Assalamualaikum....
Sibuk sangat kebelakangan ini.... lebih2 lagi bila anak sibuk menghadapi peperiksaan. Rasanya ramai ibu2 yang ada anak menghadapi peperiksaan akan duduk sama dengan mereka dan mentelaah bersama. Sama juga ngan mori.... walaupun anak mori belum tiba menghadapi peperiksaan besar.... tapi tetap kena teman kan bila dia studi utk exam hujung tahun. Kekadang mori akan jadi kamus bergerak... apa yang dia tak paham... kita lah jadi translater nyer... Rasa penat usah citer ler... kekadang sambil teman.. sambil layan baca magazine.... atau pun main game... hahaha... nk usha blogwaking.. karang kena marah balik... sbb kusyuk tengok resepi orang kihkihkih... nak upload gambar masuk dalam blog pon tak sempat.... kena tunggu dia habis studi... baru bole start... tapi bila dah malam sangat.... malas pulak datang menjelma.... tu yang kekadang cam timbul tenggelam update blog.... apa pun kena redho. Kehendak keluarga come first.
Hari ni mori tayangkan menu yang dah lama menunggu untuk di postkan.... malam tadi sempat la upload gambar... tapi tak sempat nak bercoleteh dan menyalin resepi... so pagi ni... break time jap... mengapdetkan menu sup tulang qurban raya haji yang baru lepas. Sedap makan dengan nasi panas bersama sambal belacan perah limau bersulam kan dengan ulam. .... berkeroncong la pulak perut bila teringat sup tulang hari tu... hehehehe resepinyer mori salin disini... simple ringkas. Mori tak letak rempah sup ataupun serbuk perasa. Tapi sup ni dah cukup sedap pada kami sekeluarga... Alhamdulilah..
Resepi Sup Tulang.
Bahan-bahannya:
1kilo tulang daging
5 biji bawang kecil
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar dibiris kasar
Bawang goreng
Garam secukup rasa.
Cara caranya:
1. Rebus tulang sehhingga agak2 empuk. Semasa rebus kalau ada serdak2 diatas permukaan air rebusan, mori akan gunakan penapis kecil untuk buangkan serdak tersebut.
2. Kisarkan bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga halus.
3. Tumiskan dalam kuali bersama sedikit minyak masak. Masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan serai. Bila dah terbit minyak dan berbau wangi matikan api.
4. Tuangkan bahan tumisan tadi ke dalam air rebusan tulang tadi. Kacau rata.
5. Biarkan mendidih sehingga daging tulang benar2 empuk. Masukkan bawang besar yang telah di belah dua dan dihiris kasar kedalam sup tadi. Masukkan juga daun limau purut dan garam secukup rasa.
6. Matikan api dapur dan akhir sekali masukkan bawang goreng dan boleh di hidang.
Sekian dulu
assalam
ReplyDeleteank2 tgh exam akhir tahun, mama pun exam he hee
sup tulang sedap kan , ada bihun blh makan sama
kita dpt daging shj, x dpt wat sup kali ni
salam
ReplyDeletesedapnye sup tulang...