Pages

Wednesday, 17 February 2021

Sambal Hijau Ikan Masin Bunga Kantan







Hai Assalamualaikum semua! Harini kami satu keluarga berpuasa jadi Mori ingat nak masak lauk instant yang betul-betul membuka selera kami sekeluarga.. Salah satunya ikan masin yang dirgoreng bersama cili, memang yummy!  Selain boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang, sambal cili juga enak dimakan bersama roti, bukan sahaja nasi tau! Senang kalau dah terlambat nak breakfast, ambil sahaja sambal ni, boleh makan dengan nasi atau roti! Okay mari kita start..


Dibawah ni Mori ada letakkan video sekali yang telah di upload di Youtube 😋




Link Instagram dan Facebook:






Bahan-bahan yang diperlukan:

- Ikan masin malong
(Ini ikan masin apa pun boleh mengikut preference masing2)

- Bawang putih, bawang besar, bunga kantan semua dihiris

-Bawang putih, bawang besar, bawang holland, cili padi dan cili hijau semua dikisar

- Garam secukupnya

- Gula perang secukupnya

- Asam keping

- Minyak masak

- Air secukupnya (jika perlu)



Cara-cara memasak:

1. Tuangkan minyak ke dalam kuali, gorengkan ikan masin sehingga garing..angkat dan ketepikan dahulu..

2. Menggunakan minyak yang baru, gorengkan bawang putih, bawang besar dan bunga kantan yang telah dihiris sehingga layu dan sedikit garing..angkat dan ketepikan dahulu..

3. Menggunakan minyak yang sama untuk goreng tiga bahan di atas, masukkan bahan yang telah dikisar (untuk membuat sambal) dan tumis sehingga pecah minyak..pada masa yang sama masukkan asam keping dan air jika perlu..

4. Apabila sambal sudah pecah minyak.. Perasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya..

*Untuk step ni, Mori keluarkan semula asam keping, untuk elakkan rasa masam yang berlebihan..

5. Gaulkan sambal bersama bawang putih, bawang besar dan bunga kantan yang telah digoreng tadi..matikan api dan tunggu sehingga sejuk sedikit..

6. Apabila sudah sejuk, baru masukkan ikan masin yang telah digoreng dan gaulkan..Siap dah!


Ini lah dia rupa Sambal Hijau Ikan Masin Bunga Kantan resepi Mori..semoga bermanfaat untuk semua.. Tak cuba tak tahu.. Jom kita cuba, mana tahu lepas cuba nak lagi 😋🤣






-adda-

Tuesday, 2 February 2021

Kailan Goreng Ikan Masin | Stir Fry Kailan with Salted Fish








Assamualaikum, hai semua! Harini Mori nak kongsi kan resepi untuk kailan goreng ikan masin. Selalu kailan goreng ikan masin ni kita order dekat kedai tomyam je kan, takpa harini Mori share kan resepi yang simple ni..

Mana yang rushing nak membaca resepi dan cara memasak, Mori ada sertakan video cara memasak di youtube. Boleh lihat di bawah..






Untuk video Ig boleh tekan link di bawah 😄





Mari Mori share kan resepi nya.. 🤩

Bahan-bahan yang diperlukan:

- Ikan masin
- Sayur Kailan yang telah di siang
(Asingkan daun dan batang kailan)
- Bawang putih
- Bawang Holland
- Cili padi 
- Minyak masak
-Sos ikan


Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak masak, dan gorengkan ikan masin sehingga garing.. Kemudian carik-carikkan ikan masin tersebut..

2. Keluarkan lebihan minyak masak dari kuali, dan tinggalkan hanya sedikit untuk menumis..

3. Tumiskan bawang putih sehingga wangi..

4. Selepas itu, masukkan batang kailan goreng sehingga lembut..kemudian masukkan bawang holland dan cili padi, masak sehingga hampir layu..

5. Masukkan daun kailan yang telah disiang, gaul sehingga sedikit layu..lalu masukkan sedikit sos ikan

*Sos ikan tak perlu banyak ya, sebab sos ikan agak masin

6. Apabila sayur sudah hampir masak, masukkan ikan masin yang telah dicarik tadi.. gaulkan dan sedia untuk tutup api..



Okay korang, lauk dah siap untuk dihidang! Sedap kalau makan dengan nasi panas dan telur dadar!

-Adda-

Monday, 1 February 2021

Masak Lemak Udang Lada Hitam dengan Pucuk Paku







Hai Assalamualaikum semua. Dah lama dah tak update blog masakan ni. Busy sangat kebelakangan ni dengan kerja Office sejak PKP, mentang2 lah work from home! 

Harini alang2 tak busy sangat, jom Mori share resepi untuk Masak Lemak Udang Lada Hitam dengan Pucuk Paku. Memang Yummy!

Okay jom kita start. Dekat bawah ni Mori ada sertakan sekali video cara memasak. Boleh follow semua video masakan Mori Said di youtube. Di Instagram Mori juga ada  tulis bahan2 dan cara memasak di caption. Jangan lupa baca dan follow sekali ya!



Untuk video di Instagram, boleh tekan link di bawah 




Ini bahan2 yang diperlukan:

- Pucuk Paku
- Udang
- Serbuk Lada Hitam
- Cili api kisar
- Kunyit kisar
- Serai yang diketuk
- Santan (Mori pakai santan kotak)
- Asam keping
- Garam secukupnya



Cara-caranya seperti berikut:

1. Masukkan udang ke dalam pot bersama serbuk lada hitam,  dan masak sehingga udang kemerahan. Asing kan udang ketepi dahulu..

*Untuk first step ni  nak gaul udang dengan lada hitam awal2 pun boleh. Kalau nak masukkan udang dahulu kemudian taburkan lada hitam pun boleh. Ikut kesesuaian dan cara masing2 🥰

2.  Menggunakan pot yang sama, masukkan cili api kisar dan kunyit kisar. Masukkan sedikit air dan gaul sedikit..

3. Kemudian, masukkan serai yang telah diketuk, dan masak sehingga sedikit kering dan hilang bau pedas.. (Ni nak elak lauk terlalu pedas ya!)

4. Masukkan santan secukupnya, air secukupnya dan asam keping. Biarkan ia mendidih sebentar..

5. Kemudian, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan pucuk paku yang telah disiang..

6. Bila pucuk paku sudah sedikit lembut, masukkan udang yang telah dimasak tadi ke dalam pot..

Balik-balikkan sebentar dan VOILA! SIAP! Jangan berebut pula makan tu nanti!







Apa2 pun Mori berharap segala urusan yang perlu diselesaikan semasa musim PKP dipermudahkan . #kitajagakita . Semoga semua dalam keadaan sihat dan Mori doakan Covid-19 berlalu pergi. Stay at home, don't go anywhere, we fight until we win!
 #wewillwin

-Adda-

Wednesday, 24 October 2018

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Garing



Hai Assalamualaikum Welcome back to Mori's Kitchen! Sekian lama tak update blog, okay kali ni Mori nak share resepi sambal tumis ikan bilis petai garing yang yummy! Lauk kali ni kalau makan dengan nasi panas-2 memang menyelerakan..tak perlu nak ada lauk banyak-2, cukup 1 ni je pun dah boleh bangkitkan selera..

Okay tanpa melengahkan masa. Lets Masak ! Resepi nya sungguh simple..


Yummy bukan?




Bahan- bahan untuk di masak:


  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Biji Bawang Putih
  • Sedikit Belacan
  • Cili kering (tak perlu di rendam)


*Kisar semua bahan di atas


Kemudian, apa yang kita perlukan ialah..

  • Isi petai
  • Ikan bilis
  • Ketang
  • Tempe


Cara-cara memasak:

Goreng kesemua bahan hingga garing dan ketepikan. 

Kemudian tumis bahan kisar sehingga agak2 garing.. 

Masukkan garam dan juga sedikit gula. 

Selepas itu gaul rata dan matikan api. Biarkan sejuk sebentar kemudian baru masukkan bahan2 yang digoreng tadi. Gaul rata..

Wallaa siap!


Tuesday, 11 September 2018

Terung Pipit Masak Tempoyak (Comeback!)




Assalamualaikum dan Salam Awal Muharram, lama Mori menghilang dari blog ni, dah bersawang dah gamaknya. Sekarang ni Mori active di Instagram. Boleh follow ramai2 di ig Mori @mori_said untuk video masakan yang simple2.. Mori sekarang banyak share masakan dan resepi melalui video kerana lebih senang dan mudah untuk semua. Mori akan cuba kembali active di blog ini semula. Yeay!


So, harini punya cerita Mori dapat Terung Burung Pipit ni dari jiran sebelah rumah. Actually, first time Mori dapat Terung Burung Pipit ni untuk buat lauk, jadi Mori decided untuk buat masak tempoyak. Yummy! Tapi Mori campurkan resepi tu sekali dengan bahan lain seperti ikan bilis untuk tambah rasa.. Senang je resepi kali ni..



Lets Masak!



Inilah dia Terung Burung Pipit yang Mori maksudkan.. (Gambar Google)



Bahan-bahan untuk di masak:

  • Terung Burung Pipit
  • Ikan Bilis
  • Petai
  • Bahan untuk menumis (Bawang Holland, Cili Padi)
  • Tempoyak
  • Garam halus

Cara memasak:


Mula2..Gorengkan dulu Terung Burung Pipit, angkat dan tos kan..

Kemudian, goreng Ikan Bilis, angkat dan letak tepi. Mori gunakan Ikan Bilis yang halus tu, bila gigit rasa rangup!

Bila semua dah selesai, ambil bahan menumis dan tumis sehingga naik bau, dan masukkan tempoyak..

Letakkan sedikit air untuk mengelakkan masakan daripada kering..

Selepas itu, masukkan Terung Burung Pipit yang telah di goreng, dan masukkan Petai.. kemudian tutupkan api.. 

Akhir sekali, barulah Mori masukkan Ikan Bilis dan garam secukupnya.. Tujuan Mori tutup api sebelum masuk Ikan Bilis adalah untuk mengekalkan kegaringan Ikan Bilis tersebut..


Okay dah siap Terung Burung Pipit masak tempoyak! 




Selain dari masak tempoyak, Terung Burung Pipit boleh juga di masak menggunakan resepi yang lain seperti Terung Burung Pipit masak sambal dan dsb...


Happy Holiday dan Selamat Mencuba !




Thursday, 16 June 2016

Tomyam Bangkok dan Ikan Senangin Masak Asam

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Hari nie yang ke 11 kita umat Islam berpuasa.  Seronok bila tiba bulan puasa nie, macam macam juadah di fikiran yang kita nak masak untuk berbuka,  Itu pun kalau sempat ler... Kekadang tak sempat memasak, singgah di bazar aje.  Dulu ada pembantu mori sediakan bahan2 untuk mori masak, sekarang semua kena sediakan sendiri. Pastu nak mengemas selepas memasak,.. bab nie yang meletihkan hahahha.. tapi kena buat jugak.

Hari nie mori nak syer resepi tomyam bangkok.  Mana mori dapat resepi nie..hehehe.. .of course la dari facebook... waahhh macam2 resepi jumpa kat sana... seronok gak.  Resepi nie, anak mori yang tag kan kat fb mori.. katanya balik kelas, dia nak masak nie..... mori ok kan aje.  Balik petang dari kelas... dia call katanya kat kedai nak beli bahan masak tomyam...hahahaha.. terkejut jap mori... dia punya kehendak nak masak tomyam... sanggup singgap kedai beli bahan...hahahaha.. kalau bukan kehendaknya.. jangan harap dia nak ke kedai.  Jadi kali nie.. anak mori yang memasak tomyam nie.. mori pantau la sebelah nya... tengok cara2 di resepi senang aje..  mori layan aje la dia memasak tomyam ...

Resepi Tomyam Bangkok

Bahan2 nya (untuk 3@4 orang makan)

Sediakan udang, sotong, isi ayam, daging atau apa saja yang suka
2 batang serai di titik
2 inci halia di ketuk
1 inci lengkuas di ketuk
1 biji bawang holland di potong wedges
10 biji cili api di tumbuk kasar
2 biji buah tomato di potong wedges
6 biji limau kasturi atau 2 biji limau nipis di ambil jusnya
Garam secukup rasa
sayur seperti carrot, bunga kobis, jagung - mana yang suka (mori tak letak sayur)
1 pek cendawan tiram di koyak2kan
Beberapa helai daun ketumbar

Cara-caranya

Sediakan periuk atau kuali ke... (mori guna kuali jer)
Masukkan air agak2 bahan yang kita sediakan.  
Biarkan mendidih, masukkan pula serai, halia, lengkuas, cili api  dan biar kan mendidih sebentar.
Kemudian masukkan pula bawang holland, tomato dan sayur jika ada (sayur yang keras2 sikit tu kena masuk dulu)
Dah mendidih semula, baru masukkan bahan2 seperti udang, sotong, isi ayam. 
Akhir sekali baru masukkan cendawan tiram dan juga jus limau tadi.  
Masukkan garam agak2 secukup rasa dan juga daun ketumbar.  Kacau rata.  Rasa kena seimbang, masin, masam kena cukup.  Tapi bulan puasa kan.. main agak2 jer la... Alhamdullilah.. sedappp 
Siap. boleh la di hidang.

Wallaaaa... tomyam bangkok 

Sementara anak mori masak tomyam, mori prepare kan ikan masak asam.  Ni  memang favourite kat dalam rumah mori.  simple aje resepi ie.. mori dah pernah syer dalam blog mori sebelum nie rasanya.. dah lupa lak mori mana letaknya..hahahaha  Mori dah lupa nama ikan yang mori masak nie... tapi ikan nie hasil husben mori gi memancing.. rasanya nie ikan senangin...  


Resepi Ikan Senagin Masak Asam (Sos Ikan)

1 ekor ikan di bersihkan isi perut nya.
Perap kan bersama garam dan kunyit.
Goreng kan hingga garing dan ketepikan.

Sediakan bahan2 menumis

1 biji bawang holand di hiris kasar
1 biji buah tomato di potong wedges
5 @ 6 biji cili api to hiris kasar
1 batang serai
1 inci halia di hiris
1 sudu makan sos ikan

Cara-caranya
Sediakan kuali dan masukkan minyak masak.
Tumis kan bahan di atas kecuali sos ikan
Bila dah layu, masukkan sos ikan dan sedikit air dan biarkan didih.
Mori tak letak garam, sebab sos ikan dah masin.
Kacau rata kesemua bahan, bila dah didih, tuangkan kan atas ikan tadi.

Tadaaa dah siap.  makan panas panas.. maveles...


Selamat mencuba dari saya

Monday, 16 May 2016

Popiah Penkek Rangup

Assalamualaikum.... 
Apa yer mori nk citer di sini...hehehe.. mati kutu dah mori... sebab lama sangat tak bercerita di sini...ntah orang nak baca atau tidak... hehehe.  Jom lah kita cerita pasal resepi nie yer... mori dapat resepi nie dari FB... waah!!! sekarang klu tengok fb.. ramai betul share resepi2 yang memang maveles... ada tu dorang kumpul2 semua resepi yang kat google kemudian dorang post di fb.  Ada masa tu mori sempat gak skodeng... hahahaha..tergelak tengok eehhh! ehhhh! resepi kita pon ada dalam nie..la.. happy la jugak hahaha.. tak kisah la kan..nama pon sharing di sini kan.  Ada jugak beberapa resepi yang berjaya mori cuba.. dan salah satu resepi penkek popiah rangup nie...

psstt !! actually mori dah lupa nama resepi nie..hahahaha...kena search balik dalam fb..baru jumpa

Ok!! back to the story... resepi nie dapat dari FB la yer..... nampak menarik... dan pasti ianya simple... 
tapi mori dah berjaya buat dan rasanya memang sedap.  Jom ikut resepi nya di bawah nie..tapi...haa.. ada tapi yer.. mori dah derhaka sikit kat resepi nie.. sebab ikut tekak sendiri la... original owner.. FB Anita Daniel's Kitchen... .


Resepi Popiah Penkek Rangup
Bahan utamanya
Kulit popia size sederhana besar.
Bahan-bahan untuk inti nya

1 cawan isi ayam di cincang halus
2 biji cipi di cincang halus (optional yer... mori nak rasa pedas2 sikit)
3 helai daun bawang di hiris halus
Tepung jagung 4 sudu besar
Garam secubit
Gula secubit
Sedikit secukup rasa
Garlic powder 1 sudu kecil
Telur 1 biji


Gaul kan kesemua bahan inti sehingga sebati

Cara-caranya

1.  Ambil sehelai/sekeping kulit popiah dan letak di atas permukaan rata.  mori guna dulang bakar kuih tu..hahahaha.. ok la kan..
2.  Ambil inti tadi dan rata kan atas sebahagian kulit popiah tadi... seelok nya.. biar rata dan nipis, supaya bila kita goreng, popiah akan garing dan rangup.
3.  Lipat bahagian yang tidak kena inti tadi ke atas bahagian yang berinti.
4.  Tekan2 sedikit bahagian tepi popiah supaya bercantum.
5.  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukup nya.. kira2 leh tenggelam la popiah tu..
6.  Goreng popiah tadi sehingga garing, angkat dan sejukkan.

Makan dengan cepat .. rasa panas2 suam tu.. sedapppp... berulang kali makan. Sediakn kopi o...teh o ker.. teh tarik ker...apa apa la kesukaan...hahahaha.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...