Pages

Wednesday 2 November 2011

Butter Cake Oren

Butter Cake Oren ni specially made for my mum.   Ni buat jumaat lepas...tapi baru hari ni nak N3.  Mak memang suka butter kek oren.  Kalau buat kek biasa, mak kurang nak makan, but kalau buat kan kek oren, memang favorite dia.  Dapat tau mak tak sihat hari jumaat, hari sabtu tu mori, husband n anak akan gi Family Day anjuran tempat kerja suami di Janda Baik.  Husband cadang kan kita singgah KL tengok mak, apa lagi terus selongkar kabinet cari bahan bahan.  So ni la hasil nya.


Resepi Butter Cake

Bahan-bahannya:
250 gm Butter- (Anchor Salted Butter)
200 gm Gula Castor
4 biji Telur  – (Telur Gred A)
1 sudu the Esen Vanilla
210 gm Tepung Naik Sendiri
4 table spoon Susu Segar – (Susu kotak Ducth Lady)
Sebiji limau sunkist diparut kulitnya

Cara-caranya:

1.   Pukul 1 & 2 sampai kembang & sampai putih
2.   Masuk Telur sebiji demi sebiji & pukul
3.   Masukkan esen vanilla dan sedikit air limau sunkist
4.   Masukkan tepung sikit sikit sampai rata berselang seli dengan susu.
5.   Masukkan dalam loyang yang telah di langser dengan marjerin.   
6.   Taburkan parutan kulit limau di atas adunan.
7.   Bakar 45 min.
6.   Cucuk kek dengan lidi halus untuk pastikan kek telah sempurna bakar.  

Sedia untuk di hidang. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...