Pages

Friday 13 July 2012

Kenduri Tahlil

Alhamdullilah... bulan Ramadhan kembali datang.  Ni lah kemuncak nya di antara segala bulan.  Seperti biasa tahun yang dulu... husband akan buatkan majlis tahlil untuk arwah ibu bapanya sebelum Ramadhan.  Tapi kali nama arwah mak akan di sebut bersama sama dengan nama arwah kedua ibubapa mertua.  Sebelum nie tak terlintas di benak fikiran yang kami akan buatkan tahlil untuk mak.  Pada kami ... mak akan sentiasa bersama sama kami selamanya tapi rupanya mak pergi meninggal kan kami kembali ke rahmatullah. 

Al Fatihah 
 untuk ibu ku...Normah Bt Mohd Shaari,
Ibu Mertua, Chik bt Mat Akib dan Zainab bt Mohamad,
Bapa mertua, Hamzah bin Ariffin dan Jaafar bin Mohamad.
semuga roh mereka di cucuri rahmatmu Ya Allah. Amin.
(husben dibesarkan oleh Chik dan Hamzah..
manakala Zainab dan Jaafar ada lah ibu bapa kandung nya yang asal dari Singapore).

Majlis tahlil kali nie kami buat kat surau yang baru di bina.  Masih belum betul betul siap.  Tapi penduduk sekitar dah pun mula bersolat di surau baru nie yang bernama Surau Al Mamuriah.  Yang menariknya surau nie terletak betul betul di sudut persimpangan antara 4 fasa perumahan. 

Mori sediakan sedikit jamuan untuk majlis tahlil kali nie.  Simple aje.  Kawan yang suggest kan buat kan Nasi Lemak aje .....  Husband pun suka.  Adik beradik pun ok...setuju.  Dengan bantuan husband, Adda dan Ipa (maid mori) untuk menyediakan bahan bahan untuk di masak.  Adik mori yang datang kemudian tolong pack kan makanan untuk di bahagi kepada mereka yang berada di surau. Thanks Lora, Sal dan Juan. Dan juga kawan kawan jiran yang begitu sporting sekali turut sama menolong.  Ila yang tukang pack kan cili..hehehe.. sporting gilos... Yati yang berbadan 2.. dan anak nya yang turut nak tolong...hehehe timacih la yer.  Ada juga jiran yang dtg..nak tolong tapi tak sempat jumpa mori... kebetulan mori kuar sekejap mencari bekas tapau yang tak cukup..... apa pun timacih la kat korang semua.      
Packing nie adik mori nya keje... letak daun pisang lagi tu..hehehehe.. bila dh hampir waktu magrib.. kelam kabut juga nak settle kan dulu yang perlu di hantar ke surau.
Mori sediakan dadih yang di pack dlm bekas comel nie.... Yang tolong menyusun kan nie... keja si Adda.  Cermat dia buat keje... tolong lap kan yang mana tertumpah.  Timacih la cik adda ...muaachh..
Karipap nie mori oder dari kawan... tapi orang lain tolong bayarkan ...emmm timacih la pada Yan kerana bersusah payah tolong buat kan...dan timacih pada Azli kerana bayarkan.  Rezeki jangan di tolak kan..hehehe...
Buah Melaka ni lak datang dari rumah yati.  Rajin pulak cik kak nie menguli kuih nie.  Memang terkejut tengok dia bawa.  Saje buat surprise katanya.  Mori pack kan sekali buah melaka nie.. dan sedekah kan kat jiran jiran bersama ngan Nasi Lemak. 
Tapi yang terkilan rasa.... makanan yang di hantar ke surau...rupanya x cukup.  Memang tak di jangka.  Padahal kita orang dh pack lebih.  Rupanya x cukup jugak.  Husban kata ramai betul yang datang.  Aduhh malu pun ada gak.  Lain kali kena berhati hati...kena buat lebih atau buat kat rumah aje.... ramai jiran2 yang bertanya kenapa x buat kat rumah.  Doang teringat kan kerabu ikan bilis yang mori jamu kan pada kenduri yang lepas.  Mori ngan husben pon tak tau cam mana bole terdetik nak buat kat surau.  Mungkin sbb surau baru.  Lebih selesa.  Tapi yang seronok nya... anak2 jiran semua menunggu masuk waktu isyak.  Berduyun duyun kayuh basikal nak ke surau.  Gamat betul. 
Alhamdullilah semuanya selesai dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...