Pages

Friday 22 March 2013

Mihun Goreng Tomyam


Mori memang peminat tegar mihun goreng atau mihun sup.  Especially jika ada cili potong halus halus dan di letak kicap cair di samping mihun goreng.   Pergghh memang mau kecur air liur.   Dengan mihun sup pulak ada cili kisar halus di ganding kan bersama.... memang mau bertambah.  Dinner semalam, mori buatkan mihun goreng ala tomyam..... rasanya yang masam masam manis macam tomyam, ada rasa pedas pedas gitu di hujung deria... terbuka selera.  Rasanya 2 kali dalam minggu nie mori repeat menu yang sama... kihkihkih... kali nie sempat snap picture... yang pertama kali tu... sempat ngap jer...hehehe..  Mori dah cuba jugak goreng mi ala tomyam dan rasanya maveles.  Mihun goreng nie di goreng ala basah basah sedikit gitu.
The best. 


Resepi Mihun Goreng Tomyam

Bahan-bahannya:
1 paket mihun di rendam sehingga lembut dan di toskan

Bahan ditumbuk
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji bawang kecil 
15 helai cili kering di rendam sehingga kembang dan di toskan
Sedikit belacan
(tumbuk kesemua bahan di atas sehingga hancur)

Bahan Sos
2 sudu sos cili
1 sudu sos cili thai
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan
1 kiub tomyam Knorr
1 cawan air

Bahan sampingan
1 genggam isi ayam
1 genggam udang basah
1 genggam sotong
1 biji tomato di potong kecil
1 biji lobak di hiris halus

Daun limau purut di hiris kasar
Garam secukup rasa.

Cara-carannya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Bila minyak telah panas, tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
Masukkan bahan sos, air dan gaul rata kesemua bahan.
Bila dah mendidih, masukkan pula isi ayam, udang basah, sotong, tomato dan juga lobak.
Gaul kesemua bahan dan biarkan mendidih.  Kalau agak kering, tambah kan lagi secawan air.
Bila bahan dah cukup masak, masukkan daun limau purut dan juga garam.
Akhir sekali masukkan mihun dan gaul rata kesemua bahan sehingga rata.
Biarkan mihun agak agak lembab.  Akhir sekali taburkan daun sup daun bawang dan juga limau nipis.



5 comments:

  1. nikee pun dah masak banyak kali bihun ni....sedapkan buat minum petang mori

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la nikee... bole di pelbagai kan..hehehe

      Delete
  2. sedapnya tgk bihun kak mori ni..
    anytime may boleh mkn.. breakfast boleh. lunch boleh.. mkn mlm pun boleh.. hehe..

    ReplyDelete
  3. kak,kita punya mihun tom yam terperap lama dalam folder, tak tersiar2 N3 nya..hehe.sedapkan bila mihun goreng diperisakan tomyam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...