Sunday, 26 February 2012
Sunday, 19 February 2012
Cupcakes Orange Sunkis
Cuaca hari ni....mendung aje.... sama mendungnya dalam hati ini ....rindu kan sesangat seseorang yang baru pergi meyahut ilahi. Sayu, sedih. Cuba juga untuk kuat kan semangat...tabah kan perasaan... tapi sekali sekala mencurah juga air mata ini.
Hari ini memang sibuk ..... banyak perkara harus di selesaikan. Tapi hati ini teringin nak buat sesuatu.. teringinkan sangat nak buat kek oren. Ni favourite kek arwah mak. Mak suka betul kek oren. Sejak tau mak kena kanser, mori tak buat kan mak kek lagi....dalam kek ada susu, ada telur, ada gula yang banyak. In our mind set....all this ingredients adalah makanan untuk cancer. Kami adik beradik nak mak cepat sembuh.... kami telah cuba sedaya upaya untuk mak kembali sihat dan lawan penyakit ini. Tapiiiii......
Terkilan mori tak dapat buat mak kek ini. Kini sampai bila bila pun mori takkan dapat buat kan kek oren untuk mak lagi.
Cupcakes Orange Sunkis.
Bahan-bahannya:
160 gm butter
200 gm gula castor
3 butir telur gred A
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
170 ml susu segar
1 sudu kecil sunquick perisa oren
1 sudu kecil esen ros
parutan kulit oren sunkis
Cara-caranya:
1. Tepung gandum, baking powder dan garam di ayak.
2. Butter dan gula di pukul hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan esen ros dan sunquick dan pukul lagi.
5. Selang seli masukkan tepung dan susu segar. Mula kan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung juga.
6. Masukkan adunan ke dalam paper cups. Taburkan parutan oren sunkis ke atas adunan tadi.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 min atau sehingga masak.

Tuesday, 14 February 2012
Sambal Tumis Ikan Bilis Mak
Terkenang kan waktu dulu di alam persekolahan. Yang pasti bila pulang kerumah tengahari mori akan lihat mak berada di dapur sedang memasak. Dan masakan yang menjadi fav anaknya sambal tumis ikan bilis. Sungguh sedaaaapppp bila di makan dengan nasi panas panas. Dulu dulu nak mencari ikan bilis yang sudah di kopek memang payah. Jadi mak beli yang belum di kopek... kami lah adik beradik akan mengopek ikan bilis. Rindu sungguh masakkan mak ketika ini. Apa kan daya...Allah s.w.t lebih menyangi mak.
Kalau masak sambal tumis ikan bilis bukannya sedikit ...mau satu pinggan bujur yang besar tu. Habis kami adik beradik kerja kan. Itu belum lagi best fren kita si zaharah datang makan bersama. Ingat lagi..sewaktu kami bersimpuh di lantai dapur..masih dengan pakaian sekolah....makan bersama sama ....kini semua itu tinggal kenangan.
Tak bole jadi ni.. dari melayan perasaan... baik mori masak sambal tumis ikan bilis..... terubat sikit rindu ni. Cam mana mak masak rasa sedapppp yer.. "emmm ....."
Seingat dulu la... bawang besar, belacan di tumbuk dalam batu lesung sehingga lumat. Tapi kan .. ada satu bahan lagi yang mak masukkan. Mak suka sangat guna buah keras. Rasanya mak masukkan buah keras dalam lesung dan tumbuk bersama bawang tadi.
Tapi mori x larat nak tumbuk...masukkan aje dalam blender...dan tekan suis. Dah siap.
Pastu tumis bahan yang di tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan cili kering yang telah di blend halus dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan sedikit air asam, masukkkan garam dan gula.
Bila sambal dah cukup masak, tutup api dan biar kan sejuk.
Baru masukkan ikan bilis yang telah di goreng garing. Kalau masukkan ikan bilis awal2 lagi semasa sambal masih panas...nanti ikan bilis rasa lemau sikit tidak berapa garing.
Siap... tapi tetap x sama cam mak buat.
Rindu sesangat........

Thursday, 2 February 2012
Coretan hati yang pilu.
Sekadar coretan....
Pulang nya ibu ku ke rahmahtullah pada hari Selasa pukul 2.05 minit pagi di sambut dengan curahan air mata. Berderai air mata kami adik beradik melihat mak yang telah pergi. Rasanya terlalu awal mak pergi meninggal kami semua. Ku lihat adik adik menangis terlalu sedih. Cucu cucu juga menangis melihat nenek nya yang telah tiada. maaakkkk!! maakkk!!!! itu yang mampu ku sebut. Sememangnya kita harus redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Dia yang lebih menyangi ibu kami. Ajal dan maut, telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Tapi kasih sayang kami pada mak yang telah bersusah payah membesar kan kami adik beradik takkan kami lupakan. Pada abah hanya mampu kusebut... "Abah mak dah tak de" sambil bercucuran air mata mengalir... Abah memang cool.. dia cuma mengangkat tangan nya suruh tenang. Tapi dalam hati nya hanya dia yang tau. Al Fatihah untuk ibu yang kami sayangi...

Tiba jenazah arwah mak di rumah, kami semua menunggu dengan setia. Surah Yassin kami bacakan tanpa henti. Urusan pengembumian mak di uruskan oleh menantu menantu mak. Sewaktu memandikan arwah mak.... kami adik beradik yang menguruskan...kami semua tak mau tertinggal dalam menguruskan arwah mak. Sewaktu menyiram kan air ke tubuh mak...kami adik beradik mengambil giliran setiap sorang... Tiada siapa yang tertinggal belakang. Air muka mak tenang, jernih, tersenyum bersih seperti orang yang gembira melihat anak anaknya. Ketika mencurah kan air kemuka, kelihatan mak katup kan bibirnya rapat rapat..."ina ina tengok bibir mak ina...dia tutup bibirnya rapat... seperti mak masih hidup lagi..supaya air tak masuk ke dalam mulut".
Ketika siap segalanya berangkat ke tanah pekuburan, semua adik beradik menitiskan air mata sekali lagi. Sedih dan sayu. Giliran man dan boy menjalan kan tugas sebagai anak lelaki. Ini lah kali terakhir kami akan melihat mak. Dengan siapa lagi kami nak mengadu. Dengan siapa lagi kami nak mencurah kasih sayang. Dengan siapa lagi kami nak berbual. Hanya mak yang mengerti dan faham akan setiap sorang anak anak nya. Hanya mak sorang yang tau perangai anak anaknya yang sebelas orang ini.
Hari ini hari yang ke tiga mak telah pergi. Dan hari ini hari lahir mak 2hb Februari. Biasanya mori dan adik beradik akan wish mak happy besday ... dan kami adik beradik akan menyambut hari lahir mak bersama sama...tapi kali ini semua itu dah tiada. Sewaktu di katil hospital, lora pesan kat mak..."cepat sihat mak.. boleh balik..takkan kita nak celebrate besday mak kat sini". Terkedu mori melihat mak ngeleng kepala aje.. katanya "mak tak mau celebrate besday". Rupanya apa yang mak katakan itu benar. Cuma ada pusara yang menantikan kedatangan kami.
Dugaan ni terasa besar buat kami sekeluarga.
Ya Allah ya tuhan kami...kau cucuri rahmat ke atas roh ibu kami....kau letak la dia dalam orang orang yang beriman... kau sayangi la dia seperti dia menyangi kami semua. Amin amin ya rabbul alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)