Pages

Saturday, 7 December 2013

Gubah semula bunga lama

Assalamualaikum... 

Kali nie... mori tak der menu nak di syerkan di sini.... tapi mori ada gambar2, mori mengubah bunga yang boleh di kongsikan di sini.  Mori bukannya pro dalam mengubah bunga nie...cuma sekadar seronok sendiri jer...hehehehhe... bunga di bawah nie ada sebahagiannya mori recycle dari gubahan lama yang telah berhabuk...dan membosankan.  Mori cuci balik dan gubah semula.  Ada kuntum bunga yang mori tambah sebagai penyeri lagi.

Ini lah hasilnya gubahan yang telah siap mori gubahkan.... bab2 mengubah bunga ni memang favourite mori.... Jom layan cara mori mengubah bunga yang sempoi...


Yang pertama kena la ada bunga nyer kan....kalau tak der bunga nak gubah apa pulak yer...hehehehe... mori campurkan bunga berdaun hijau dan yang berwarna coklat.  Bunga merah berdaun coklat tu adalah gubahan sebelum nie...yang telah berhabuk.  Dan rasa bosan sikit tengok gubahan tu...mori selongkar dari pasunya... dan mori basuhkan semula.  


Bahan2 seperti cutter, span, gam, dan juga pasu... mesti lah ada.


Potong span mengikut keluasan pasu dan masukkan ke dalamnya.


Sapukan gam supaya span melekat antara satu sama lain.


Kat sini mori guna sarang burung tiruan untuk menutup span di bahagian atas.


Menggunakan cutter, cerai ceraikan batang2 bunga. 


Mori mulakan dari bahangian tengah sebagai penanda.  Baru lah mori cucuk bunga seterusnya mengikut kehendak kita.  Mori tambahkan kuntuman bunga lain sebagai penyeri.   Bila perlu adjust la yang mana patut supaya kita dapat gubahan yang menarik.


Ini hampir siap....tapi belum cukup sempurna.

  
Yeaaaaa!.. dah pun siap gubahan mori.... 




Sekian dulu .... Nak bersiap pergi bercuti.....  

1 comment:

  1. Assalam
    Rajinnya
    Cantik bunga kalu rajin gubah semula kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...