Pages

Friday, 26 October 2018

Ayam Goreng Thai Sos Ikan


Hello! Hai! Assalamualaikum!

Pernah dengar Ayam Goreng Thai Sos Ikan? Untuk pengetahuan semua..Ayam goreng thai sos ikan adalah salah satu favourite aku dari dulu..dulu tak berapa dulu lah dalam beberapa tahun lepas ler jugok..

Sebelum anda semua cuba memasak, mai tatap gambau dahulu..cuba jgn telan air liur huhuhuh!


Kalau tengok dalam gambau ni kan nampak ayam seketul2 besau2 kan..dulu sebelum tercetus nya jadi begini..mak aku pakai isi ayam yg dipotong kecil tu untuk resepi ni..aku kan tak suka sangat isi ayam..aku suka kulit ayam, jadi nak jaga hati aku mungkin mak aku pun masak ler cara yang aku nak...

Maybe ada yang pernah dengar resepi ni, ada yang belum.. Kalau yang belum meh try!

Dengan menggunakan tag line mak aku... So... LETS MASAK!



Bahan-bahan untuk di tumis:


  • 1 biji bawang holand di potong baji
  • 10 biji cili api di hiris memanjang
  • 1 batang serai di ketuk.
  • 1 biji tomato di potong baji
  • Sos Ikan Thai


Bahan untuk di goreng:


  • Ayam (nak pakai isi ayam boleh/ bahagian ayam yang seketul tu pun boleh)
*Ayam di gaul garam dan kunyit.



 Cara-cara memasak:


  1. Ayam digoreng garing. Setelah goreng ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng ayam di dalam kuali. 
  3. Tumis bahan menumis sehingga wangi.
  4. Masukkan sedikit sos ikan thai anggaran 2 sudu makan. 
  5. Segera masukkan ayam telah digoreng tadi dan gaul rata. 
  6. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Senang bukan? Selalu kalau mak aku masak masakan ni, aku request sos ikan lebih..sebab aku ni kuat masin sikit..

Selamat Mencuba, Jgn lupa share kat jiran sebelah ya! Kesian dia bau tuan/puan masak sedap!

-Adda-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...