Pages

Monday, 11 March 2013

Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Habang


Resepi nie mori buat masa hari Ahad semalam....cuma hari nie baru dapat post kan dalam blog.  Terimakasih pada CT delima kongsi kat resepi nie...memang maveles... especially Ayam Habang.  Bila Adda kata..."mama mama...ayam nie masak apa"
Mama nya jawab..."ayam masak merah...(karang kalau kata ayam masak habang... tak paham pulakkan)"
Adda kata .... "Sedap la mama...."
Ok la tu..hehehe.. pada mori... cara masakan nie cam ayam masak merah yang biasa mori buat...cuma lain versi... ada extra bahan lain.. hehehe... 
Pada mori...elok juga ada beberapa versi cara masakan nie... jadi kita tak jemu dengan satu rasa aje... Alang2 dah bukak resepi Ayam Habang nie kat laptop... mori layan sekali masak nasi hujan panas padan kan dengan lauk ayam.  Mudah nya sekarang..mencari resepi di alam maya di hujung jari kita....hehehe... Maveles...


Resepi Ayam Masak Habang
(Ayam Masak Sambal Merah)
Sumber dari Dari Dapur CT

Bahan-bahan:

1 ekor ayam di potong 12
1/2 biji jus lemon
1 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak

Bahan Kisar Halus:
1 inci halia segar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

3/4 cawan cili kisar
1 sudu besar gula merah
1 inci belacan bakar - larut dengan sedikit air asam jawa
1 sudu besar kicap manis

Kacang pis - hiasan (optional ~ mori tak letak)

Cara-cara:
1.   Bersihkan ayam, lumur dengan sedikit jus lemon dan perap 15 minit.  Bilas, toskan airnya dan ketepikan.
2.   Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, daun limau purut, bahan kisar halus dan kacau sehingga wangi.
3.   Masukkan cili kisar serta bahan-bahan yang lain dan gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
4.   Masukkan ayam gaul rata sehingga bersatu dengan rempah dan perlahankan api.  Bila ayam berubah warna, masukkan air dan gaul rata.  Masak sehingga kuah pekat sedikit, perasakan dengan garam dan bolehlah di angkat dan taburkan dengan kacang pis.  Hidangkan.


Resepi Nasi Hujan Panas
Sumber dari Dari Dapur CT

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - di mayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia di mayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga - ketuk sedikit
2 helai daun pandan di simpul

Perwarna hijau, kuning dan merah.

Daun ketumbar di racik halus untuk hiasan.

Cara-cara:
1.   Basuh beras sehingga bersih, rendam selama 15-20 minit, toskan beras.
2.   Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker.
3.   Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bersama bawang besar, bawang putih, halia yang di mayang halus bersama daun  pandan dan goreng sehingga berbau wangi.  Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4.   Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau rata.  Matikan api dan angkat.
5.   Masukkan air dan susu cair kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
6.   Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna.
7.   Tunggu sehingga nasi betul betul masak dan gemburkan dengan garfu sebelum di hidangkan.


6 comments:

  1. salam Mori
    akak belum pernah try masak ni kena try jugak ni nampak sedap sngat ayam dan nasi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try jugak satu hari nanti kak noor...hehehe...

      Delete
  2. salam kak ayam masak habang ni mmg sedap..kita punya resepi ni dah berbulan2 duk dalam folder, tak terbuat2 N3nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp kan... ayam masak habang nie...

      Delete
  3. Assalamualaikum..wahhh sedapnya set ni...Len kali nak cuba jugalah resipi ayam ni....Masuk list dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam ..... jgn x cuba yer... maveles...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...