Pages

Friday 6 January 2012

Trip ke Melaka dengan mak

Trip ni memang khas untuk bawa mak pergi berjalan jalan.  Masa meneman kan mak kat hospital, mori pujuk mak, kalau dah sihat selepas operation kita pergi jalan jalan ke Melaka.


Alhamdullilah...selepas operation, mak dah sihat untuk berjalan, mori terus ajak pergi Melaka.  Search internet cari chalet yang dekat dengan pantai.  Nasib kami baik dapat chalet Rumah Kayu dari Deruan Ombak, Pengkalan Balak  berdepan dengan pantai.  Bila sampai ke chalet, mak tersenyum.  Tempat ni la yang dia suka.









Esok nya selepas check out, kami bawa mak pergi ke Bandar Hilir, naik bot cruise kat sungai.  Rasanya mak penat masa berjalan kaki dari parking kereta ke kaunter cruise.  Tapi kami dah dapat peluang parking kereta, terpaksa la tempuh juga jalan kaki ke kaunter cruise. 




Sesudah naik bot kami ambil peluang minum cendol berdepan ngan bangunan merah Famosa.  Mak oder cendol pulut.  Semacam lepas geram aje tengok mak minum cendol... sebab mak oder lagi satu mangkuk cendol kacang pulak.  Mungkin mak haus kot.  Mori oder cendol aiskrim...pergghh sedap betul.  Selepas kenyang apa lagi... dh tak larat nak kemana mana lagi.. kami teruskan perjalanan.  Ingat kan nak ke Muar menikmati asam pedas tapi tukar plan kita orang ke Umbai Ikan Bakar.



Kami bawa mak makan kat Umbai Ikan Bakar Parameswara.  Pertama kali kami makan ikan Tamok ni.  Rasa sedap.  Ikan Tamok tu besar sangat jadi kami minta tolong masakkan asam pedas separuh dan bakar separuh.


Tapi yang mak teringin sangat nak makan ialah ikan masin tenggiri yang di goreng dengan cili.  Lauk ni yang membuka selera mak.  Kita turut kan aje la... favourite lauk mori jugak..hehehehehe.


Selesai semua, kami pulang kerumah.  Mak kata seronok berjalan ... puas hati dia.  Alhamdullilah.  Cepat sembuh ye mak.  Doa ku untuk mak agar di panjang kan umur dan di beri kesihatan yang baik.  Amin

3 comments:

  1. pergi melaka.....
    x datang jumpa ain pun kan...
    pengkalan tu memang dah dekat dengan uitm melaka...
    x sampai 1 km pun......
    weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. Sowy la ain. Igat kan jauh tmt lain. Klu tau bole ain join sama yer.

    ReplyDelete
  3. Sowy la ain. Igat kan jauh tmt lain. Klu tau bole ain join sama yer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...