Pages

Friday, 6 January 2012

Kari Ayam ngan Kerisik


Bahan-bahan:
7 ketul ayam di bersih kan dan di toskan airnya. (Ikut suka la yer)
2 biji ubi kentang di belah 4
1 biji tomato di potong 4
3 sudu makan rempah kari ayam,
1 sudu cili kering yang telah di blend
1 sudu kerisik

Bahan-bahan yang di blend
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (sedang sizenya)
1 inci halia

Bahan-bahan untuk di tumis
5 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar di hiris
1 inci halia di hiris
2 batang kayu manis
3@ 4 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Cara-caranya:

Perap ayam, ubi kentang dan tomato bersama rempah kari, cili kering dan bawang yang telah di blend.
Tumis bahan yang di hiris sehingga garing dan naik bau wangi.
Masukkan ayam yang di perap tadi.
Masakkan hingga rempah garing dan pecah minyak.
Masukkan secawan atau dua cawan air (agak2 agak ayam tenggelam sikit)
Biarkan mendidih dan masak sehingga ubi kentang empok.
Masukkan kerisik, garam dan pelaga.
Gaul rata.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...