Assalamualaikum semua...
Resepi yang kali nie mori nak syer... mori dapat dari menonton tv di rancangan astro di food chanel. Cuma mori tak ingat nama chef yang memasak. Memula tu cuma menunggu nak waktu berbuka puasa... sambil tu tukar tukar chanel.... ternampak chef nie tengah masak... ralit pulak dok tengok dia memasak dan salah satu kesukaan mori menonton rancangan memasak nie...ialah barang2 dapur yang di guna kan.. cantik2 belaka. Biasalah kan orang perempuan... suka yang cantik2...itu mori la yer...hehehe..
Esok hari nya... sebelum balik rumah dari kerja, singgah dulu kat kedai mencari bahan2 untuk buat spageti butter lemon prawn. Senang dan ringkas aje resepinya....
Resepi Spageti Butter Lemon Prawn
Bahan-bahannya
Spageti halus yang di rebus sehingga lembut.
(Masukkan sesudu kecil minyak masak semasa merebus spageti. Bila air dah mendidih kacau kacau spageti supaya bila di tos nanti spageti tidak melekat. Bila spageti dah lembut, toskan sehingga kering airnya.)
20 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit dan di belah dua)
5 biji bawang putih di ketuk dan dicincang halus
3 sudu butter
1 biji lemon di parut sedikit kulitnya
1/2 biji (dari 1 biji lemon di atas) di ambil jusnya.
Segenggam daun sup
Sedikit garam
Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan butter dan biarkan panas.
Tumiskan bawang putih tadi sehingga wangi.
Masukkan pula udang dan tumis sehingga udang masak. (Sekejap aje... sebab udang dah di belah2)
Masukkan pula lemon parut ke dalam frying pan.
Kemudian masukkan pula spageti yang telah di toskan kering tadi.
Kacau rata. Masukkan jus lemon tadi dan gaul rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan juga daun sup dan gaul rata.
Mati kan api dan sedia untuk di hidang.
Selamat mencuba....
Sekian dulu dari