (optional yer. mori tak letak)
Gaul rata dan matikan api. Biarkan sejuk dulu. baru gaul kan dengan ikan bilis tadi.
Sedia untuk di hidang.
Senang kan.
Selamat mencuba dari
Terima kasih atas resepinya,saya ambil resepinya sahaja lain tiada.
ReplyDelete