Pages

Wednesday 6 June 2012

Ikan Kukus

Resepi nie mori dapat dari dapur Diana - Sky Blue Kitchen,  mori dah cuba semalam... dan rasanya memang sedap.  Timacih pada Diana kerana kongsi kan resepi.  Tapi semalam puas mori mencari ikan belanak tak jumpa. Mori pernah makan ikan belanak semasa gie bercuti dengan mak ke Melaka.  On the way balik kami singgah makan asam pedas..dan ikan yang kami pilih tu..ikan belanak.  Rasanya memang sedap.  Sampai sekarang masih teringat kesedapan ikan tu..hehehe..

Mori beli ikan siakap aje.. isi siakap nie klu di kukus memang lembut dan sedap juga.  Husben pun puji sedap.  Pada Diana..izin kan mori letakkan resepi ni di blog mori untuk rujukan yer... Mori dah banyak mencuba resepi dari dapur Diana...memang ternyata sedap.  Terimakasih sekali lagi.

Resepi Ikan Kukus
Dari Dapur Sky Blue Kitchen - Diana

Bahan-bahan
2 ekor ikan bersaiz antara 2 - 21/2 jengkal di bersihkan dan di kelar. (Mori guna ikan siakap yang sederhana besar)
2 inci halia yang di hiris nipis
Garam

Bahan-bahan A (Kisar menggunakan food processor)
5 ulas bawang merah
8 ulang bawang putih
4 inci halia (mori guna 2 inci aje)
4 biji cili merah (mori suka pedas...mori guna 5 biji)

Bahan-bahan B
2 tbsp sos pedas berkicap AgroMas (mori gantikan dengan kicap manis 2 sudu besar)
1 tbsp kicap cair Loon Kee
3 tbsp sos cili Thai Kimball
4 tbsp jus lemon
2 tsp perencah pati ayam Tumix (mori guna Knorr)
sedikit gula (mori skip yang ini)
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1.  Lumurkan ikan dengan garam
2.  Kemudian susun 4 batang chopsticks di atas pinggan yang sesuai.
3.  Susun hirisan halia dan letakkan ikan tadi di atasnya.
4.  Kukus ikan selama 7 minit menggunakan api kuat.
5.  Keluarkan chopsticks dari pinggan tersebut dan ketepikan.
6.  Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang lain dan tumis bahan-bahan A sehingga sedikit garing.
7.  Masukkan bahan2 B (kecuali jus lemon) dan gaul rata.  Masak sehingga pecah minyak.
8.  Tutup api dan tuangkan di atas ikan tadi.
9.  Curahkan jus lemon di atasnya.
10. Kukus ikan sehingga masak.

Sedia untuk di hidang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...