Pages

Tuesday 22 October 2013

Sup Tulang Qurban


Assalamualaikum.... 
Sibuk sangat kebelakangan ini.... lebih2 lagi bila anak sibuk menghadapi peperiksaan.  Rasanya ramai ibu2 yang ada anak menghadapi peperiksaan akan duduk sama dengan mereka dan mentelaah bersama.  Sama juga ngan mori.... walaupun anak mori belum tiba menghadapi peperiksaan besar.... tapi tetap kena teman kan bila dia studi utk exam hujung tahun.  Kekadang mori akan jadi kamus bergerak... apa yang dia tak paham... kita lah jadi translater nyer... Rasa penat usah citer ler... kekadang sambil teman.. sambil layan baca magazine.... atau pun main game... hahaha... nk usha blogwaking..  karang kena marah balik... sbb kusyuk tengok resepi orang kihkihkih... nak upload gambar masuk dalam blog pon tak sempat.... kena tunggu dia habis studi... baru bole start... tapi bila dah malam sangat.... malas pulak datang menjelma....  tu yang kekadang cam timbul tenggelam update blog.... apa pun kena redho.  Kehendak keluarga come first. 

Hari ni mori tayangkan menu yang dah lama menunggu untuk di postkan.... malam tadi sempat la upload gambar... tapi tak sempat nak bercoleteh dan menyalin resepi... so pagi ni... break time jap... mengapdetkan menu sup tulang qurban raya haji yang baru lepas. Sedap makan dengan nasi panas bersama sambal belacan perah limau bersulam kan dengan ulam. .... berkeroncong la pulak perut bila teringat sup tulang hari tu... hehehehe resepinyer mori salin disini... simple ringkas. Mori tak letak rempah sup ataupun serbuk perasa. Tapi sup ni dah cukup sedap pada kami sekeluarga... Alhamdulilah.. 

Resepi Sup Tulang.

Bahan-bahannya:
1kilo tulang daging
5 biji bawang kecil
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar dibiris kasar
Bawang goreng
Garam secukup rasa.

Cara caranya:
1.   Rebus tulang sehhingga agak2 empuk.   Semasa rebus kalau ada serdak2 diatas permukaan air rebusan, mori akan gunakan penapis kecil untuk buangkan serdak tersebut. 
2.   Kisarkan bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga halus. 
3.   Tumiskan dalam kuali bersama sedikit minyak masak. Masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan serai. Bila dah terbit minyak dan berbau wangi matikan api. 
4.   Tuangkan bahan tumisan tadi ke dalam air rebusan tulang tadi.  Kacau rata.
5.   Biarkan mendidih sehingga daging tulang benar2 empuk. Masukkan bawang besar yang telah di belah dua dan dihiris kasar kedalam sup tadi. Masukkan juga daun limau purut dan garam secukup rasa.
6.   Matikan api dapur dan akhir sekali masukkan bawang goreng dan boleh di hidang.
Sekian dulu


Sunday 13 October 2013

Sherperd Pai Puff pulak....

As salamualaikum.... 
Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha... tentu ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung. Mori seperti biasa beraya kat sini saja... Tengahari nanti baru pergi kerumah adik kat KL.... untuk berkumpul kami adik beradik.  Peluang yang baik untuk berjumpa dengan adik beradik serentak..  hehehehe.. Rindu nak jumpa semua.... nak jumpa Abah.. 
Selamat Hari Raya buat semua dan Maaf Zahir dan Batin..


Hari ni mori tayang lagi Shepherd Pie. Dah syok la pulak bila dah reti buat... kihkihkih.. walaupun sheperd pie mori yang simple aje... tapi rasanya Alhamdullilah....  Kali ni mori guna pastri sebagai alas pie... pie tu buat dinner malam tadi... mengenyangkan.... Alhamdullilah.. 
 Mori lebih kan kentang kali ini..... mmg terlebih sudah... jadi mori topping atas inti daging tu dengan kentang sampai tinggi. Pastu letak cheese pulak... bila bakar kalernyer yang browny tu... kecur jap tengok hehehe.....


Resepinya ada di post sebelum ni... boleh chekitout di sini juga... mori ada tambah sikit bahan lain utk memeriahkan lagi intinyer.

Resepi Sheperd's Pie Puff

Bahan bahan untuk intinya.
200 gram daging cincang
1 biji lobak di potong dadu
2 biji tomato di potong dadu
10 biji cendawan butang fresh di potong dadu
1 biji bawang holland di dadu
5 biji bawang putih di cincang
1 botol sos prego
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 sudu butter.

Keju parut untuk topping
Pastri jenama kawan

Cara carannya
1.   Panaskan kuali dan cairkan butter.
2.   Tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga wangi.
3.   Masukkan daging cincangdan gaul sehingga masak.
4.   Masukkan sos prego dan kacau rata.
5.   Masukkan lobak, tomato dan cendawan. Kacau sehingga masak sempurna.
6.   Taburkan lada hitam dan garam secukup rasa. Matikan api dan ketepikan.

Bahan bahan utk pie
750 gram kentang di potong dadu dan di rebus sehingga empuk.
1/2 cawan susu segar
1 sudu makan butter
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam

Cara caranya
1.   Kentang yang telah empuk tadi di toskan airnya dan di lenyek sehingga hancur.  Pastikan kentang tidak berketul untuk dapatkan tekstur yang licin.
2.   Tuangkan susu sedikit demi sedikit, sambil tuang gaulkan kentang dengan susu.
3.   Masukkan butter, garam dan lada sulah. Ketepikan.

Cara cara untuk melapis.
1.   Ambil sekeping pastri dan masukkan dalam bekas aluminium foil. Tekan2 kan supaya pastri mengikut bentuk bulat bekas tersebut. 
2.  Lapiskan dengan kentang kemudian intinya ikut dan kentang semula. 
3.   Toppingkan dengan keju parut di atasnya.
4.   Bakar sehingga perang keperangan. 

Sekian dulu dari

Sayur campur goreng sos tiram.

 Assalamualaikum......
Hari nie kita nak tayang sayur campur yang very the kalerfull...hehehehe... Sebenarnya semalam... mori lunch ngan fren yang tinggal berhadapan rumah mori.  Kebetulan..husben nya ada keja luar... dan husben mori pun tak der...gie join biker rides.  Masing2 masak kemudian join lunch together gether..... ada lauk ayam panggang guna magic pan tu.....ada kubis rebus cicah dengan sambal belacan... ada ikan gelama masin... jiran pulak bawa sayur brokoli goreng dengan fish cake sos tiram.... sedap pulak kami makan sampai masing2 bertambah....selera betul.  Mungkin sebab ramai...riuh rendah ngan anak2 nyer pulak... apa lagi.. masing2 makan x hingat... bertambah2..hehehehe.  

Bila teringat balik sayur brokoli goreng sos tiram yang maveles semalam..teringin la nak buat...tapi dalam peti ais ada kobis yang tinggal lagi separuh biji.... Nasib baik capsicum ada... warna warni lak tu..kuning, hijau, merah semua ada...apa lagi... mori pun mula menggoreng sayur.... siap siap kan bahan bahannya .....cuma tumis kan bawang putih sebanyak 4 biji yang di ketuk, kemudian masukkan kesemua bahan2 sayur... kobis, capsicum, fish cake dan juga cendawan butang fresh petik kat ladang Gergasi semalam... kat pasaraya giant la tu..heheheh.  Kemudian masukkan sos tiram, secubit garam, lada sulah, dan juga sedikit minyak bijan.  Gaul rata kesemua bahan dah boleh di hidang kan..makan ngan nasi panas panas...maveles sungguh....  Memang sedapppnyer.... tak caya...cuba la... 


Sekian dulu dari

Sunday 6 October 2013

Sheperd atau Cottage Pie

Assalamualaikum.... rasanya enjin untuk mengapdet kan blog nie masih slow.....slow betul pickupnyer..... heeemmmm...!!! cam mana nak merajin kan semula nie yer....... sejak dua menjak nie rasa buzy sangat ... macam2 benda lain yang mori buat.... tu yang tertinggal sekejap blog nie...
Tapi tadi... mori paksakan diri untuk mengapdet kan menu yang mori buat hari nie... maveles sungguh... thxs pada mylovelyfamily-ana.blogspot.com for sharing menu yang sedap nie... Sebenarnya dah lama mori intai2 resepi dari blog2 di alam maya nie... tapi cam banyak sangat step dan bahan2nya... tu yang dok tertangguh jer... tapi bila mori terjumpa resepi yang simple untuk sheperd pai dari blog Ana... terus mori cari bahan dan mula kan operasi... dan Alhamdullilah... 1st try... maveles sungguh rasanya.


Intinya mori beli daging cincang yang fresh....beratnya cuma 200 gram. Jadi bahan2 lain mori kurang separuh dari blog Ana.  Kalau nak tengok resepi asalnya boleh jenguk di mylovelyfamily-ana.blogspot.com.
Tak rugi mencuba nya...memang senang dan maveles... 


Resepi Sheperd Pie

Bahan-bahan untuk inti:
200 gram daging cincang
1 biji lobak di potong dadu
2 biji tomato di potong dadu
1 biji bawang holland
2 biji bawang putih di cincang
Sos prego (mori guna separuh botol sos prego)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 sudu butter

Cara-carannya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan panaskan butter sehingga cair.
2.   Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga wangi.
3.   Masukkan pula daging cincang tadi dan gaul sehingga daging masak.
4.   Masukkan sos prego dan kacau rata.
5.   Masukkan pula lobak yang telah di potong dadu dan juga tomato.  Kacau sehingga masak sempurna.
6.   Taburkan serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa.   Matikan api.

Bahan-bahan untuk pie:
500 gram kentang
1/4 cawan susu segar
1 sudu makan butter
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.

Cara-carannya:
1.   Kentang di buang kulitnya, di potong dadu dan di rebus sehingga empuk.
2.   Bila kentang dah empuk, toskan dan lenyek sehingga hancur.  Pastikan kentang tidak berketul untuk mendapat tekstur yang licin.
3.   Tuang kan susu sedikit demi sedikit, sambil tuang, gaul kan kentang dan sudu.  Bila rasa kentang dah cukup rasa dengan susu tak perlu habis kan kesemua susu...ikut cita rasa kita.
4.   Masukkan butter, garam dan lada sulah, Gaul ke semua sehingga sebati dan ketepikan.

Keju parut untuk di tabur.


Cara-cara untuk melapis sheperd pie.
1.   Mori gunakan mangkuk yang boleh digunakan dalam dalam oven.  Lapiskan dengan kentang lenyek tadi sehingga rata.
2.   Lapiskan pula dengan inti daging tadi.
3.   Kemudian lapiskan semula dengan kentang lenyek semula.
4.   Akhir sekali taburkan keju parut di atas kentang lenyek tadi.
5.   Bakar dalam oven sehingga perang.  



Sekian dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...