Pages

Thursday 28 February 2013

Akuatik laut dalam rumah ku


Just nak berkongsi .... gambar gambar yang di ambil dari akuarium ikan yang di pelihara oleh husben mori nie dalam blog.  Nak share kecantikan batu batu karang yang berubah warna menjadi warna ungu.  Melihat ikan2 yang di pelihara berenang berenang di celah celah coral,  bermain main dengan kawan2 nya... boleh menjadi ralit atau kusyuk. Boleh hilangkan stress bila layan tengokkan ikan2 nie berenang tanpa henti.
 

Besar akuarium nie cuma 4' x 2 x 2.  Asalnya batu batu karang berwarna putih susu... lama kelamaan bertukar kewarna ungu.  Memang kami sendiri hairan macam mana bole bertukar warna.  Mungkin pencahayaan lampu yang di gunakan berwarna biru dan putih, mengakibat kan kesan pertukaran warna keatas coral2 yang berada dalam akuarium.  Bahkan batu batu kecil yang di taburkan di dasar akuarium pun bertukar ke pada warna ungu.  Replika bentuk barrel pecah yang asalnya berwarna coklat juga bertukar menjadi warna ungu.  Dan yang pasti coral2 yang ada dalam akuarium nie sememang hidup dan membesar.
 

Ikan2 yang di pelihara pulak adalah dari air laut masin dan air yang di gunakan juga ada lah asal dari air laut.  Ikan dan coral ni kami beli di pusat Akuatik yang memang mempunyai lesen yang sah dalam import dan eksport.  Bukan sahaja dalam negara Malaysia tapi jugak ke luar negara.  Bila air masin nie surut, air paip biasa akan di tambah ke dalam akuarium dan anti klorin akan di masukkan sekali untuk meneutral kan semula air.  Setiap 6 bulan sekali, en abang akan ke pusat akuatik untuk membeli air masin yang fresh di ambil dari laut dalam.


Akuarium nie mempunyai sistem pembersihan air nya sendiri, filter nya terletak di bahagian bawah akuarium dalam kabinet.  Memang perlukan penjagaan yang teliti untuk memelihara ikan air laut.  Sentiasa perhatikan air dan suhunya.  Bab bab menjaga, mori lepas tangan, hehehehe... nie hobi en abang... so biarlah dia yang bertanggugjawab menjaga nya.... dan dia ada pembantu (maid)  yang rajin menambahkan air dalam akuarium.  Rasanya pembantu tu lebih tau pasal akuarium ni daripada mori....hehehehe...  Bukan tak mau ambil berat tentang penjagaan akuarium nie...  Dah macam macam mori nak kena jaga especially handbag mori yang semakin membesar tu... yang memerlukan perhatian lebih.  Dah la dia sorang aje anak mori ngan en abang.  Kena la jaga lebih sikit..  Selain jadi mama pada dia...kena juga jadi cam kawan ngan dia.... kena bersaing dengan dia dalam setiap aktiviti....hehehe... betul kan.   


Alamak...dah kemana mori menyimpang citer nie... hehehe.  Ikan ikan yang di pelihara kebanyakkan nya ikan ikan kecil seperti dalam citer Nemo.  Memang seronok tengok doang berenang renang bila dapat makanan.  Makanan ikan2 nie ialah pallet di beli dari kedai menjual makanan ikan.  Jangan lah di beri makan nasi ke ayam ke...sayur ker...hehehehe... mati lah kawan tu...dan dari masa ke semasa...udang fresh yang di hancur kan  juga di beri pada ikan2 nie...masa tu...cam kenduri besar lah ikan2 nie...hehehe

 

Kalau nak menambah ikan baru dalam nie....tak boleh terus campur dengan ikan air tawar, kena ikan specis air laut juga.  Ada tips juga nak letak ikan baru dalam akuarium nie... Memula en abang akan letak dalam bekas kecil yang berpenutup tapi mempunyai ruang ruang udara dan di isi dengan air masin.  Kemudian ikan baru tu akan di letak dalam bekas yang di tutup dan di masukkan ke dalam akuarium.  Tunggu lebih kurang seminggu atau 2 minggu.  Tujuan nya untuk ikan baru tu biasakan diri bersama ikan yang lama dalam akuarium..  Kalau terus terjun kan ikan baru dalam akuarium, alamatnya tidak sampai sejam, ikan gone already, kena baham oleh ikan2 yang dah lama bermastautin dalam akuarium.  Seperti binatang2 lain, ikan pun ada their own territory.  Jadi bila pendatang baru, kena la buat suai kenal dulu... no shake fin ok...  

Pernah ada tetamu yang mengunjung kerumah kami, hairan dengan warna pada batu2 dan coral di dalam akuarium.  Sehingga dia kata, kami cat ke batu batu tu...hahahahahaa... terkejut dia ..bila kami katakan yang warna ungu tu terjadi dengan sendirinya.  Katanya bole ralit nie ...tengok ikan2 ini....hehehe...
Setakat nie cuma ikan jer la dalam nie... pernah sekali en abang letak udang yang masih hidup dalam nie... cuma beberapa hari jer sempat udang tu hidup...lepas tu udang tu gone... jadi santapan ikan ikan.  Ganaz betul. 


En abang ada sebuah lagi akuarium terletak di bahagian tepi rumah.  Akuarium tu di isi dengan ikan comel2 tapi dari air tawar.  Munkin belum serasi... ikan2 tu semua gone jugak.  Menjadi rutin, en abang akan layan duduk depan akuarium, lihat "anak2nya" nie berenang renang.  Ralit betul masa tu sampai kita panggil pun tak dengar.  Dan akuarium nie pun mejadi perhatian anak2 jiran yang rajin datang menyinggah, nak tengok ikan2 ini.  hehehe... cam nie boleh bukak kaunter kutip bayaran....hehehehe... 
Tapi hobi en abang nie tak bole lawan hobi abah mori...yang mempunyai 14 akuarium dalam rumahnya.  Dan ikan yang di pelihari adalah ikan yang besar2 besar belaka.  Kalau di jual...layan ribu ribu.  Sayangnya sungguh abah kat ikan2 yang di peliharanya.  Di gelar ikan tu anak2 nya....hehehehe layan jer lah abah...

Wednesday 27 February 2013

Fried Fish with Tamarind Sauce



Resepi nie mori dapat goggle kat Thaitable.com.   Memang geram tengok ikan kerapu yang di masak menggunakan resepi nie.   Tapi kita boleh la pelbagai jenis2 ikan, dan mori masak dengan ikan kembung.  Sebab itu yang ada dalam fridge mori...hehehehe... Kalau nak tengok resepi sebenar, bole pergi ke link nya.. Thaitable.com.   Mori dah olah sikit bahan2 nya...tapi caranya tetap sama.  Rasanya cam masam manis... sedap... especially kalau orang yang demam2 nie...memang maveles... sebab pembuka selera.  Dan yang pasti resepi nie paling cepat di masak.  Bahan2 tak banyak yang di perlukan...simple dan cepat.


Resepi Fried Fish with Tamanrind Sauce
Source: Thaitable.com

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan di goreng garing
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 sudu makan sos ikan
2 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan asam jawa (tamarind paste) (di gaul dengan secawan air)
1 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit garam
Daun limau purut di hiris

Cara-carannya:
1.   Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
2.   Cincang bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili api sehingga halus
3.   Panaskan frying pan dan tumis kan bahan yang di cincang sehingga wangi.
4.  Setelah wani masukkan air asam jawa.
5.   Masukkan juga sos ikan, gula dan gaul rata.  Biarkan ianya mendidih. 
6.   Kalau kuah menjadi pekat tambah kan sedikit air, kalau kurang masam tambah kan lagi air asam jawa.
7.   Perasa kan, jika kurang masin, tambah kan sedikit garam, klaua dan manis sedikit tambah kan gula sedikit lagi.
8.   Kuah biarlah manis, pedas dan masam.
9.   Tuang kan kuah ke atas ikan dan taburkan daun limau purut.

Tuesday 26 February 2013

Adduhhaii!!! Kawan ku nak order RVSS Cake


Tu dia my first tempahan for ... RVSSC short form for Red Velvet Strawberry Sponge Cake with stroberi on top and filling..hehehe.. Kek nie ialah tempahan dari kawan merangkap jiran mori ....  Ila Jalil. Memang bukan tujuan mori untuk menerima tempahan nie.. .Maklum la... ilmu membaking masih lagi cetek.... banyak yang perlu di pelajari, dan masih banyak yang perlu di perbaiki.  Tapi bila kawan pujuk suruh buat kan RVSC setelah dapat merasa sepotong mori beri kan pada dia hari tu... ...terasa ingin menyahut cabaran atas diri sendiri ...untuk menerima tempahan.   Alhamdullilah ...... Alhamdullilah...syukur. ... kek menjadi dengan baiknya.  Sejuk sejuk tangan masa nak kasi kek kat dia....siap baca Bismillah..supaya semuanya ok..hehe..
Resepi yang sama mori buat hari tu .... mungkin gabungan dua kek RVC ngan SSC dan juga filling jem stoberi... buat kan kek very yummmmies licious... hehehe.. dan resepi RV dari Rima... memang the best setakat nie... dan mori suka kan resepi sponge cake dari Alex Goh, memang maveles... dah cuba beberapa kali setakat nie... sponge cake ini yang the best. 

Mori copy paste resepi ke dalam post nie...for easy future reference. 

Resepi for Strawberry Sponge Cake
Source:  Alex Goh Baking Codes

Bahan-bahannya:
4 biji telur kuning
16 gram gula kastor
1/2 sudu teh vanila essence dan juga pewarna merah
100 gram tepung kek
50 gram minyak jagung

4 biji telur puith
100 gram gula kastor

Cara-carannya:
1.   Pukul kuning telur dan gula sehingga ringan dan gebu.  Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
2.   Di dalam bekas lain bukul telur putih sehingga bertanduk dan kemudian masuk kan gula dan pukul lagi sehingga adunan kental.
3.   Dengan perlahan, kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati.
4.   Perlahan lahan masukkan tepung ke dalam adunan dengan menggunakan spatula gaul adunan sehingga sebati.
5.   Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
6.   Masukkan adunan ke dalam loyang 7" dan bakar di dalam suhu 180 degrees C selama 30 minutes.
7.   Keluar kan kek bila telah masak dan sejukkan.
8.   Bila kek telah sejuk bahagi kan kepada dua bahagian.

Resepi for Red Velvet Cake
Source: RIMA

Bahan-bahannya:
1 1/4 cawa tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan coco powder
1 sudu makan pewarna merah
1/4 cawan unsalted butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh perisa vanila extract.
1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan sudu dutch lady dan 1/2 sudu makan apple vinegar ~ di biarkan 10 minit)
1/2 sudu teh apple vinegar
1/2 sudu teh baking powder

Cara-carannya:
1.   Panaskan oven ke 175 degrees celcius.
2.   Ayak kan tepung, baking powder dan garam.  Ketepikan.
3.   Dalam satu bekas kecil, campurkan coco powder dan pewarna merah dengan sesudu air dan jadi kan pes.
4.   Menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga ringan dan gebu.  Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.  Masukkan pula vanila extract dan pes coco powder, pukul sehingga sebati.
5.   Masukkan tepung dan buttermilk secara bersilih ganti.  Bermula dengan tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan berakhir dengan tepung. .
6.   Di dalam bekas kecil campurkan apple vinegar, baking soda dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.  Gaul rata menggunakan spatula.
7.   Masukkan adunan ke dalam loyang 7" yang telah di gris dan di lapikkan dengan baking powder.
Bakar selama lebih kurang 30 minit.
8.   Bila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
9.   Bila kek telah sejuk bahagi kan kepada 2 bahagian.

(gambar ini ihsan dari kawan, Ila Jalal Facebook)

Resepi untuk filling strawberry syrup.

Panaskan jem strawberry bersama 1/ cawan air di dalam periuk di atas api yang kecil.
Bila dah mendidih, masukkan hirisan strawberry dan kacau dan matikan api.
Alihkan dari periuk dan masukkan dalam bekas yang lain.  Biarkan sejuk sebentar.

Resepi untuk Cream Cheese Frosting
Bahan-bahannya:
250 gram cream cheese (Philadelphia)
100 gram butter
1 sudu teh perisa lemon
180 gram gula kastor
300 gram whipping cream non diary

Cara-carannya:
1.   Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan gebu dan bertukar warna keputihan.
2.  Tambah kan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga adunan sebati.
3.   Masukkan perisa lemon dan pukul lagi.
4.   Di dalam bekas yang lain pukul whippng cream sehingga gebu dan kental (soft peak)
5.   Kemudian satu kan adunan whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi menggunak kaedah kaup balik.
6.   Bole la mulakan layerkan pada kek.

Cara cara untuk melapis kek.

1.   Sedia kan pelapik kek.
2.  Sedia kan jus lemon di bancuh bersama sedikit air.
3.   Letakkan selapis kek RVC di atas pelapik kek.
4.   Sapukan sedikit bancuhan jus lemon ke atas kek.
5.   Sapukan cream ke atas kek seingga rata.
6.  Lapikkan kek strawberry sponge ke atas cream.  Sebelum tu sapu dulu dengan jus lemon baru letak atas krim.
7.  Sapukan cream ke atas kek sponge sehingga rata.
8.   Susunkan kepingan strawberry di atas krim.
9.   Lapikkan lagi sekeping kek RVC ke atas cream tadi.  Pastikan sapu dulu dengan jus lemon seblum melapis.  Sapukan cream ke atas kek dan susun kat kepingan strawberry atas cream.
10.  Ulang proses di atas dengan kek sponge yang terakhir pula.
11.  Sapukan cream cheese sekeliling ke dan boleh la menghias mengikut kreativi.
12.   Sejukkan sebelum di hidang.
(How much do I charge for this cake... hehehehe .. 'till now I've yet to figure it out?)

Monday 25 February 2013

Jagung Kukus Manis

En abang nie.... kalau gie jalan jauh2... suka menyinggah kat R n R yang jual buah buahan tu.  Sat lagi... dia akan calling2 kita... nak ke nie...nak ke tu...  Jumaat yang lepas dia ke Pulau Pangkor atas urusan seminar dan balik hari Ahad.  Pagi ahad dia dah call...bagi tau yang dia akan check out tengahari...so by that time... mori tak boleh lekang dengan hp.  Bila bila masa dia akan call.  Dah paham sangat... dia akan call kita berulang kali.... Kali nie...dia call mori tanya nak tak jagung manis.  Mori ok jer...tapi pesan ...jangan beli banyak banyak sangat....  kita nie tak ramai orang... hehehe.. Karang membazir...  Bila sampai ke rumah.... tengok dia bawa balik jagung selonggok.. ada lah dalam 6 biji... syukur la tu...cukup kami sekeluarga...hehehe..

Apa yer nak buat dengan jagung nie... dalam pikiran kena masak cepat jagung ni...kalau di biarkan nanti tak sedap dah.   Mori dok pikir nak kukus jer lah..cam yang jual kat pasaraya dalam cawan2 kecik tu.   Sedap jugak tu kan...  Petang tu jugak ...mori mula beroperasi.  Cuaca lak sejuk...hujan.  Makan panas panas jagung kukus ... tentu sedap kan... Mori cuma buat 3 ketul aje... selebih nya simpan untuk esok resepi lain pulak...

1.   Kupas kulit jagung sehingga bersih.
2.   Guna kan pisau...potong isi nya. Sambil tu ngup ngup masuk mulut sikit...memang sedapp..manis..

3.   Masukkan dalam bekas penapis, cuci kan dan buang kan segala bulu2 jagung yang masih melekat.  Lerai lerai kan isi jagung yang masih bercantum.

4.   Kukus kan isi jagung tadi sehingga agak2 lembut.  Tidak terlalu lembut sangat.  Bila gigit jagung tu bole terasa krup krap keranggupnnya.

5.   Bila sudah agak2 lembut, masukkan kan ke dalam bekas kecil.  Mori masukkan dlm periuk kecil.  Konon konon cam kat gerai yang jual jagung kukus nie...hhehehehe


6.   Masukkan satu sudu planta ke dalam isi jagung tadi.

7.   Masukkan juga 1/2 sudu teh garam halus.

8.   Masukkan juga 1/2 sudu teh susu pekat manis.  Gaul kesemua bahan sehingga rata.

9.   Akhir sekali masukkan ke dalam mangkuk atau gelas.  Boleh la di ngup ngup ngup...hehehe..
Makan panas panas...memang maveles...kena buat cepat cepat..supaya panas nya tak hilang. 

Saturday 23 February 2013

Nasi Lemak Daun Pisang


Wahhh!! wahhh !!! hari nie kita layan nasi lemak daun pisang for breakfast pagi tadi...hehehehe.. Teringin sangat nak makan nasi lemak berbalut dengan daun pisang buat sendiri....bukan tak bole beli kat pasar tani hari nie.... memang ada gerai yang menjual nasi lemak berbalut daun pisang..... tapi hati tu nak buat sendiri ....  tu yang sanggup mencari daun pisang awal pagi kat pasar tani.... Sebelum tu dah siap siap kan bahan2 nasi lemak.  Sambal dah di masak...ikan bilis dan kacang di goreng... nasi dah di tenggek...tinggal nak mencari daun pisang dan tinggal nak bungkus jer... .  Hari ini memang plan nak ke KL awal pagi.... nak jumpa abah ngan adik2.... jadi mori buat lebih ...boleh bawa sikit untuk doang.


Teringat dulu dulu tolong arwah mak buat kan nasi lemak untuk jualan.  Memang femes umah kami.... dengan nasi lemak arwah mak.  Bila dah kawin ....duduk dengan MIL.... dia pun sama juga... rajin buat nasi lemak untuk meniaga... tapi bukan lah.... jual dari rumah ke rumah...atau meniaga gerai.... arwah MIL buat kan nasi lemak dan di bungkus untuk FIL bawa ke tempat kerja dan di jual dengan kawan2nya.  Memang femes nasi lemak arwah Mak Wan.  Tu panggilan femes arwah MIL mori pada saper yang mengenalinya. Orangnya kecik jer... tapi pandai masak... asal orang Batu Kurau... tapi speaking kedah ..hehehe hang mai sini..hang buat apa tu... agaknya terikut FIL yang asal kedah.  Hari nie..mori pulak nak mencuba...hahahaha.... masih ingat lagi cara cara MIL membungkus...hehehe... Alhamdullilah... walaupun tak serupa macam MIL buat... tapi menjadi jugak... nyaris nyari kecundang sebab lupa nak layor sekejap daun pisang. ...
  

Seperti biasa .... siap kan dulu bahan2 untuk Nasi Lemak, seperti ikan bilis goreng, kacang goreng, sambal tumis, timun yang di hiris, telur rebus dan nasi yang di tanak dengan santan.   Sediakan daun pisang yang telah di layor atas api sebenar supaya daun pisang senang untuk dibentuk .  Mori letak 2 helai daun pisang untuk setiap nasi lemak yang di bungkus.  Mori buatkan juga...daun pisang kecil kecil untuk di letak sambal.


Sebelum layor daun pisang, basuh dan lap bersih daun pisang.   Kemudian layor kan atas api, selepas tu, siat siat kan daun pisang ikut lebih kurang 6 atau 7 inci lebar.  Mori guna kan mangkuk kecil untuk letak kan nasi atas daun pisang.  Selepas tu, letakkan bahan2 lain seperti ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan timun yang telah dihiris nipis.  Sebelum meletak sambal, mori letak sekeping daun pisang yang telah di potong kecil atas nasi, kemudian baru la mori sudukan sambal ke atas daun pisang tadi.


Lipatkan ke kiri dan ke kana daun pisang, dan hujung daun pisang di lipat ke belakang seperti gambar di atas.  Selepas tu baru lah kita lipat di bahagian lagi satu dan menjadi seperti gambar di bawah.  Kerja nie kena hati hati...supaya daun tak koyak dan nasi tak berterabur...hahahahaha... nyaris looorrr....


Ni la hasilnya.... nasi lemak daun pisang .... bila makan berbau wangi daun pisang.... sedaappnya ...maveles.

Friday 22 February 2013

Chocolate Chips Peanut Butter Cookies

 
Aiiikkk CNY dah habis... Hari raya lambat lagi... tapi mori buat cookies pulak...hehehehe.... Sebenarnya..Mori buatkan biskut nie untuk kudap2 ...kekadang tengok adda mencari somethin nak mengunyah ...kesian pulak... pastu kawan kawannya rajin menyinggah balik dari sekolah...tu yang mori bakar kan cookies nie.  Kebetulan dia ada menyebut...kawan2 nya masih teringat biskut Magic Peanut Butter in the Middles yang dah berzaman mori buat tu..... konon nak buat yang itu lah... tapi tak jadi pulak... mori tukarkan  buat chocolate chips.. dengan peanut butter... hasilnya...Alhamdullilah... maveles... 

Mori prepare kan adunan nya malam semalam... selepas siap bulat bulatkan dalam loyang pembakar... mori balutkan loyang dengan plastik wrapper... pas tu simpan dalam peti ais semalaman.  Hari nie baru mori bakar.  Dan hasilnya.....biskut bertambah ranggup.  Mori buat pon tak banyak... cuma satu adunan jer... dan mori buat besar besar supaya cepat sikit habis ... hehehe... 



RECIPE CHOCOLATE COOKIES PEANUT BUTTER

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
secubit garam
100 gm butter
50 gm gula castor
50 gm gula perang
100 gm chocolate chips
100 gram peanut butter
1 tsp esen vanila
1 biji telur

Cara-carannya:
1.   Ayakkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam.
2.   Pukul butter dan gula castor sehingga kembang.
3.   Masukkan telur dan pukul lagi.
4.   Masukkan esen vanila dan pukul lagi.  Perlahan kan speed mixer.
5.   Masukkan peanut butter dan pukul perlahan.
6.   Masukkan bahan2 tepung yang telah di ayak tadi dan gaul dengan spatula.
6.   Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gaul rata perlahan lahan.
7.  Bulat bulatkan di atas loyang pembakar dan bakar selama 20 hingga 25 minit dengan kepanasan 150 degrees.
8.   Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam balang.



Wednesday 20 February 2013

Jom berkreatif - Kitchen Towel

Minggu lepas ke Jaya jusco.... shopin barang2 sikit.... termasuk mencari kitchen towel untuk lap tangan.  Cari punya cari... tak berkenan di hati... ada yang murah... tapi kecik dan nipis pulak towel nya... Bila jumpa yang elok tebal dan panjang ..pergggghhh mahal nya harga... berbelas belas ringgit sehelai.  Lama jugak mori membelek belek kat bahagian situ semata mata nak mencari yang berkenan di hati.  At last..jumpa yang berkenan kat rak... tapi malangnya... towel tu tak der tempat penyangkut nya.  Alahaiiii...malas nya nak pikir pikir benda cam nie... mori capai jer...terus gie kaunter dan bayar.  Balik rumah...mori godak dalam laci... mencari bahan2 untuk buat penyangkut.  Guna bahan recycle... butang2 yang tidak lagi di perlukan...mori kumpul... tentu ada faedah nya, riben yang balance balance ada dalam simpanan... ni la masanya untuk kita guna pakai semula.... at last but not least...jarum dan benang... kena lah ada jugak... benang kena la kuat  sikit.  Tu dia...ni la hasilnya....mori buat tempat penyangkut kitchen towel sendiri... kita buat dia kan..bukan dia buat kita... it's cheap... 3 helai towel tu..baru RM9.90.. setiap satu RM3.30 sehelai.  Kalau beli yang ready made... same material...cost lebih kurang RM9.90 sehelai... banyak nya jimat..hehehe....
Nak tengok cam mana mori buat... jom layan... simple sahaja... kalau ada yang lebih kreatif... boleh saja buat... ikut cita rasa masing2...mori suka cam nie...sebab bila nak simpan towel...lipatan nya cantik...tersusun...hehehe...

1.  Kalau ada butang butang baju yang lama.... jangan di buang... simpan dalam bekas...  berguna juga suatu masa nanti... anak mori pernah guna butang baju untuk kreativiti projek sekolah...

2.   Riben2 yang ada dalam simpanan... Kalau pergi majlis kenduri kawin... dapat bunga telur.... kekadang ada riben2 kat bunga telur tu...bole di guna pakai...jangan di buang... hehehe...

3.   Potong riben lebih kurang 5 inci panjangnya.  Lipat dua riben dan silang kan di hujung nya seperti gambar di bawah.
4.   Sediakan benang dan jarum, letakkan riben di hujung towel seperti gambar di atas, dan masukkan jarum dari bawah riben. 

5.   Jahitkan silang pangkah 3 atau 4 kali supaya kuat.
6.   Letakkan butang, dan jahitkan sekali untuk mencantikkan nya.  Kalau tak der butang, pun tak per... 

7.   Akhir sekali, matikan jahitan di butang 2 atau 3 kali. 

8.  Jahit sedikit kat bahagian lipatan riben di penghujung towl untuk mengukuh kan lagi riben.
Akhirnya siap... bole la di guna....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...