Ketika mori post kan entri kali nie... tekak terasa sakit, seperti perit, badan seperti tak sedap, mata terasa pedih cam nak demam. Petang tadi tak lah seteruk macam nie... sempat gak balik kerja tadi singgah kedai untuk beli bahan2 untuk buat mee kari. Mee kari ringkas.... itu yang pastinya... bagi mori yang baru balik kerja... memang semua kerja nak buat pantas dan cepat. Tekak tu tetiba teringin nak makan mee kari...tu yang sanggup terjah juga ke kedai mencari bahan. Yang bestnya....anak mori suka kan pulak mee kari kali nie .... sempat dia cakap sedap lah mama... berbunga hati mama nya dapat pujian....bila anak mori kata sedapppp... tu pujian yang ikhlas dari nya.... kalau tak sedap... jangan harap dia akan cakap apa2... dia akan diam jer makan... slow jer menyuap ker mulut.... kita pulak akan rasa kesian... sebab masakan kita bukan selera dia....
Jom layan tengok resepi nya kat bawah nie.... sememang seringkas abis... sekejap jer dah siap.
Resepi Mee Kari
Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
4 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1/2 paket fishball di belah dua
1 biji telur
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih dihiris nipis
3 biji bawang merah kecil dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan cili kisar
(satukan serbuk kari, cili kisar bersama bahan yang dikisar tadi)
Cara-caranya:
1. Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2. Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari dan cili kisar tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya. Biarkan mendidih.
5. Masukkan isi ayam biarkan seketika. Masukkan tahu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata.
Biarkan ianya mendidih seketika.
6. Pecah kan sebiji telur ke dalam kuah. Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar.
7. Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8. Masukkan sayur sawi dan juga garam secukup rasa. Perasakan.
9. Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus
Kalau ada sambal tumis, gandingkan sekali dengan mee kari memang maveles.... perahkan asam limau, ke dalam kuah... pergghhh memang tak hingat bila makan..... hehehe
Chow dulu... mata dah tak larat nak bukak.... mungkin selsema yang masih belum baik lagi nie...buatkan rasa seperti nak demam. Nak blogwalking ke dapur kekawan pun tak larat nie... sempat gak jeling2 tengok resepi resepi yang maveles.... geram tak dapat tenung lama sikit...tak larat sungguh..
Tadaaa...
ringkas2 pun nampak mengancam tu mori..
ReplyDeleteakak pun suka masak yg ringkas2 & mudah2..
nasib baik baru je mkn mee kari last weekend masa besday anak spupu2... kalau idak mesti teringin banget! hehe..
Tu la kan Madiha... Bila dh balik kerja.. Nk masak yang senang dan ringkas kann..
Deletepuan mori sedap nampak mee ni hehehe!tapi takleh makan selalu kan nanti gemokk...
ReplyDeleteBetul tu puan nikee..... Hehehe
ReplyDeleteSedap npak mee kari, Mori.
ReplyDeleteasben sy peminatnya tp sy kurang sikit
Ada ramai br blh buat ni
tengah cari resipi.. nak buat mlm nie.. terima kasih kak..
ReplyDeleteSaya student oversea teringin nak mkn mee kari. Nk try lah jap lgi hihi
ReplyDeleteSaya mohon share resepi yer. Tq dear! www.arifahraedahhealthcare.com
ReplyDeleteMakanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
ReplyDeletetapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe
Jemput ke blog saya
http://norzuryati.blogspot.com
~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..
Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..
Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
ReplyDeletetapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe
Jemput ke blog saya
http://norzuryati.blogspot.com
~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..
Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..
Salam
ReplyDeleteCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
ReplyDeletePuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570