Pages

Sunday 6 April 2014

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum..... Salah satu menu hari nie....masak lemak telur itik.  Dah lama mori tak buat lauk nie.  Kebetulan rabu lepas mori singgah pasar malam sebelum balik rumah.  Tenampak ada macik yang meniaga sayur sayur ulam....ada menjual telur itik sekali.  Tetiba rasa teringin nak buat masak lemak telur itik.  Mori beli 5 biji.  Cukup la untuk kami berempat dalam rumah.  Hari nie baru la dapat mori memasak.  Jumaat lepas mori ke Pangkor selama 2 hari kerana ikut acara Team Building event yang company buat. Balik dari sana dah petang sangat... nak cecah ke magrib.  Tengahari tadi lah baru mori dapat memasak telur itik.  Makan dengan ikan masin terubuk dari Sabah.  pergghhh ... memang menyelerakan. Cara mori masak nie...ikut mama in law mori ajar... dia suka letak bawang dalam masak lemak nya.  Mori pon dah terikut ikut caranya bila dah duduk serumah dengan mama in law.  Kalau ikut cara mak mori...memang kami tak letak bawang....lain orang lain la caranya kan.... ikut kesesuaian selera memasing.


Resepi nie memang simple... ringkas... karang kalau letak macam macam dalam masak lemak... tapi tak makan pun rugi juga kan .  Jadi mori ikut selera yang simple.  Ikut kan hati nak letak belimbing buloh... tapi famili mori tak makan belimbing buloh dalam masakan.  Jadi mori buatkan sesimple mungkin.  Jom layan...

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya:
5 biji telur itik
1 genggam cili api
2 biji bawang kecil
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
1 biji tomato di belah 4

Santan Pekat secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
Tumbuk cili api dan bawang kecil sehingga lumat.
Masukkan bahan yang di tumbuk, serai dan asam keping kedalam periuk bersama 2 cawan air.  Biarkan mendidih sebentar.
Pecahkan satu persatu telur itik dan masukkan perlahan lahan ke dalam periuk.
Masukkan juga tomato.
Tuangkan santan dan biarkan ianya mendidih.
Bila dah agak keras sedikit....kacau sebentar.
Tutup kan periuk dan biarkan mendidih sebentar lagi.
Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
Matikan api.  Sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...