Pages

Sunday, 17 February 2013

Red Velvet Cake with Strawberry Sponge Cake

Tak sangka pulak ramai yang mori kenal celebrate besday this month.  Happy Besday to you all....to my sister Laura, celebrating besday nya 14th Feb, adik lelaki mori Jeffrey yang akan menyambut besday nya pada 22nd Feb, dan hari lahir yang paling di tunggu...bulan February ... 2nd Feb yang lepas... iaitu hari lahir arwah mak mori.   Cuma kali nie... kami menyambut nya dengan bersedekah Al fatihah untuk arwah.  Semuga arwah mak di tempatkan dalam golongan yang beriman dan golongan hamba Nya yang kesyurga.  
Untuk kawan kawan mori,  Asmehan atau lebih di kenali sebagai Angah, Annuar, Hasnah dan juga anak pada Azizah, Elfez dan juga Humayraa.... yang menyambut besday pada hari nie...Happy besday to you all ..

 Emmmm napa pulak mori buat kek nie...bila orang lain sambut besday...hehehehe... tu soalan yang mori sendiri tak reti nak jawab.... atau sememangnya...bila En abang gie memancing..balik lewat malam....mori tak leh duduk diam.  Mori punggah dalam peti ais... dan start membaking... hahahha.. Memang mengambil masa nak buat kek nie...memula mori kena prepare dulu kek RVC... kemudian baru mori baked sponge cake.  Memandang resepi adunan nya sedikit...mori guna loyang 7" jer..  Mori bakar kan malam tadi kek RVC dan Sponge Cake ni.  Pagi tadi baru mori buat kan cream cheese frosting dan juga strawberry sryrup.  

Resepi for Red Velvet Cake
Source: RIMA

Bahan-bahannya:
1 1/4 cawa tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan coco powder
1 sudu makan pewarna merah
1/4 cawan unsalted butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh perisa vanila extract.
1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan sudu dutch lady dan 1/2 sudu makan apple vinegar ~ di biarkan 10 minit)
1/2 sudu teh apple vinegar
1/2 sudu teh baking powder

Cara-carannya:
1.   Panaskan oven ke 175 degrees celcius.
2.   Ayak kan tepung, baking powder dan garam.  Ketepikan.
3.   Dalam satu bekas kecil, campurkan coco powder dan pewarna merah dengan sesudu air dan jadi kan pes.
4.   Menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga ringan dan gebu.  Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.  Masukkan pula vanila extract dan pes coco powder, pukul sehingga sebati.
5.   Masukkan tepung dan buttermilk secara bersilih ganti.  Bermula dengan tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan berakhir dengan tepung. .
6.   Di dalam bekas kecil campurkan apple vinegar, baking soda dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.  Gaul rata menggunakan spatula.
7.   Masukkan adunan ke dalam loyang 7" yang telah di gris dan di lapikkan dengan baking powder.
Bakar selama lebih kurang 30 minit.
8.   Bila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
9.   Bila kek telah sejuk bahagi kan kepada 2 bahagian.


Resepi for Strawberry Sponge Cake
Source:  Alex Goh Baking Codes

Bahan-bahannya:
4 biji telur kuning
16 gram gula kastor
1/2 sudu teh vanila essence dan juga pewarna merah
100 gram tepung kek
50 gram minyak jagung

4 biji telur puith
100 gram gula kastor

Cara-carannya:
1.   Pukul kuning telur dan gula sehingga ringan dan gebu.  Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
2.   Di dalam bekas lain bukul telur putih sehingga bertanduk dan kemudian masuk kan gula dan pukul lagi sehingga adunan kental.
3.   Dengan perlahan, kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati.
4.   Perlahan lahan masukkan tepung ke dalam adunan dengan menggunakan spatula gaul adunan sehingga sebati.
5.   Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
6.   Masukkan adunan ke dalam loyang 7" dan bakar di dalam suhu 180 degrees C selama 30 minutes.
7.   Keluar kan kek bila telah masak dan sejukkan.
8.   Bila kek telah sejuk bahagi kan kepada dua bahagian.


Resepi untuk filling strawberry syrup.

Panaskan jem strawberry bersama 1/ cawan air di dalam periuk di atas api yang kecil.
Bila dah mendidih, masukkan hirisan strawberry dan kacau dan matikan api.
Alihkan dari periuk dan masukkan dalam bekas yang lain.  Biarkan sejuk sebentar.

Resepi untuk Cream Cheese Frosting
Bahan-bahannya:
250 gram cream cheese (Philadelphia)
100 gram butter
1 sudu teh perisa lemon
180 gram gula kastor
300 gram whipping cream non diary

Cara-carannya:
1.   Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan gebu dan bertukar warna keputihan.
2.  Tambah kan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga adunan sebati.
3.   Masukkan perisa lemon dan pukul lagi.
4.   Di dalam bekas yang lain pukul whippng cream sehingga gebu dan kental (soft peak)
5.   Kemudian satu kan adunan whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi menggunak kaedah kaup balik.
6.   Bole la mulakan layerkan pada kek.

Cara cara untuk melapis kek.

1.   Sedia kan pelapik kek.
2.  Sedia kan jus lemon di bancuh bersama sedikit air.
3.   Letakkan selapis kek RVC di atas pelapik kek.
4.   Sapukan sedikit bancuhan jus lemon ke atas kek.
5.   Sapukan cream ke atas kek seingga rata.
6.  Lapikkan kek strawberry sponge ke atas cream.  Sebelum tu sapu dulu dengan jus lemon baru letak atas krim.
7.  Sapukan cream ke atas kek sponge sehingga rata.
8.   Susunkan kepingan strawberry di atas krim.
9.   Lapikkan lagi sekeping kek RVC ke atas cream tadi.  Pastikan sapu dulu dengan jus lemon seblum melapis.  Sapukan cream ke atas kek dan susun kat kepingan strawberry atas cream.
10.  Ulang proses di atas dengan kek sponge yang terakhir pula.
11.  Sapukan cream cheese sekeliling ke dan boleh la menghias mengikut kreativi.
12.   Sejukkan sebelum di hidang.


10 comments:

  1. mmg buat adda terliur tgk RVC nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mabeles..resepi nie...hehehe

      Delete
  2. Ahai...canteknya... k.gee pon buat rvc juga tp tak pandai deko2 pon...cuma lapis dengan cheese saje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka mendeco..kekadang fail juga...heeehehehe..oooppsss!!!!! ..

      Delete
  3. Mori.....utk akak jg ye he he february kan anniversary hihiikk
    cantiklah gabungan rvc dan kek sponge tu bersama strawberyy sedap nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a yer....hehehe.. included skali..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...