Pages

Tuesday, 22 December 2015

Paprik Daging

 

Assalamualaikum.... 

Waahh 2 hari berturut mori mengapdet di sini..hehehe... mood rajin dah sampai..... tahun hadapan tak tau la cam mana.... pas nie maid mori akan balik ke kampung nya.  Ikut kan dia masih nak bekerja dengan mori lagi.  Dia tak mau balik, takut di paksa kawin dengan lelaki yang dia tak suka.  Tapi Alhamdullilah tak de la pulak dia nak melarikan  diri.  Mori pulak nak bagi tau dia yang mori tak sambung lagi permit nya punya la susah... dari sehari ke sehari mori tunggakan.. bawa ke minggu hadapan..bawa ke bulan berikutnya.... semata2 tak mau dia sedih.. menangis... memang stress mori nak bagi tau dia.  Tapi dia semcm dah tau aje... bila akhirnya mori bersuara... berkaca juga matanya... tapi cuba ditahannya. Bergelak2 kami mengusik satu sama lain supaya dia tak bersedih.  Dah 7 tahun dia bersama kami.  Sememang anak mori serasi dengan dia. 


Kita tinggal kan cerita tu dulu... jom kita tengok menu hari nie, mori nak belanja resepi daging paprik yang ringkas... heemmm manjang resepi mori yang ringkas jer yer.... hehehe... mori suka masak yang ringkas... senang nak cari bahan...dan tak rumit... 
Daging nie mori beli kat pasar tani.. sikit aje mori beli .. dalam setengah kilo.  Daging nie jenis yang lembut dan cepat masak.  Tapi mori tetap merebus nya, dah lembut baru mori masak.

Resepi Paprik Daging

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging yang di hiris nipis
5 batang kacang panjang di potong 1 inci panjang.
1/2 batang lobak di potong seperti batang mancis
Sayur bunga kobis (Mori tak letak sebab bahan tak ada dlm peti ais)
1 biji tomato di potong di belah 6
1 biji bawang holand di hiris menegak
10 biji cili api di ketuk
2 helai daun limau purut di buang alur tengahnya.
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis
5 biji bawang putih di ketuk
1 sudu makan cili kisar
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos cili 
1/2 cawan air

Cara-caranya
Daging di hiris dan di rebus sehingga lembut.   Toskan dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis kan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi.
Masukkan pulak sos cili thai dan sos cili,  air,  gaul rata.   
Jika rasa nak berkuah lagi, tambahkan lagi sedikit air.
Biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato dan bawang holand dan biar kan lembut sebentar, baru masukkan pulak sayur2an dan juga cili api
Masukkan daging tadi dan akhir sekali masukkan daun limau purut dan juga garam secukupnya.
Kacau rata ke semua bahan, dan sedia untuk di hidang.

Walaaa.. dah sedia untuk di makan. 


Sekian dan
Selamat mencuba dari saya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...