Pages

Tuesday, 16 September 2014

Ayam Kashmir

Assalamualaikum semua... salam sejahtera... Rasa2 nya waktu waktu cam nie... tentu ramai yang sedang menjamu selera ataupun ada yang sudah makan tengahari. Mori pulak.. waktu cam nie... baru aje abis memasak....hehehe..bukan nya mori lambat atau slow memasak..cuma mori suka masak bila dah tengahari.... jadi lauk pauk terasa panas2.  Bila dah siap masak...terus aje makan. Tapi kali nie... lauk dah siap masak...tapi kena tunggu en husben.  Dia kata lom lapar lagi. huhuhuhu... 

Kali ni mori nak syer lauk Ayam Kashmir... resepi nya mori dapat dari dapur Dayang.  Rasa nya cam kari ayam sikit...tapi tetap ada rasa kelainan dan juga lebih pekat.  Lauk nie mori masak kelmarin..  Bukan menu hari nie..hehehehe.. Hari nie mori masak simple aje... Sambal Sotong dengan petai, Masak lemak kuning kubis dan ikan masin goreng bawang.  Nak syer di sini pun rasanya dah biasa biasa aje.  Jadi mori syer Ayam kashmir yang sememang nya sedappp... kalau nak di ganding kan dengan nasi yang warna warni tu...hujan panas...atau nasi beriani pun ok jugak.  Kalau nak tengok resepi nya di dapur Dayang pun boleh juga.  Tapi mori salin kan di bawah nie... supaya senang nak refer lain kali. Tak susah sangat nak memasaknya.  Simple dan ringkas.  


Resepi Ayam Kashmir

Bahan-bahannya:

1/2 kg ayam di potong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
(Mori gaul kan ayam dengan garam dan goreng 1/2 masak)


Bahan A:

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B:

3 sudu besar tomato puri (mori guna sos tomato) 
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah kari daging
2 biji tomato di potong dadu
2 biji tomato di potong baji
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong baji)



Ayam dan kentang, mori gaulkan dengan garam sahaja.  Kemudian mori goreng 1/2 masak.
Ketepikan dulu.  Baki minyak menggoreng ayam, mori gunakan untuk menumis.


Cara-carannya:

1.   Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau wangi.
2.   Satukan serbuk rempah, sos tomato dan serbuk cili di dalam mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit 
      air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi sehingga pecah minyak.  
3.   Masukkan ayam, kentang dan juga tomato dadu.  Masukkan air secukupnya.  Gaulkan dan biarkan   
      sehingga ia masak.
4.   Bila telah hampir masak, masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.  Gaul sempurna.
5.   Boleh di hidang kan.  







Sekian dulu dari 

2 comments:

  1. assalam mori lama kaknoor tak ksini nampak sedap tu semua nya terus lapar ni walaupun sudah makan

    ReplyDelete
  2. wahhh...Nampak sedap ni. Lapar dibuatnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...