Pages

Thursday 10 November 2011

Puding Agar Kastard

Resepi untuk puding agar kastard dapat dari kawan depan rumah Puan Azizah.  Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.  Puding ni dah banyak kali buat, senang dan ringkas.



Resepi Puding Agar Kastard

Bahan-bahan:
1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus)
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam

Cara-caranya:
Rebus agar-agar hingga hancur.
Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
Masukkan secawan tepung kastard dan kacau.
Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.
Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang.  Coret kan dengan lidi.
Sejukkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...