Pages

Sunday 6 January 2013

Nasi Komok Khai Mok Ghai

Lunch kami hari nie... Nasi Komok atau Khai Mok Ghai.... resepi yang mori dapat dari dapur Azian.  Memula tu pelik gak dengan nama nasi nie...hehehe... tapi bila dah buntu tak tau nak masak apa .... mori terus salin resepi.  Alhamdullilah... yummyyy betull... memang sedapp... selepas makan tadi...mori google lagi Nasi Komok nie..rupanya ramai dah buat ...hehehe..mori jer yang ketinggalan.... at least mori dah cuba kan.  Husben kata sedaapp.. si Adda pun kata sedap... especially the chicken.... 
Pada Azian... terimakasih yer sharing the recipes.... 

  
Untuk rempah komak tu... mori tak der yang dah siap jual.. ..mori buat sendiri ikut resepi yang di beri olah Azian.

Rempah Komok
Sumber dari Azian

2 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula

(Gaulkan kesemua bahan-bahan ni dengan sedikit air untuk dijadikan pes)



Nasi Komok
Sumber Azian

Bahan-bahannya:
5 cawan beras basmathi di cuci dan di rendam sebentar
1 ekor ayam di potong 4 di bersih kan.

4 sudu minyak sapi

4-5 ulas bawang merah ~ di hiris nipis
1 inci halia ~ di hiris nipis
4 ulas bawang putih ~ di hiris nipis

3 akar daun ketumbar
2-3 sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam di belah 4 dan di bersihkan
8 cawan air
Garam secukup rasa

Rempah penumis ~
1 batang kulit kayu manis,
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih, 

Cara-cara memasak
1.   Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang di hiris dengan minyak sapi sehingga naik bau wangi.
2.   Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus.
3.   Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
4.   Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
5.   Bila ayam hampir masak, angkat ayam dan toskan.
6.   Kemudian lumurkan ayam dengan garam dan kunyit.  (Mori lumurkan juga baki rempah komok)
7.   Perap sekejap, kemudian goreng ayam sehingga garing.
8.   Asingkan 1 cawan air rebusan ayam tadi untuk sos cili.

Untuk masak Nasi Komok
1.   Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk berisi beras.
2.   Masukkan juga susu cair dan juga garam secukup rasa.
3.   Tanak nasi sehingga masak sempurna.


Tapi mori tak buat Sos Cili Nasi Komok sebab mori kehabisan daun ketumbar.  Jadi mori gantikan dengan sambal belacan nasi penyet.  

Sambal Belacan Nasi Penyet
Sumber dari Mori Kitchen

Bahan-bahannya
6 batang cili merah di patah patah kan
10 biji cili api di patah kan juga.
1/2 inci belacan
10 biji baby tomato.
1 biji bawang besar di hiris kasar.

Cara-carannya:
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
Masukkan cili merah dan juga cili api.
Kacau sebentar.  Kemudian masukkan bawang dan juga tomato.  Gaul rata.
Kemudian masukkan belacan.  Bila dah agak2 layu bahan2 matikan api.
Kisar kesemua bahan2 ni bersama jus limau nipis atau limau kasturi dan juga sedikit air.
Masukkan juga sedikit garam dan juga sedikit gula secukup rasa.
Kisar agak2 halus.  Perasa kan.  Jika kurang masin manis dan masam...tambah la mana yang perlu.
Sedap juga di makan dengan Nasi Komok dan juga Ayam Goreng.

**************************************************************
Mori salin kan juga resepi Sos Cili Nasi Komok untuk rujukan.

Sos Cili Nasi Komok


 Bahan untuk Sos Cili
1 cawan air rebusan ayam.
6 biji cili merah *
2 ulas bawang putih *
4 tangkai daun ketumbar *
Gula, garam dan cuka secukup rasa

Cara-caranya
1.   Kisar ke semua bahan bertanda *.
2.   Masak sehingga kuah agak pekat.
3.   Perasakan ia dengan garam, gula (jika ada guna gula nisan dari thai) dan cuka (guna limau nipis pon bole) secukup rasa.
4.   Hidang kan bersama Nasi Komok dan Ayam Goreng tadi.

~ Jika suka lebihkan daun ketumbar.  Kisar sekali batang dan daunnya.  Tambahkan cili padi untuk lebih rasa pedas.  Sos enak jika terasa pedasnya.  Renih perlahan sehingga agak pekat.



Mori terlupa nak amik gambar sup untuk Nasi Komok.  Lebihan air rebusan sup tadi, di tambahkan 1 sudu kiub pati ayam, sedikit garam secukup rasa.  Bole la di hidang kan bersama Nasi Komok.  

6 comments:

  1. Tq Gee.. alhamdullilah...memang sedapp...

    ReplyDelete
  2. waduhhh myelerakan...dh lama resepi ni tsemat dhati tp spi ksudah xtbuat2..hehe..leh try mgu ni kot...kot ehhh..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedapp QH... bole repeat buat lagi resepi nie... ayam tu gaul sikit ngan rempahh komok pun sedapp....heheheh

      Delete
  3. mori zila pun sama nie..resepi terperap x kesempatan lgi..adoii tgok kt sini alahaiii kecur tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mori tunggu zila buat...hehehe.. nk tengok gambar... sure cantek2..hehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...