Beijing tunggu kedatangan kami
Friday, 25 November 2011
Welcome to Beijing
Wednesday, 23 November 2011
Kuih Ketayap
Tu la dulu, semasa duduk ngan mak mertua, tak mau belajar buat kuih muih ni. Arwah tu..memang pandai buat kuih muih ni... especially kuih lopis dia. Sekarang dah tak de mak mertua...kang dah nyosal...padan muko. Kenapa la dulu tak mau belajar. Dulu memang tak berapa suka kuih kuih ni. Tu yang tak heran nk belajar...
Nak suruh mak sendiri ajar..dia pon sama cam mori..hehehehe... Apa pon mak mori terror bab bab memasak lauk pauk..especially masa lomakcili api udang petai masak bersama tempoyak... perrghhh memang terangkat. Makkk ooo mak..bila nak masak menu tu..lamo bonar mori tak makan lauk tu...lupo la pulak.. omak tak sihat sekarang...mak.....mori doakan mak cepat sembuh yer....
Dulu adalah jiran mori kasi kuih ketayap ni....sedapp..pandai dia buat... rasa hati nak cuba buat tapi tak de masa...rasa cam susah aje.. pas tu jiran depan lak kasi kuih ni..kali ni dia punyo lain lak rasanya...tapi apa pon jelas dia berani mencuba... walaupon x cantikkk tapi.. air tangan nya yang buat kuih ni... sungguh sedapp... thxs kekawan ku... you'r the best
Resepi ni mori dapat dari blog Masam manis, thxs for sharing the resepi ....
Ada cerita ni...masa tunggu inti ni masak...mori pon sediakan tepung... tetiba hubby panggil, dia bertanya kan something aar.. pastu sambung balik....kena masukkan telur dlm tepung nie.. terus pecah kan telur..tapi instead masuk dlm tepung...mori masukkan dlm kuali yang ada inti kelapa tu....adddddooh ..... nak kata apa lagi...memang tak boleh nak di selamatkan...inti tu tengah mendidih....sedih betul...dah la semangat nak buat kuih nie...tapi apa pun malam tu juga pergi kedai....and repeat balik buat inti nya.....alhamdullilah..semua ok and menjadi.
Bahan untuk kulit:
300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Blend semua bahan sehinggan sebati dan tapis.
Tuang sesenduk ke dalam pan leper berbentuk bulat dan dadarkan nipis
Sudukan inti & letak atas kulit kuih ketayap dan gulungkan sahaja.
Siap untuk di makan.
Bahan untuk Inti:
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnya sahaja)
150 gm gula merah atau gula melaka
70 gula pasir
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tepung jangung di larutkan dengan sedikit air
1 helau daun pandan di siat dan di simpul.
Caranya:
Masak gula merah, putih, daun padan dan air sehingga laurt.
Masukkan kelapa dan kacau rata dan masukkan bunga cengkih, air tepung jagung.
Masak sehingga adunan pekat dan berkilat.
Bunga
Mai kita layan jap cuci mata ngan pemandangan indah cipataan Allah s.w.t ni. Bila tengok gambar ni sungguh mengasyikkan. Tangan mori ni tak bole tanam pokok bunga. Tak menjadi. Tapi kalau tanam pokok berdaun yang tak de bunga tu.. menjadi aje.... hehehe.. tu la pasal kalau pokok bunga kat umah..mori tak sentuh..takut hilang semua bunga tu...huhuhuhuhu... watever...I luv this pic.
Tuesday, 22 November 2011
Kuetiaw Haufan dan Kicap Campur
Dapat resepi ni dari blog SG. Tapi dia pon dapat dari somebody else. Ikut resepi senang nak buat..tapi bahan susah sikit nk cari seperti kicap cair. Watever... thxs so much for berkongsi resepi. Alhamdullilah... memang sedappp...
KUETIAW HAUFAN
Bahan A:
500 gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis
Bahan B:
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh
Sayur sawi di basuh dan di potong2
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah
Cara memasak:
Panaskan, minyak, masukkan kuetiaw (kalau suka pedas masukkan cili padi yang di ketuk sekali) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin bole di tambah lagi) kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang ke atas kuetiaw yang di goreng tadi. Tabur lada sulah di atasnya. Sedia di makan.
Resepi Kicap Campur
Bahan:
1 cawan kicap pekat.
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1 cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam ( klu dh guna kicap masin....kurang kan lah garam ni)
1/2 cawan gula nisan atau gula melaka.
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan2 yang telah di sukat tadi ke dalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru di kacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti untuk mengelakkan kicap tu hangit. Bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, bole di tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan dalam peti. Kicap campur ini sesuai untuk menggoreng mee, mihun, kuetiaw, hailam dan sedap untuk ayam masak kicap.
Selamat mencuba
Sunday, 20 November 2011
Nasi Halia dan Dalca Daging Ketetel
Hari ni plan mengejut, nak gie KL ..beli stock barang untuk kios mori di Central Mart. Biasanya plan awal awal, tapi kali ni check stok , present wrappers, wedding cards, teddies out of stock. Sekarang musim cuti sekolah, so ramai la buat kenduri kawin. Item item seperti wrapping papers, wishing cards cepat abis stock. So kena gie KL ni ..... tak mau kios nampak lapang je. After bekfast, siap siap... ajak hubby n adda terus kami gie KL ...beli barang.
Jalan pon clear, beli barang pon x sampai sejam, sbb dah plan apa yang nk di beli. Plan nak balik rumah terus, tapi tau je la hubby ni ada aje melencong ke tempat lain. Terpaksa la jugak layan kehendak dia.. ikut je la mana dia nak pegi.
Sampai rumah dah kol 3.30, dok pikir apa nk masak untuk lunch ni. Check tenet, search nk masak menu apa tapi x jumpa yang rasa teringin nk buat. Smlm gie dinner anjuran tempat kerja suami, doang serve Nasi Halia, pagi tadi dh kena Mihun Goreng Halia, so apa salah nya lunch masak Nasi Halia, rasa cam tak puas makan semalam tu..
Agaknya kelam kabut search tenet cari resepi Nasi Halia, tak jumpa. Aaarrr!!!!... buat sendiri la..janji sedapp... apalagi ke dapur la.. sinsing lengan mula kan acara memasak.
Nasi Halia
Bahan-bahannya:
3 pot beras basmathi di basuh dan di rendam
2 inci halia, 1 biji bawang besar dan 10 ulas bawang putih di blend.
Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga.
Secawan susu cair
Sebatang serai
2 Helai Daun Pandan
1tsp serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Tumis bahan yang di blend bersama kayu manis dan bunga lawang sehingga garing
Masukkan serai.
Masukkan beras yang telah di tos. Gaul rata.
Masukkan susu cair dan air secukupnya
Masukkan daun pandan dan garam secukup rasa.
Masukkan buah pelaga.
Alihkan ke dalam periuk rice cooker.
Sekali sekala gaul nasi supaya tidak berkerak.
Nasi Halia ni Mori makan dengan dalca daging ketetel. Tapi tak banyak bahan yang dapat mori masukkan dalam dalca. Apa yang ada dalam peti ais itu la yang mori guna. Dah lama sungguh tak masak menu dalca ni. Lauk ni favourite husband. Tapi tak pe la.. .So check it out, my simple Dalca Daging Ketetel..hehehe.
Dalca Daging Ketetel
Daging Ketetel di bersihkan di tos
2 biji ubi kentang di potong 4
Lobak di potong memanjang seinci. (ni mori tak letak sbb tak de dlm peti ais...hhehehe)
Tomato di potong 4 ( ni pon sama... tak letak)
Terung di potong 4 ( ni pon sama.. tak letak)
Bawang besar, bawang putih dan halia di blend.
Rempah kari daging di perap bersama daging ketetel dan bahan2 yang di blend.
Bahan untuk menumis.
Bawang besar, bawang putih dan halia di hiris.
Kayu Manis, Bunga Lawang
Cara-cara
Tumis bahan yang di hiris sehingga naik bau.
Masukkan daging ketetel yang di perap tadi. Tumis sehingga rempah naik bau wangi dan pecah minyak.
Masukkan air agak agak daging tenggelam dan masak sehingga empok.
Bila daging dh empok, masukkan ubi kentang, lobak dan tomato dan masak sehingga lembut.
Masukkan garam secukup rasa.
Mori tak guna santan. Pada sesapa nk letak santan pon bole... no problem.
Mori tak letak kacang dal sbb nk cepat sebab dh petang......hubby dh nak makan, jadi klu nk letak kacang dal semasa sayur dh empok..tapi kacang dal tu harus di rebus dulu sehingga lembut. Banyak bahan lain yang bole di letak seperti kacang panjang, terung dan pelbagi lagi.
Sedia untuk di hidang. Vaaala
Mihun Goreng Halia
Hari ni memang terasa sibuk nya..... selepas menunaikan solat subuh, terus kemas kemas apa yang patut, tau la umah 2 tingkat ni.. bibik ni bukan reti nak naik atas mengemas bilik kat atas. Rimas tengok bersepah, semalam x sempat kemas..... selepas balik dari Nilai Spring Resort gi jamuan tempat kerja suami terus zzzzzzzz.
So pagi ni .. bangun pagi ngan semangat baru...hehehhe berkobar kobar...nak masak breafast untuk famili. Teringin nak makan Mihun Goreng Halia. Pernah makan sekali kat kafeteria di GE. Tapi sekali tu aje kafeteria tu buat Mihun Goreng Halia ... herannn...tapi memang sedaap. So mori cuba aar buat sendiri ... rasanya guna halia dalam masakan ni..sbb dh namanya pon Mihun Goreng Halia. Apa pun hubby kata sedaappp.. so kira menjadi la...hehehehe...
Mihun Goreng Halia
1 paket Mihun di rendam sehingga lembut.
10 ulas bawang putih di racik halus
Isi ayam
Sos Tiram
Sos Ikan
Minyak Bijan
2 Biji Telur
Sayur sawi (tapi mori guna kobis sbb tu aje yang ada dlm peti ais)
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Cara-cara
Tumis bawang putih sehingga garing
Masukkan isi ayam di goreng sehingga masak
Masukkan sos tiram, sos ikan, minyak bijan dan garam, gaul sehingga rata
Masukkan secawan air
Pecah kan telur 2 biji ke dalam masakan dan biarkan mendidih
Masukkan sayur dan mihun
Masukkan lada sulah secukup rasa. Gaul rata masakkan.
Sedia untuk di hidang.
Mori makan ngan cili api yang di hiris nipis bersama kicap yang di perah asam limau menambahkan kesedapan.
Friday, 11 November 2011
Mihun Goreng
Mihun goreng atau mihun sup, memang favorite. Tapi kali nie nak masukkan entri mihun goreng. Mihun goreng ni untuk breakfast. Makan ngan cili api di hiris halus dan di tambah kicap cair sikit, lepas tu di perah asam limau. Minum pulak ngan teh O. Memang membangkit kan selera. Nak bercerita dlm ni aje pon dah membuat rasa teringin. Kecur air liur.....hehehehe
Resepi Mihun Goreng
Bahan-bahan:
Sepeket mihun di celur ngan air panas dan di toskan . (Jangan terlalu lama di celur air panas, nanti hancur)
Udang hidup. (ikut suka banyak mana)
Sawi atau taugeh ( tapi kita guna sawi)
Daun kucai ( dipotong sepanjang seinci)
Cili kering yang telah di blend.
5 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar di blend.
1 sudu makan Sos tiram
1 sudu makan Sos cili
1 sudu makan Kicap Manis
1 sudu teh Minyak bijan (optional)
1 sudu teh Serbuk pati ayam.
Cara-cara:
Panaskan kuali, tuangkan minyak masak, goreng udang, setelah masak, asing kan dlm piring.
Tumis bawang yang telah di blend tadi.
Masukkan cili kering dalam 2 sudu makan. Gaul rata sehingga cili masak.
Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan minyak bijan.
Masukkan secawan air dan biar mendidih.
Masukkan sawi dan mihun. Tabur kan pati ayam dan garam. Gaul mihun sehingga rata dengan rencah tadi.
Masukkan daun kucai dan udang. Gaul rata.
Sedia untuk di hidang kan.
Thursday, 10 November 2011
Puding Agar Kastard
Resepi untuk puding agar kastard dapat dari kawan depan rumah Puan Azizah. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Puding ni dah banyak kali buat, senang dan ringkas.
Resepi Puding Agar Kastard
Bahan-bahan:
1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus)
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam
Cara-caranya:
Rebus agar-agar hingga hancur.
Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
Masukkan secawan tepung kastard dan kacau.
Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.
Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang. Coret kan dengan lidi.
Sejukkan.
Wednesday, 2 November 2011
Butter Cake Oren
Butter Cake Oren ni specially made for my mum. Ni buat jumaat lepas...tapi baru hari ni nak N3. Mak memang suka butter kek oren. Kalau buat kek biasa, mak kurang nak makan, but kalau buat kan kek oren, memang favorite dia. Dapat tau mak tak sihat hari jumaat, hari sabtu tu mori, husband n anak akan gi Family Day anjuran tempat kerja suami di Janda Baik. Husband cadang kan kita singgah KL tengok mak, apa lagi terus selongkar kabinet cari bahan bahan. So ni la hasil nya.
Resepi Butter Cake
Bahan-bahannya:
250 gm Butter- (Anchor Salted Butter)
200 gm Gula Castor
4 biji Telur – (Telur Gred A)
1 sudu the Esen Vanilla
210 gm Tepung Naik Sendiri
4 table spoon Susu Segar – (Susu kotak Ducth Lady)
Sebiji limau sunkist diparut kulitnya
Cara-caranya:
1. Pukul 1 & 2 sampai kembang & sampai putih
2. Masuk Telur sebiji demi sebiji & pukul
3. Masukkan esen vanilla dan sedikit air limau sunkist
4. Masukkan tepung sikit sikit sampai rata berselang seli dengan susu.
5. Masukkan dalam loyang yang telah di langser dengan marjerin.
6. Taburkan parutan kulit limau di atas adunan.
7. Bakar 45 min.
6. Cucuk kek dengan lidi halus untuk pastikan kek telah sempurna bakar.
Sedia untuk di hidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)