Pages

Saturday, 16 November 2013

Ikan Kaci Masak 3 rasa

Assalamualaikum .......

Yeaaaaaa...... cuti sekolah dah bermula... musim holiday..... bole gie bercuti.....tentu ramai dah buat planning untuk gie holiday kan... kemudian ada musim jemputan majlis perkahwinan di sana sini ....... menderu deru jemputan yang di terima...... musim berkhatan bagi yang mempunyai anak lelaki... hehehehe.... banyak betul musimnyer bila tiba hujung tahun.... tak lupa juga musim banjir bila tiba hujan yang turun tanpa henti....... tapi bagi mori ada satu yang seronoknyer... bila tiba musim cuti sekolah......jalanraya lengang sedikit.....  tak perlu la nak keluar awal sangat ke tempat kerja......hehehehe.. happynyer.... 

Hari ni mori nak syer resepi ikan kaci masak 3 rasa.  Sebenarnyer ikan kaci ni hasil husben gi mancing. Salah seekor ikan yang dia dapat tu...ikan kaci... Biasanya mori akan masak kari dengan ikan ni sebab isi nyer lembut dan sedap bila di masak kari. Tapi kali ni mori cuba masak 3 rasa..... selalu masak ikan siakap...tapi kali cuba dengan ikan kaci.....pergghhh memang maveles..... walaupun kulitnyer nampak cam garing tapi isi nyer tetap lembut.... Sedap bila di makan dengan nasi panas2... heehehe.. resepinyer mudah..seperti masak 3 rasa yang biasa kita buat. Mori salinkan disini juga yer.... 


Resepi Ikan Kaci 3 Rasa

Bahan bahannya
1 Ekor ikan kaci yang telah dibersihkan.
Gaulkan bersama garam dan sedikit kunyit.

Bahan2 untuk menumis
3 biji bawang putih di cincang halus.
1 bij bawang besar di potong baji
2 sudu cili kisar
1 batang serai dititik
1 inci halia di hiris halus
1/2 biji karot di potong mancis
10 biji cili api di belah dua
1 biji tomato di dadu atau di belah 6
1 potong nenas di potong kecil (mori  x masukkan sebab dah bnyk sgt bahanyer)
Cili Sos ThaI
Garam secukup rasa
Sedikit sos ikan
Gula jika suka. (Mori x letak)
1 cawan air

Cara carannya
1.   Gorengkan ikan kaci tadi sehingga masak dan ketepikan. 
2.   Tinggalkan sedikit minyak menggoreng ikan tadi Untuk menumis.
3.   Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
4.   Masukan sedikit cili kisar dan masak sehinga wangi. 
5.   Masukkan serai, halia, bawang besar dan gaul sebati. Masukkan sos cili thai ikut banyak mana yang kita mahukan dan juga secawan air. Biarkan mendidih sebentar.
6.  Masukan karot, cili api, tomato dan daun limau purut. 
7.   Masukan garam, sos ikan dan gula jika suka. Gaul rata dan bila telah sempurna masak matikan api. 
8.   Tuangkan bahan menumis tadi ke atas ikan dan sedia untuk di hidang. 
Taburkan daun sup jika suka. 

Sekian dulu dari

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...