Pages

Wednesday, 24 October 2012

Ketam Goreng Sambal

Ketam....memang favourite my daughter Adda...Setiap kali abah nya bawa gie makan seafood... sure dia nak makan ketam sambal.  Adda bole layan makan ketam beberapa ekor.  Mori pulak cukup malas makan ketam... hehehe..malas nak mencari isi dalam ketam tu.....
Daripada layan asik gie makan kat seafood restoran untuk makan ketam....mori cuba aar nak masak ketam sambal sama cam kat restoran tu...hehehe.. tak cuba..tak tau kan.. ... 1st try.... rasa nya tak serupa ....2nd try pun sama gak.... tapi kali ketiga... mori tambah bahan lain......Adda n husben kata...rasanya serupa cam kat restoran...... akhirnya success...
Jom layan resepi nya... memang sedap... ingredients pun tak banyak...
Resepi Ketam Goreng Sambal

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam di potong 2 dan di bersihkan.

2 genggam cili kering di rebus dan toskan.
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 ekor udang kering (di rendam dan toskan)
1 biji telur putih
Garam secukup rasa
2 sudu makan gula

Cara-carannya:
Mori tak de food processor ... jadi mori guna cara lama...guna food processor lesung batu hehehe..
Tumbuk cili kering sehingga hancur dan lumat.
Masukkan bawang putih, dan tumbuk lagi.
Masukkan udang kering dan tumbuk sehingga hancur.
Akhir baru masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga hancur.
Kalau masuk awal2 bawang besar...berair la pulak..merecik kat mata.
Mori tak guna blender...sebab kalau nak blend cili tu..kena tambah air sikit.  Mori nak bahan2 tu kering.

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau wangi.
Masukkan garam secukup rasa dan juga gula.  Gaul rata.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Sambal tu kering...jadi perlahan kan api supaya tak hangit.
Untuk cepat kan masak ketam tu..mori tutup kuali dengan penutup.
Sekejap2 mori buka penutup dan gaul rata... sehingga ketam bertukar warna dan masak.
Ketepi kan ketam keliling kuali.
Masukkan telur putih dan biarkan seketika.
Kemudian gaul rata dengan ketam.
Bila ketam dah masak sempurna. Matikan api dan bole di hidang.
Taburkan daun bawang.
Sambal tu kena kering kering... dan terasa manis sedikit.  Ada terasa garing garing cili nya tapi bukan hangit ler...hehehe.. cuba tengok dalam gambar tu..sambal nya ada warna warna hitam..bila kita letak gula... sambal menjadi lebih gelap.... manis manis pedas....

1 comment:

  1. Terima kasih sis. Saya dah cuba resipi ni. Mmg sedap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...