Pages

Sunday 20 November 2011

Nasi Halia dan Dalca Daging Ketetel

Hari ni plan mengejut, nak gie KL ..beli stock barang untuk kios mori di Central Mart.  Biasanya plan awal awal, tapi kali ni check stok , present wrappers, wedding cards, teddies out of stock.  Sekarang musim cuti sekolah, so ramai la buat kenduri kawin.  Item item seperti wrapping papers, wishing cards cepat abis stock. So kena gie KL ni ..... tak mau kios nampak lapang je.  After bekfast, siap siap... ajak hubby n adda terus kami gie KL ...beli barang.

Jalan pon clear, beli barang pon x sampai sejam, sbb dah plan apa yang nk di beli. Plan nak balik rumah terus, tapi tau je la hubby ni ada aje melencong ke tempat lain.  Terpaksa la jugak layan kehendak dia.. ikut je la mana dia nak pegi.

Sampai rumah dah kol 3.30, dok pikir apa nk masak untuk lunch ni.  Check tenet, search nk masak menu apa tapi x jumpa yang rasa teringin nk buat.  Smlm gie dinner anjuran tempat kerja suami, doang serve Nasi Halia, pagi tadi dh kena Mihun Goreng Halia, so apa salah nya lunch  masak Nasi Halia, rasa cam tak puas makan semalam tu..

Agaknya kelam kabut search tenet cari resepi Nasi Halia, tak jumpa.  Aaarrr!!!!... buat sendiri la..janji sedapp... apalagi ke dapur la.. sinsing lengan mula kan acara memasak.


Nasi Halia

Bahan-bahannya:
3 pot beras basmathi di basuh dan di rendam
2 inci halia, 1 biji bawang besar dan 10 ulas bawang putih di blend.
Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga.
Secawan susu cair
Sebatang serai
2 Helai Daun Pandan
1tsp serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Tumis bahan yang di blend bersama kayu manis dan bunga lawang sehingga garing
Masukkan serai.
Masukkan beras yang telah di tos.  Gaul rata.
Masukkan susu cair dan air secukupnya
Masukkan daun pandan dan garam secukup rasa.
Masukkan buah pelaga.
Alihkan ke dalam periuk rice cooker.
Sekali sekala gaul nasi supaya tidak berkerak.

Nasi Halia ni Mori makan dengan dalca daging ketetel.  Tapi tak banyak bahan yang dapat mori masukkan dalam dalca.  Apa yang ada dalam peti ais itu la yang mori guna.  Dah lama sungguh tak masak menu dalca ni.  Lauk ni favourite husband.  Tapi tak pe la.. .So check it out, my simple Dalca Daging Ketetel..hehehe. 


Dalca Daging Ketetel

Daging Ketetel di bersihkan di tos
2 biji ubi kentang di potong 4
Lobak di potong memanjang seinci.  (ni mori tak letak sbb tak de dlm peti ais...hhehehe)
Tomato di potong 4  ( ni pon sama... tak letak)
Terung di potong 4  ( ni pon sama.. tak letak)
Bawang besar, bawang putih dan halia di blend.
Rempah kari daging di perap bersama daging ketetel dan bahan2 yang di blend.

Bahan untuk menumis.
Bawang besar, bawang putih dan halia di hiris.
Kayu Manis, Bunga Lawang

Cara-cara
Tumis bahan yang di hiris sehingga naik bau.
Masukkan daging ketetel yang di perap tadi.  Tumis sehingga rempah naik bau wangi dan pecah minyak.
Masukkan air agak agak daging tenggelam dan masak sehingga empok.
Bila daging dh empok, masukkan ubi kentang, lobak dan tomato dan masak sehingga lembut.
Masukkan garam secukup rasa.

Mori tak guna santan. Pada sesapa nk letak santan pon bole... no problem.
Mori tak letak kacang dal sbb nk cepat sebab dh petang......hubby dh nak makan, jadi klu nk letak kacang dal semasa sayur dh empok..tapi kacang dal tu harus di rebus dulu sehingga lembut.  Banyak bahan lain yang bole di letak seperti kacang panjang, terung dan pelbagi lagi.

Sedia untuk di hidang.  Vaaala

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...