Pages

Wednesday 27 February 2013

Fried Fish with Tamarind Sauce



Resepi nie mori dapat goggle kat Thaitable.com.   Memang geram tengok ikan kerapu yang di masak menggunakan resepi nie.   Tapi kita boleh la pelbagai jenis2 ikan, dan mori masak dengan ikan kembung.  Sebab itu yang ada dalam fridge mori...hehehehe... Kalau nak tengok resepi sebenar, bole pergi ke link nya.. Thaitable.com.   Mori dah olah sikit bahan2 nya...tapi caranya tetap sama.  Rasanya cam masam manis... sedap... especially kalau orang yang demam2 nie...memang maveles... sebab pembuka selera.  Dan yang pasti resepi nie paling cepat di masak.  Bahan2 tak banyak yang di perlukan...simple dan cepat.


Resepi Fried Fish with Tamanrind Sauce
Source: Thaitable.com

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan di goreng garing
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 sudu makan sos ikan
2 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan asam jawa (tamarind paste) (di gaul dengan secawan air)
1 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit garam
Daun limau purut di hiris

Cara-carannya:
1.   Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
2.   Cincang bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili api sehingga halus
3.   Panaskan frying pan dan tumis kan bahan yang di cincang sehingga wangi.
4.  Setelah wani masukkan air asam jawa.
5.   Masukkan juga sos ikan, gula dan gaul rata.  Biarkan ianya mendidih. 
6.   Kalau kuah menjadi pekat tambah kan sedikit air, kalau kurang masam tambah kan lagi air asam jawa.
7.   Perasa kan, jika kurang masin, tambah kan sedikit garam, klaua dan manis sedikit tambah kan gula sedikit lagi.
8.   Kuah biarlah manis, pedas dan masam.
9.   Tuang kan kuah ke atas ikan dan taburkan daun limau purut.

8 comments:

  1. salam kenal kak mori..
    amboi.. xtahan tgk ikan tu.. sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal may... thxs... pembuka selera gak tu...hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. thxs marsita... kita masak pon kecur gak..hehehe

      Delete
  3. hai mori salam perkenalan..sy nikee dr laman dapur helen..bila free jenguklah blog kita..sedao nampak ikan tu berselimut macam2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nikee.. thxs for following saya... nnt saya jengok blog nikee..

      Delete
  4. alahai mori mmg sedap nie..sumpah kecurr:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak zila... dh kecur.. kena buat ni....hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...