Pages

Tuesday, 23 April 2013

Sotong Goreng Lada Hitam


Sebenarnya mori memang jarang makan nasi untuk dinner.  Tapi ntah kenapa....terasa lapar pulak.... teringin nak makan nasi panas panas, mungkin di sebab kan sepanjang hari di ofis mori cuma amik breakfast aje.  Jadi perut dah keluar lagu rock kapak hehehe
Rasa-rasa cam nak masak sotong, selalunya mori masak sotong bersambal,  paling ringkas ..... tapi kali ni mori masakkan sotong dengan lada hitam.  Mori campurkan sayur brokoli dan cili bengala...  Sedap pulak bila dimakan dengan nasi yang baru di masak panas2 gitu.  Memang kalau hari bekerja..... mori akan masak yang simple dan senang untuk makan malam.   Sekadar untuk mengalas perut supaya jangan lapar.   sekali sekala aje kami akan makan nasi untuk dinner .... tu pon mori pastikan makan malam sebelum magrib.  


Resepi yang sememang mudah... campak2 jer dalam kuali dah menjadi..... hehehe...  

Resepi Sotong Goreng Lada Hitam
Sumber: Kawan

Bahan-bahannya:
Sotong dibersihkan dan dibelah dua.  Kemudia potong kepada beberapa bahagian yang kecil. Toskan airnya dan biarkan sebentar.  Kemudia gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya.  Gaul rata.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya (agak sotong tenggelam bila di goreng). Gorengkan sotong lebih kurang, kalau boleh jangan di goreng terlalu lama.  Keluarkan sotong dan ketepikan.

1 pokok brokoli di potong kecil2
1/2 biji cili bengala kuning di potong 4 segi
1/2 biji cili bengala merah di potong 4 segi
1 biji bawang holland di potong 4 segi
4 batang cili api di belah dua

4 biji bawang putih di hiris
1/2 inci halia di hiris mancis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Panaskan kuali dengan lebihan minyak menggoreng sotong tadi.
Tapi jangan lah banyak sangat.... agak2 secukupnya.
Tumiskan bawang dan halia sehingga terbit bau wangi.
Masukkan sayur brokoli dan gaul sehingga separuh masak, barulah di masukkan cili benggala kuning dan merah.  Masukkan sekali bawang holland, sotong dan juga cili api.  Gaul rata kesemua bahan.
Masukkan sos tiram, minyak bijan, sos ikan dan gaul rata.  
Akhir  sekali masukkan garam secukup rasa.
Taburkan lada hitam dan sedia untuk dihidang.


5 comments:

  1. Waaa... nyum2x..!! best tu...

    ReplyDelete
  2. Menu tengahari ye mori
    emmm msbeless

    ReplyDelete
  3. Yg simple tu la wt kita brtmbah mkn nasi kan..sedapp

    ReplyDelete
  4. sedap nampak masakan mori ni..
    sy pun suka masak lauk 2 in 1 (sayur + lauk) bila waktu kerja sbb kesuntukan masa kan... tak payah nak beria2 sgt janji perut tak lapar..

    ReplyDelete
  5. Meriah tgk kaler2 dlm resepi ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...