Pages

Monday 6 May 2013

Marble Butter Kek


Rasanya kehangatan PRU sudah beransur reda sedikit setelah di ketahui keputusannya.  Mori juga telah menjalankan kewajipan sebagai salah seorang pengundi.  Mori yang pergi mengundi lewat petang, laju jer jalan masuk ke tempat mengundi tanpa perlu beratur atau menunggu.  Kebetulan hujan yang baru reda, cuaca sejuk sedikit... . tak sampai 5 minit sudah selesai.  En abang yang bersemangat untuk mengundi,  awal pagi dah pergi ke tempat mengundi... tapi tak sampai lima minit kemudian...tengok dia ada kat depan rumah... katanya ramai sangat orang...... hehehe.. akhirnya selepas solat zuhor barulah dia pergi semula.  Tempat mengundi dan rumah kami berdekatan tak sampai 5 minit berjalan kaki.  


Dalam kesibukkan sempat juga mori bakar kek sebiji untuk minum petang.  Kali nie kek laju jer habis.....biasanya mau juga 2 hari atau lebih, barulah kek habis.  Bila di potong, tengok corak marble kat kek tu... pergghh suka nya... hehehhe.. cam corak batik.  Dan kek terasa kegebuan nya.  Alhamdullilah.  sedap di makan.  Mori memang sukakan kek butter.  Lebih lebih lagi kalau di parutkan kulit limau di atasnya.  Bertambah wangi dan sedap rasa kek.  Rasanya mori dah beberapa kali tayang kek butter....  tapi apa pun...mori salin lagi kat sini... Jom layan resepinya yang mudah... 


Resepi Marble Butter Cake

Bahan-bahannya:
250 gm Butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
210 gm tepung naik sendiri
4 table spoon susu segar
2 sudu makan serbuk koko

Cara-carannya:
1.   Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang dan sampai keputihan.
2.   Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang. 
Tips: Masukkan sebiji telur dan pukul agak2 seminit baru masuk lagi telur dan seterusnya.
3.   Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.  Perlahan kan kelajuan mixer.
4.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli kan dengan susu segar.
Tips:  Masukkan tepung kemudian pukul adunan, masukkan susu pukul lagi adunan, kemudian ulang masukkan tepung, susu dan akhir sekali tepung.  Perlahan kan kelajuan mixer.  Elakkan pukul terlampau lama.
5.   Bahagian adunan kepada 2 bahagian.
6.   Masukkan serbuk koko ke dalam satu bahagian adunan dan pukul sebentar dengan mixer.
7.   Selang seli kan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dengan sedikit marjerin dan di lapik dengan kertas pembakar.  Mori mulakan dengan adunan tanpa serbuk koko kemudian baru lah adunan yang ada serbuk koko dan seterusnya.
9.   Bakar pada suhu 180 degrees selama 45 minit atau sehingga kek telah masak apabila di cucuk dengan lidi di tengah2 kek.
10.  Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.



8 comments:

  1. Zila lama dh teragk nk wat marble asik kluar msuk butter jew..enth bila nk rajin ne..he hee

    ReplyDelete
  2. kek mcm ni feberet suami madihaa.... dia suka mkn kek tanpa icing.. nak plak hidang masa suam2 tu.. mmg laju je dia mkn.. tp bila dah sejuk mulalah dia buat2 tak nampak.. kekeke...

    ReplyDelete
  3. dah lama kita tak buat kek butter kak...rindu juga nak mmbaking, tunggu masa sesuai

    ReplyDelete
  4. assalam Mori
    alhamdulillah dah selesai kan he heee akak jg lega sb blh tumpukan ada anak2 pula dah x payah hadir perjumpaan2 bagai he hee
    yeesss pg memang berderet2 seawal jam 7 pg semangat betul kan kali ni kawasan akak bertugas pagi2 dah beratur panjang sampai x menang tangan penattt sungguh sampai 12 mlm baru selesai tugas blh blk terus pengsann ha haa
    apapun legaaaa

    kek ni pun kegemaran family akak jg , sedappp makan ptg2 lg bestkan layan yg baru masak tu he hee

    ReplyDelete
  5. Salam..kenapa sukatan tpg disini 210g dalam blog Mori yg sebelah tu 250g dan 5 biji telur bukan 4 biji telur..mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Ikut yg mana suka... Insya Allah menjadi...

      Delete
  6. Salam perkenalan...
    Hi sis...saya telah cuba resepi kek ni bulat2 tp gagal..
    Mmg frust gilerrr... :(
    Maaf saya bertanya dlm resepi di atas sis lupa type bahan tepung gandum ke???

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas resepi. sy dah cuba..sangat sedap. tp sy dah olah sedikit..
    http://diariibuwafiq.blogspot.com/2015/01/kek-marble-lembut-dan-gebu.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...