Pages

Wednesday, 25 January 2012

Rainbow Butterfly Cupcake

Memula tengok cupcakes butterfly nie dari blog Masam Manis.... fuhhhh cantik nya cupcakes butterfly yang di buat oleh Azlita.  Pastu kakak ipar from Singaore post gambar dalam FB...cc butterfly dia.   Tertarik lak hati nak mencuba.... rasanya dah hampir 2 tahun tak buat cupcakes with cream nie... renyah...kecahhh...hehehe... tapi...tewas gak...akhirnya kuar kan mixer ... mula aarr... buat cc nie... kali nie mori ikut resepi dari Azlita Masam Manis...trimakasih pada Azlita kongsi kan resepi ini.  Pada Ita, Mori minta izin simpan resepi ni dalam blog mori.


Butterfly Rainbow Cupcakes
Resepi dari Blog Masam Manis
Resepi asal dari Rainbow Cake
By: Whisk Kid The Martha Stewardt Show, April 2010

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Secubit garam
1/2 cawan butter ~ suhu bilik
3/4 cawan gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telur ~ suhu bilik (saiz B)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Cara-carannya:
Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170 deg C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray.

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warn aputih.
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.
Masukkan esen vanila.
Kemudian slowkan mixer paling perlahan sekali.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu.  Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan.
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup.
Buat hingga semua adunan habis.

*Untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau piping bag.

Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek.
Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Kalau ikut resepi Azlita untuk butter cream.... guna golder syrup... since mori tiada golden syrup dalam stock... mori buat butter cream cara mori biasa buat. 

Cara membuat Butter Cream
250 gm krimwell
50 gm butter
(Dipukul sehingga kembang dan putih)

Masukkan gula icing 50 gm dan di pukul lagi.
Masukkan susu pekat manis 125 gm dan di pukul lagi sehingga kembang dan putih.
Masukkan esen rose untuk perasa.


Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau.
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian.
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong.
Kemudian susukan permukaan kek untuk membentuk rama-rama.


Petang nie bole aar jamu kawan kawan kat round table..hehehehe

2 comments:

  1. tima kasih...cik cek... kita nie baru nak bermula...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...