Pages

Tuesday, 13 May 2014

Daging Goreng Halia

Assalamualaikum.... 

Hari nie public holiday....tapi kami tak kemana2 ......kalau ada pun keluar sekejap bekfast pagi tadi kat tempat lain.  Ada sebuah gerai makan dekat dengan kampung budiman arah jalan ke Meru Klang.  Berdekatan dengan tepi jalan....asalnya cuma sebuah gerai kecil ala ala kampung style.  Tapi kini telah berkembang dan menyediakan macam2 juadah sarapan pagi.  Kalau kesana, mori suka kan pesan bihun soto nya...memang maveles.  Yang best.... dorang tak kedekut dengan kuah supnya....memang sedap.  Anak dan husben mori suka lotong ngan kuah lodeh nya.  Mungkin kami sampai lambat sikit...jadi kuah lodeh nya dah tinggal hujung2 aje...kurang kick .... tapi sebelum nie...memang sedap kuahnya.  Apa pun owner nya baik2 belaka.  Senyum sentiasa.  
Balik dari bekfast...terus singgah kedai...beli bahan2 untuk prepare kan lunch...alang2 dah keluar terus beli barang untuk memasak tengahari. Mori masakkan daging goreng halia untuk santapan tengahari.  Daging yang mori masak nie ialah daging rusa.  Boleh juga masak dengan daging lembu atau daging kambing.  Hari nie..mori terlebih rajin... setiap step memasak mori snap gambar...hehehehe... sebab kali nie... mori masak awal sikit... jadi tak berkejar dengan masa... boleh la layan amik gambar.

1.    Sediakan bahan-bahannya seperti gambar di atas.  Bawang besar, Bawang putih, Cili merah, Cili Api, Halia, Serai, Tomato dan Daging anggaran 500 gram di hiris nipis...oppss gambar tomato tak de dalam gambar di atas.... terlupa nak join kan sekali tomato dalam bahan2 di atas.

2.   Hiriskan Bawang besar, bawang kecil, halia di hiris seperti batang mancis dan serai di titik.  Ketepikan

3.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.  Tumiskan bahan yang di hiris tadi sehingga wangi.

4.   Bila bahan2 yang di tumis tadi berbau wangi harum, masukkan daging hirisan nipis tadi ke dalam kuali dan gaul rata dengan semua bahan tadi. Masakkan daging seketika sehingga bertukar warna.

5.   Sementara menunggu daging masak, hiriskan cili merah, cili api dan juga tomato yang dipotong baji.

6.   Bila daging agak2 separuh empuk, masukkan cili dan tomato.  Gaul rata kesemua bahan.

7.   Tutup kan kuali sebentar.  


8.   Bila daging nampak telah garing dan bertukar warna keperangan, masukkan sos tiram secukupnya.  Kemudian masukkan juga serbuk lada hitam ke dalam kuali.  Gaul kan rata kesemua bahan.


 9.   Tutupkan semula kuali dan biarkan masak sebentar.  Agak2 lebih kurang 2 minit.  Daging akan kelihatan berwarna gelap.  Bahan2 yang di tumis tadi akan turut berwarna gelap dan sedikit garing....tapi rasanya tidak hangit.  Kemudian bukan penutup.  Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Wallaaaaa..dah siap pun... 
Cuba la resepi nie.... tak cuba tak tau mcam mana rasanya kan..... Insya Allah sedap


Sekian dulu dari

Monday, 21 April 2014

Masak Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum semua..

Ada masa terluang sedikit... dapat la mengapdet blog.  Jarang2 sekarang mori dapat apdet. memang siyes bzz... kerja kat ofis dah bertambah banyak... tak terkejar yang mana satu nak buat.  Bila balik ke rumah....rasa nak rilek aje..malas nak pikir2.  Bila tengok tv... kekadang tv tengok kita.  Husben selalu bising..... asik tv tengok dia...hehehe  

Petang tadi cuaca mendung dan hujan...lebat, siap petir lagi...Aarrgghh!!! lega rasa nya bila hujan kerap turun.....Semuga catuan air nie berakhir.  Tak larat dah dok tadah air.  Walaupun ada masa tu... catuan air di longgar kan sedikit.  Tak de lah terkejar kejar nak membasuh pakaian, memasak...dan sebagainya. 


Menu yang mori share nie lauk semalam yang mori masak untuk lunch.   Sebenarnya ada lauk lain yang mori masak... tapi semua nya lauk yang kering tak berkuah.  Rasa tak sedap hati pulak...kalau tak berkuah....nanti husben mori akan bersuara.....lauk tak berkuah hari nie... kureng skit.....hehehe...   Jadi sebelum dia bersuara.....Mori belek2 dalam freezer.. jumpa balance ikan patin yang tak habis masak hari tu.  Ikan patin nie pon jiran mori yang kasi. Nak masak banyak2 nanti tak habis...tu yang masak sikit2 je... yang makan ikan nie cuma mori ngan husben jer..  Resepi nyer mori belajar dari kawan2... senang aje gitu.  Mori buat pedas pedas ...biar hangat..hehehe.. memang sedap bila rasa pedas pedas...ada masam2 tempoyak... pekat gitu...berulang kali cedok kuah ke nasi...hehehe.. diet tolak tepi masa tu.  Jom layan resepi nya.  Ringkas aje.  Mungkin tak sama cam orang Pahang buat...tapi janji seiras iras nyer ada kan....hehehehe

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahannya:
Ikan patin yang telah di bersihkan

1 genggam cili api secukup rasa pedasnya (lagi pedas lagi sedap)
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
3 sudu makan tempoyak
Daun kesum secukup nya
1 biji tomato di belah 4
Asam keping (optional)

Cara-carannya:
1.   Tumbuk cili api dengan kunyit hidup sehingga hancur.
2.  Masukkan tempoyak dan tumbuk bersama(agak2 sebati)
3.  Masukkan bahan tadi ke dalam periuk bersama 2 cawan air dan biarkan mendidih.
4.  Masukkan ikan, tomato dan biarkan masak sebentar.  Lebih kurang 3 atau 4 minit. Kalau kuah agak pekat...tambah kan sedikit air lagi.  Jangan terlalu cair sangat....nanti tak sedap.
5.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan taburkan daun kesum ke dalam kuah dan biarkan mendidih sebentar saja.  Matikan api.  


Sekian dulu dari

Sunday, 6 April 2014

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum..... Salah satu menu hari nie....masak lemak telur itik.  Dah lama mori tak buat lauk nie.  Kebetulan rabu lepas mori singgah pasar malam sebelum balik rumah.  Tenampak ada macik yang meniaga sayur sayur ulam....ada menjual telur itik sekali.  Tetiba rasa teringin nak buat masak lemak telur itik.  Mori beli 5 biji.  Cukup la untuk kami berempat dalam rumah.  Hari nie baru la dapat mori memasak.  Jumaat lepas mori ke Pangkor selama 2 hari kerana ikut acara Team Building event yang company buat. Balik dari sana dah petang sangat... nak cecah ke magrib.  Tengahari tadi lah baru mori dapat memasak telur itik.  Makan dengan ikan masin terubuk dari Sabah.  pergghhh ... memang menyelerakan. Cara mori masak nie...ikut mama in law mori ajar... dia suka letak bawang dalam masak lemak nya.  Mori pon dah terikut ikut caranya bila dah duduk serumah dengan mama in law.  Kalau ikut cara mak mori...memang kami tak letak bawang....lain orang lain la caranya kan.... ikut kesesuaian selera memasing.


Resepi nie memang simple... ringkas... karang kalau letak macam macam dalam masak lemak... tapi tak makan pun rugi juga kan .  Jadi mori ikut selera yang simple.  Ikut kan hati nak letak belimbing buloh... tapi famili mori tak makan belimbing buloh dalam masakan.  Jadi mori buatkan sesimple mungkin.  Jom layan...

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya:
5 biji telur itik
1 genggam cili api
2 biji bawang kecil
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
1 biji tomato di belah 4

Santan Pekat secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
Tumbuk cili api dan bawang kecil sehingga lumat.
Masukkan bahan yang di tumbuk, serai dan asam keping kedalam periuk bersama 2 cawan air.  Biarkan mendidih sebentar.
Pecahkan satu persatu telur itik dan masukkan perlahan lahan ke dalam periuk.
Masukkan juga tomato.
Tuangkan santan dan biarkan ianya mendidih.
Bila dah agak keras sedikit....kacau sebentar.
Tutup kan periuk dan biarkan mendidih sebentar lagi.
Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
Matikan api.  Sedia untuk dihidang.


Sunday, 30 March 2014

Asam Pedas Ikan Mayong, Begedil Burger Daging dan Sambal Kuinin

 Assalamualaikum

Fuuhhhhh!!!.. Berpeluh gak tengahari tadi mori mengejar masa untuk memasak   Balik aje dari pasar terus sinsing lengan prepared kan lunch untuk hari ni..... mengejar kan air paip yang masih keluar.   Selesai aje masak untuk tengahari... air paip semakin kecil..... Alhamdullilah ...sempat selesai kan tugas memasak.
Menu hari nie..... asam pedas kepala ikan mayong.... isi nya dah selamat buat lauk sebelum nie... tinggal bahagian kepala nya yang masih berbaki dalam freezer.   Mori saingkan dengan begedil burger daging, sambal kuinin dan juga sayur kailan goreng sos tiram


Ikan mayong nie rupanya lebih kurang dengan ikan duri...memang sedap kalau di masak asam pedas.  Isi nya kalau di goreng dan dimasak cuka ...memang maveles.... tak sempat lak nak tayang di sini resepinya.... dah habis makan.....hehehehe... 
Resepi masak asam pedas seperti biasa mori masak.... simple dan ringkas.

Asam Pedas Ikan Mayong

Bahan-bahannya:
Ikan mayong atau ikan lain yang telah di bersihkan

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
sedikit garam
(Kisar kesemua bahan sehingga hancur)

3 senduk cili kisar
2 biji tomato di belah 4
10 biji sayur bendir
2 batang serai yang telah di titik.

Garam secukup rasa
Serbuk Lada hitam
1 sudu makan asam jawa di gaul bersama 3 cawan air
2 tangkai daun kesum.

Cara-carannya
Panaskan kuali atau periuk dan masukkan minyak masak.
Tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga terbit bau wangi.  
Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga masak sempurna. 
Setelah masak sempurna masukkan air asam jawa dan gaul rata.
Setelah mendidih masukkan bendir, ikan mayong tadi bersama tomato.
Masakkan sehingga semua sempurna.
Masukkan juga daun kesum.
Masukkan garam secukup rasa dan juga sediki lada hitam.
Setelah mendiih.... matikan dan sedia untuk di hidang.


Begedil daging ni... anak mori yang menyiapkan... Mori cuma bagi tunjuk ajar jer... dia yang siap kan kesemuanya.  Seronok dia...bila abah nya cakap sedap begedil yang dia masak.... tersengih panjang.  
Begedil ni mori guna daging burger dengan kentang rebus aje...reesepi yang simple... cepat dan ringkas

Begedil Burger Daging

Bahan-bahannya:
4 biji ketang di rebus sehingga lembut
4 keping burger daging di cincang lumat
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
Lada sulah
Lada hitam

Cara-carannya:
Kentang yang telah direbus sehingga lembut di toskan airnya.  
Lenyek kentang tadi sehingga hancur.  Masukkan burger daging yang telah di cincang lumat dan gaul rata.
Masukkan bawang goreng, garam dan cukup lada sudah dan lada hitam. 
Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
Kepal kepal bahan tad menjadi bulan dan seakan leper.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
Telur di pukul sehingga kembang.  Tuangkan kan ke atas begedil tadi.
Goreng kan begedil tadi sehingga agak agak keperangan.
Angkat dan toskan minyak nya.
Sedia untuk di hidang.


Sambal kuinin ni memang pembuka selera.... masa gie beli barang dapur.... terbau harum mangga kunin menusuk hidung.... terus mori capai beberapa biji.  Kalau nak beli kuinin nie kena beli lebih sikit...kekadang dapat isi nya tak beberapa cantik. 


Sekian dulu dari 

Saturday, 8 March 2014

Rendang Udang yang ringkas

Assalamualaikum semua.... 

Apa khabar semua... ?.. Lama mori tak mengapdet kan resepi di blog ..memang kekadang buzy teramat sangat.  Bila ada masa....malas pulak rasanya.  Sekarang nie cuaca terlalu panas kering.... sehinggaa perumahan mori pon turut sama terkena tempias dalam catuan air.  Bila air dah di catu.... baru terasa kepayahannya... tapi kena lah bersabar dengan krisis kekurangan air.... ada tempat lagi teruk rasanya... dengan tak der air berbulan.  Apa pun sempat gak lah mori menadah air untuk simpanan.


Hari nie mori nak syer resepi Masak Rendang Udang Harimau.  Udang nie jauh datang nye dari Tawau Sabah.  Husben mori memang seorang pemancing tegar....baru2 nie dia ngan kekawannya buat trip memancing disana.  Alhamdullilah ada lah rezeki hasil memancing yang di bawa balik.  Cuma udang nie bukanlah hasil tangkapannya.... sebelum berangkat balik dorang singgah kat pasar Tawau untuk membeli udang.  Kat sana murah sikit harga udang.  Alang alang nak pack sekali hasil tangkapan ikan.... so udang ni pun join sekali dalam packaging. Senang gitu kan.


Jom layan resepinya yang mudah.... simple... tapi rasa nya tetap maveles...manis manis gitu rasa udang yang jauh datangnya....nak masak rendang udang... tak sama cam kita masak rendang ayam atau daging.   Udang cepat masak jadi kita letak udang akhir sekali.  

Resepi Rendang Udang Harimau

Bahan-bahannya:
Udang Harimau sederhana besar
(di bersihkan dan di tos airnya)

1 biji bawang besar
10 biji bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
(Kisar ke semua bahan sehingga halus)

6 sudu cili kisar 
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit di simpul
2 helai daun limau purut
2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
1 sudu gula

Cara-carannya:
1.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit bau wangi.
2.   Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili masak sempurna
3.   Masukkan santan, kerisik dan juga daun kunyit.  Gaul rata kesemua bahan.
4.  Bila telah mendidih, masukkan udang dan daun limau purut.
5.  Masak sehingga santan menjadi kering dan pekat.
6.  Masukkan garam secukup rasa dan juga sedikit gula.
7.  Bila dah cukup kering santan nya boleh di matikan api dan di hidang.


Sunday, 19 January 2014

Lunch hari ini...dengan Ayam masak lemak cili api, Ikan masin gelama bersos ikan, Sawi masak kicap dan sambal belacan limau kasturi

Assalamualaikum.....

Singgah sekejap menjenguk dapur di alam maya... Memang  sekarang kurang menjenguk....dapur Mori's kitchen... Hehehe.. Sibuk uruskan hal2 lain... Hari ni... Mori nak syer kan menu yang mori masak siang tadi untuk lunch kami.  Pilihan hari ni... Ayam masak lemak cili api ikut kehendak anak mori.  Mori sememangnya suka masak lemak cili api.... Dan mori suka gandingkan dengan sambal belacan pedas ... Saing sekali dengan ikan masin gelama jeruk. Maveles sungguh... Berselera... Kena pulak ada nasi baru siap di tanak... Panas panas gitu... Merecik peluh... Kepedasan.. Hihihihihihi... Pilihan sayur pulak... Sawi batang putih masak kicap bersos tiram... Dah lama tak masak sawi batang putih ni... Sekali sekala sedap gak... Bukan favourite vege... Tapi bila di masak kicap bersama sos tiram....dan di renjis sedikit sos ikan.... Dan berencahkan sebiji telur ayam.. Rasanya... Sedap.... 
Ayam Masak Lemak Cili Api

Kali ni mori letak bahan2 lain dalam resepi masak lemak ni.... Biasanya cuma cili api dan kunyit hidup.. Kali ni... Mori ikut cara yang kakak ipar mori ajar masa kenduri tahlil dulu..

Bahan bahannya
Isi ayam yang telah di bersihkan
3 biji ubi kentang di kupas kulit dan di belah 4

5 biji bawang kecil
1 inci kunyit hidup
Segenggam cili api ikut kepedasan yang kita suka
(Kisar kan bawang, kunyit hidup dan cili api).

2 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai di ketuk
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara caranya
1. Bahan yang di kisar tadi di masukkan dalam periuk atau kuali bersama isi ayam dan juga ubi kentang tadi.  Biarkan mendidih sehingga agak2 kering.  Cara kita nak tau cili tu dan sempurna masak bila bau cili tu sudah tidak menyengat sangat di hidung. 
2. Masukkan air, santan, batang serai dan daun kunyit. Masak sehingga ayam sempurna masak dan kentang empuk. Rajin2 mengacau kuah supaya tidak terlampau mendidih supaya kuah tidak pecah minyak.
3. Masukkan tomato dan kacau sebentar sehingga tomato lembut. Akhir sekali masuk garam secukup rasa.
Siap dah... 

Ikan masin gelama jeruk bersos ikan.

Bahan bahannya
Beberapa ekor ikan masin jeruk gelama
5 biji cili api di ketuk
1 biji cili merah di cincang halus
1/2 biji bawang holland di hiris kasar
Sos ikan

Cara caranya.
1. Gorengkan ikan masin gelama sehingga garing.   Ketepikan. 
2. Dengan baki minyak tinggalkan sedikit dalam kuali dan tumiskan bawang holland yang di hiris kasar.
3. Masukkan beberapa biji cili api yang di ketuk. Masukkan juga cili merah.
4. Masukkan 2 sudu sos ikan dan kacau rata. 
Angkat dan tuangkan atas ikan marin gelama tadi.

Sawi batang putih di tumis kicap

Bahan bahannya
Sawi di potong mengikut size kecil
Batang sawi di hiris halus.
1 biji telur
1 keping fish cake di hiris
4 biji bawang putih di ketuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1/2 cawan air masa
Perasa Secubit rasa. 

Cara carannya
1.  Panaskan kuali dan masuk sedikit minyak masak.
2.  Tumiskan bawang putih sehingga garing dan wangi.
3.  Masukkan fish cake.
4.  Masukkan sos tiram dan juga kicap cair
5.  Masukkan sedikit air masak
6. Pecahkan sebiji telur dan kacau rata. 
7. Masukkan perasa secubit rasa.  Kacau rata. 
8.  Akhir sekali masukkan sayur dan gaul sehingga rata.
Tak perlu letak garam. Sebab kicap cair dah cukup masin.
Bila sayur dah cukup masak. Boleh di angkat dan di hidang. 

Sambal belacan dengan hirisan limau kasturi.

Rasanya semua orang tau kan buat sambal belacan...... Hehehe... Mori suka buat sambal belacan limau kasturi.... Cili nya... Mori campur sekali... Cili hidup dan cili api sekali. Mori akan perahkan jus limau kasturi ke dalam sambal yang telah ditumbuk bersama belacan bakar.  Kulit limau tadi mori akan hiris dan gaul sekali bersama sambal. Perggghhh... Memang menitik peluh... Kepedasan.. Hehehee... 


Sekian dulu dari

Wednesday, 8 January 2014

Ikan Siakap Goreng ala Thai

Assalamualaikum ..... hampir 2 minggu gak tak mengapdet... hehehe... bukan malas.. cuma sibuk sesgt.  Bila jenguk blog kita, dh bersawang.. berhabuk...huhuhu...  Dalam sibuk2 gitu... tau2 dah masuk tahun 2014.  Cepat masa berlalu... masa yang dh terlepas... memang tak dapat nak berpatah balik...bukak buku baru dan terus kan buat yang lebih baik dari sebelum ini.
Tahun ini... rasanya lagi kurang la berblogging.  Tahun ni kena lebihkan masa bersama anak... sebab tahun ni terakhir dia berada di sek men .... Insya Allah.... bermakna tahun ni.. dia akan menghadapi exam spm.  Karang klu mori leka asik berblogging... dia pon join jugak leka.... hehehe..
Tapi hari ni dapat lah mori mengapdet kan menu yang dah tersimpan lama dalam grobok ipad mori... huhuhu.. kamera mori ada prblm... so amik gmbr guna ipad jer la.   Hari ni kurang sikit kerja ofis... so bole nk layan sekejap. 
Bila hari cuti... biasanya mori akan masak someting nice untuk famili... so kali ni mori guna pak google utk mencari resepi ala thai untuk ikan siakap yang husben mori dpt dari memancing.  Mori jumpa satu resepi ni Pan Fried Fish Thai... tapi mori x berani nk ikut caranya... sebab dalam resepi tu ada sebut rasanya yang agak2 masam.  So mori olah la resepi nya untuk ikut kesesuaian tekak memasing.. hehehehe...... mori salin kan resepinya di sini... rasanya... ala2 tomyam tapi berlemak santan... maveles... mori suka.. my daughter pon suka... my maid pon suka but husben mori kata ok la... hehehe... Dia bukan pengemar masam2 ni... hehehehe... dia kari punya orang... 
Resepi Ikan Siakap Goreng ala Thai

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap yang telah di bersihkan. 

1 biji bawang holland di potong kasar
3 biji bawang putih di ketuk dan dicincang
1 biji cili benggala merah di dadu
2 batang serai di hiris halus
1 inci halia di hiris mancis
5 biji cili api di ketuk
2 sudu makan sos ikan
1 cawan santan pekat
1/2 biji jus lemon
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun ketumbar

Cara carannya
1.   Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2.   Tumis bawang putih sehingga wangi.  Masukkan bawang holland, serai, halia dan gaul rata.
3.   Masukkan santan pekat bersama sedikit air.  Agak2 banyak mana kepekatan dan kuah yang kita nak la yer. 
4.   Masukkan cili api, cili bengala, sos ikan, jus lemon, garam dan juga gula. Perasakan semua bahan cukup masam, manis dan masinnya. 
5.   Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang di kerat kasar ke dalam kuah. Biarkan mendidih.  Bila semua sudah cukup masak. Mati kan api.  Tuangkan kuah tadi ke atas ikan siakap.  Siap untuk di hidang.
Mori saing kan sekali dengan sayur brokoli with mushroom dan juga batang saderi...
Rasanya mori dah pernah post resepi sayur campur ni... very simple... mori campur isi ayam sebagai rencah. Cuma guna bawang putih dan bawang holland sebagai bahan menumis. Renjis kan sedikit sos ikan.. minyak bijan... dan juga secubit rasa sebagai pelengkap.  Bahan2 sayur yang mori masukkan... sudah tentu brokoli... mushrom.. saderi... cili bengala aneka warna.  kalau nk tambah yang lain pon bole jugak.... ikut citarasa memasing.. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...