Dapat resepi dari internet....tengok cara caranya senang.....balik dari kerja terus singgah pasaraya mencari bahan bahan...after ready kan dinner untuk family... terus mula untuk buat muffin. Alhamdullilah ..ini la hasilnya... Tq so much pada yang berkongsi resepi.
Resepi Muffin Chocolate Chip Pisang
Bahan-bahan:
(A)
250 gm Tepung Gandum
150 gm gula
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 garam
1/4 serbuk kayu manis
200 gm chocolate chips
(B)
2 biji telur, dipukul sedikit
113 unsalted butter di cair kan dan di sejukkan
570 gm pisang
1 tsp esen vanila
Cara-caranya:
1. Campur semua bahan bahan (A) di dalam satu bekas
dan bahan bahan (B) di dalam satu bekas yang lain
2. Gaul rata.
3. Masukkan bahan (B) ke dalam bekas bahan (A)
dengan perlahan sehinggan adunan menjadi pekat
dan lekit.
4. Minyak kan tray muffin dengan butter.
5. Masukkan adunan sebanyak 2/3 penuh.
6. Bakar pada 180 degrees sehingga 20-25 minit.
Note: Jangan terlalu gaul semasa step 3. Kalau terlebih gaul akan mengakibat kan adunan menjadi ber air.
No comments:
Post a Comment