Pages

Monday, 31 December 2012

Kerabu Tauge Bilis Goreng, Gulai Udang dan Daging Ayam Kicap Sos Tiram

Selamat tinggal 2012 yang dipenuhi dengan berbagai dugaan dan Selamat Datang 2013.  Tapi apa pun... Alhamdullilah..setiap dugaan yang datang itu... untuk menguji hambanya ini supaya menjadi lebih sentiasa mengingatinya dalam setiap perkara.

Sebagai penutup tirai 2012.... entri terakhir untuk tahun nie.... lauk yang ringkas dan juga pasti cepat di masak.  3 menu yang mori masak... Kerabu Tauge Ikan Bilis Goreng, Gulai Udang dan juga Daging ayam kicap sos tiram.  Jom layan resepinya....

Resepi Gulai Udang

Bahan-bahannya:
Udang basah yang telah di bersih kan dan di tos.
5 biji bawang kecil rose
2 batang serai
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut
Santan pekat secukupnya.
Sedikit air.
Garam secukup rasa.

Caranya:
Kisar kan bawang kecil, serai, cili api, kunyit hidup dan halia.
Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan ianya masak.
(Mori masak lebih kurang 10 minit untuk hilang bau pijar cili api)
Masukkan udang basah dan gaul rata.
Kalau kering, masukkan sedikit lagi air. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan santan pekat, ikut suka pekat yang kita nak.
Masukkan jugak daun kunyit dan limau purut yang di hiris.
Masukkan garam secukup rasa. 

Siap untuk di hidang. 


Daging Ayam Kicap sos Tiram

Bahan-bahan:
2 genggam isi ayam yang telah di toskan.
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
1/2 sudu gula
1/2 biji bawang holland yang di hiris.
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh stok ayam
5 biji cili api di hiris
Daun bawang yang dihiris

Cara-caranya:
Panaskan kuali non stick dan masukkan sedikit minyak masak.
Bila minyak dah panas, masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak.
Masukkan sos tiram, kicap masin dan gaul rata.
Kemudian masukkan bawang holland, serbuk lada hitam, stok ayam, cili api dan gaul rata.
Masukkan gula dan gaul rata.
Matikan api dan sedia untuk di hidang.  Taburkan daun bawang.

(Mori tak letak garam, kicap, sos tiram dan stok ayam dah cukup untuk menjadi perasa masin dalam masakan)


Kerabu Tauge Ikan Bilis Goreng

Bahan-bahan:
2 genggam tauge yang di bersih kan.
1 genggam ikan bilis di goreng garing dan ketepikan.
3 biji cili merah dan sedikit belacan di tumbuk hancur kasar.
1 biji bawang besar di dadu kan
5 biji cili api di hiris.
1 sudu udang kering di tumbur hancur.
1 sudu jus lemon.

Cara-caranya:
Masukkan tauge ke dalam penapis.  Curah kan air panas dan terus toskan.  Jangan celur nanti tauge jadi lembik.  Ketepikan.
Gaul cili merah yang telah di tumbuk dengan belacan bersama bawang besar, cili api, udang kering dan juga jus lemon.  Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
Gaulkan kesemua bahan bersama dengan tauge tadi.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah di goreng garing tadi. 

Kerabu mori kekurangan ikan bilis gayanya kan..hehehe..dapat sedikit aje. ..kehabisan stok...hehehe

pic ihsan dari Mr google...

Sunday, 30 December 2012

Oreo Cheese Cake for Besday Girl - Wardina Syaffira

 Mori baked cake nie...upon request dari my SIL.... Fida... semalam.  Katanya si dina nya besday yang ke 11 tahun... esok....maknanya hari nie la... fewwwhh.. almost end of the year besdaynya.  Balik aje dari KL semalam.... terus singgah kedai Bakery... mencari bahan2.  Tapi masa tu belum tau nak buat kek apa.  Yang pasti kena buat cheese cake... sbb Fida dah bagi tau yang Dina suka cheese cake.  Janji beli bahan2  yang ada kena mengena dengan cheese cake..Insyallah ok la kot..hehehee


Mori teringat yang Azlita ~ MASAM MANIS pernah post cake oreo.  Nasib baik jumpa... Alhamdullilah... Jadi ini lah hasil nya..terimakasih pada Azlita...for sharing the recipes.  Sesapa nak tengok resepi asal...bole la refer link nie... AZLITA ~ MASAM MANIS.  Cuma untuk cake span nya...mori ikut cara yang biasa mori buat... tetapi krimnya mori ikut resepi dari Azlita.  Tapi apa pun ... cara nya tetap sama cuma berbeza sikit dari segi bahan.  Jom follow the recipes... 



Resepi Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan untuk Kek Span
Sumber dari Alex Goh Baking Codes

4 biji telur kuning
16 gm gulas castor
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu teh coklat emulco
100 gm tepung naik sendiri
50 gm minyak jagung
4 biji telur putih
100 gm gula castor

Cara-carannya:
1.   Panaskan oven.
2.   Whisk telur kuning dan gula sehingga ringan dan gebu.
3.   Masukkan esen vanila, coklat emulco dan teruskan pukul sehingga adunan kembang dan ringan.
4.   Di dalam mangkuk lain, pukul telur putih sehingga mnejadi lembut dan kental, masukkan gula dan terus pukul sehingga adunan menjadi kental.
5.   Dengan perlahan, masukkan adunan putih ke dalam adunan kuning tadi dan gaul rata.  Mori masukkan dulu 1/3 dari adunan putih dan gaul rata guna spatula.  Kemudian mori masukkan yang baki adunan putih dan gaul kesemuannya sehingga rata.
6.   Masukkan tepung perlahan-lahan dan mengunnakan whisk atau spatula dan gaul adunan hingga mnejadi sebati secara kaup balik.
7.   Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
8.   Tuangkan adunan ke dalam loyang 8" dan bakar dalam suhu 160 deg C selama 35 minit.
9.   Bila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
10.   Bila telah sejuk bahagikan kek kepada 2 bahagian.

Mori bahagikan adunan dua bahagian dan bakar dalam dua loyang berasingan.  Jadi mori tak perlu potong kek menjadi 2 bahagian.


Krim Keju (Cheese Cream)

1 paket biskut oreo
250 gm krim keju ~ pada suhu bilik
80 gm gula kastor
100 gm coklat masak ~ di cairkan
50 gm krim putar
50 gm air
15 gm halal gelatin
1 sudu teh esen vanila

Cara-carannya:
Larutkan gelatin dalam 50 gm air dan biarkan kembang.
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepkan.
Cairkan coklat masakan secara double boiler juga dan ketepikan.
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik.
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju.
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati.
Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau adunan sempurna.

Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental (soft peak).
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi dan kaup balik adunan hingga rata.
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Masukkan adunan ke dalam piping beg.

(Mori double kan adunan di atas)



Cara-cara

Sediakan papan lapik kek berukuran lebih besar dari kek.  Mori guna kan lapik kek size 10"
Sediakan loyang spring atau loose pan berukuran 8" dan letak atas lapik kek tadi.
Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling loyang dengan plastik mika.
Masukkan sekeping kek span coklat di dasar loyang tadi.
Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat.
Susunkan kepingan biskut oreo di atas krim keju tadi.
Tuangkan selapis lagi krim keju untuk menutupi biskut oreo tadi. 
Kemudian mori lapiskan lagi sekeping kek span di atas krim tadi.
Mori ulang semula dengan paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat.
Kemudian mori susukan kepingan biskut oreo di atas krim keju tadi.
Tuangkan lapisan krim keju untuk menutupi biskut oreo tadi.
Ratakan kan permukaanya.
Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam.
Keluarkan kek dari loyang.
Kemaskan tepinya ~  mori sapukan lagi krim keju di sekeliling kek.
Bole gunakan spatula besi, celup dalam air panas dan lap kering.
ratakan pada tepi kek supaya permukaanya licin.
Hias lah kek mengikut kreativiti anda.

Since mori buat 2 layer kek  nie...untuk krim keju mori double kan adunannya.
Bila di potong nanti.. ada 2 layer kek ~ paling dasar .kek span, kemudian krim keju berintikan oreo, kek span semula dan akhir krim keju berintikan oreo.


Happy Birthday Wardina Syaffira.

Wednesday, 26 December 2012

Crepe Oreo

Berjaya jugak akhirnya mori buat crepe...hehehehe.. asik tengok ramai yang post gambar crepe... tapi mori juga yang belum mula kan..... Asik tak ader masa nak buat.... dan belum teringin nak makan iyer pun sebenarnya.  Tapi bila tengok kawan blogger lain buat...rasa cam seronok juga.  Adik mori pun dah terror buat crepe durian... anak nya si khaisya... peminat setia crepe mamanya...

Bila blogger Zila...post gambar oreo crepe nya... terasa cam sedappnya.  Ingatkan rasa cam susah jer...tapi rupanya tak la cerewat sangat.  Memula aje nak jadi kan crepe tu belum mahir...tapi bila dah dapat teknik nya... alhamdullilah... senang. 

Mori ikut resepi dari dapur zila4ever.blogspot  yang mana idea asal dari rahel.  Jom layan resepi nya.

Resepi Crepe Oreo

Bahan-bahannya:
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung katard
10 gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna kuning (mori guna pewarna biru)
perisa durian (mori gantikan dengan vanila extract)
Oreo secukupnya

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkul.  Sebatikan dengan whisk dan tapis.
Kalau pekat tambah air sedikit.
Boleh juga di blander, cuma adunan akan menjadi sedikit berbuih.  Kena hilangkan buih2 itu dahulu... untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
Panaskan kuali non stick.  Ambil sesenduk kecil... tuangkan adunan ke dalam kuali sambil di pegang.
Layangkan kuali agar adunan sekata dan masak atas api kecil.
Masak sehingga kering, angkat dan tak perlu terbalik kan semasa mengangkat.

Fillingnya
150 mlm fresh cream di putar sehingga kental.
Oreo secukupnya.

Caranya:
Letakkan cream di tengah crepe dan letakkan orea.  Kemudian letak lagi cream di atasnya
Lipat kiri dan kanan.  Atas dan bawah.
Siap.  Yummmyy..hehehehe..


Mori guna pewarna biru...tapi jadi warna hijau.  Tak kisah lah kan... asal menjadi...hehehehe  Adda pun suka makan... berketul ketul dia sapu.  Cuma Mr Husben aje kurang nak makan.  Katanya tengok warna hijau tu...dia kurang minat..hehehehe.  Sajer jer dia tu...ngades...

Pasni nak cuba perisa lain....cuma perisa durian belum mengugat perasaan mori untuk mencuba..hahahaha.... I don't know why... tapi rasa pelik...bila isi durian campur ngan cream... tapi crepe durian yang femes dulu kan..hehehehe..
 Ni gigitan anak dara ku...ngap sekali harung...hehehehe..

Tuesday, 25 December 2012

Bubur Durian kacang hijau

 Hari nie cuti public holiday... kebetulan tak der plan kemana mana.  Duduk umah aje la nampaknya.... Husben pulak kena kerja....jadi bila tak der plan ..mori lebih suka mengemas rumah... susun atur balik mana2 yang tertangguh untuk di kemas.  Lebih lebih lagi ruang dapur..... yang perlukan lebih perhatian.  Ada aje yang perlu di buat.... cuti pun tak rasa cam cuti.  Letih gak.  Cam biasa....prepare breakfast, pas tu lunch... pas tu minum petang.... pas tu....cukup la yer.....mori stop kat minum petang  jer.... hehehe..dah biasa kita orang nie bila cuti....kita orang makan lunch... lewat ...kekadang pukul 3...kekadang pukul 4... so hari nie kol 3.30 baru lunch... jadi tea time kita orang... masa nak dekat magrib... kira jadi dinner la sekali kan...hehehe...


Hari nie mori buat bubur durian kacang hijau.  Durian nie kami petik kat tepi jalan area rumah kami....hehehe... pas tu..kena tunjuk la kertas warna warni tu.  Tapi tu lah.. isi nya tak berapa best.  Buat bubur durian lagi sedap kan.  Sebelum nie mori dah buat pengat durian....memang kesukaan husben....mori pulak..kureng sikit pengat pengat nie.  Bukan tak makan..cuma tak laju jer hehehehe.  Kali nie mori letak kacang hijau sebagai bahan tambahan.  Mengomel jugak mulut husben... terpacul juga ayat...naper tak buat pengat durian cam hari tu.  Mori jawab ...sajer jer...tambah kacang hijau..bagi nampak banyak sikit...kihkihkih.
Jom layan resepinya... 


Resepi Bubur Durian Kacang Hijau

Bahan-bahannya:
175 gm kacang hijau
2 biji durian (di ambil ulasnya)
1 kotak santan pekat
2 helai daun pandan
1 buku gula melaka
1 sudu gula perang
Secubit garam

Cara-carannya:
Rebuskan kacang hijau dengan secubit garam dan daun pandan sehingga agak2 empuk.
Masukkan isi durian dengan biji nya sekali dan masak sehingga isinya lembut.
(Kalau kering masukkan air masak sedikit demi sedikit)
Masukkan gula melaka dan juga gula perang
Akhir sekali baru masukkan santan pekat dan kacau sebati.
Biarkan mendidih sebentar.  Matikan api dan sedia untuk di hidang.



Monday, 24 December 2012

Kerabu Ikan Bilis Daun Selom

Tak puas makan kerabu ikan bilis kat majlis kenduri ahad lepas, jadi hari nie balik aje kerja terus singgah Central Mart untuk mencari bahan2 buat kerabu ikan bilis nie.  Tapi salah satu bahannya daun ketumbar kehabisan pulak...jadi mori gantikan dengan daun selom.  Mori padan kan dengan ikan masin bulu ayam... Laju jer makan... tak hinggat dah diet masa tu.... 
Rasa masam2 jus limau kasturi.... pedas cili api, kerangupan ikan bilis.... memang the best.

Mori salin kan semula resepi nya kat sini...

Resepi Kerabu Ikan Bilis Daun Selom

Bahan-bahannya:
Ikan bilis yang telah di goreng dan di ketepikan.

1 biji bawang holland di potong dadu
5 biji bawang kecil merah di potong dadu
20 biji cili api di hiris halus
3 batang serai di hiris halus
2 biji tomato yang di buang biji dan di potong dadu
1 ikat daun selom atau daun ketumbar yang di hiris kasar
Sedikit garam
1/2 sudu makan gula
Jus limau kasturi (anggaran 10 biji)

Cara-carannya:
Gaul kesemua bahan-bahan tadi kecuali ikan bilis, limau kasturi, garam dan gula.
Masukkan garam, gula dan jus limau kasturi kemudian gaul rata dan rasa.
Mana yang kurang tambah lah ikut selera.
Akhir sekali baru masukkan ikan bilis, gaul rata dan sedia untuk di hidang.


Sunday, 23 December 2012

Cempedak goreng ngan kopi susu

Sibuk memanjang betul minggu nie.... jadi dapur pun kurang berasap... kalau masak pun yang simple2 aje.  Tengahari tadi ada majlis kenduri tahlil .... menu yang di hidang pulak best best belaka...dan yang membuka selera ada sambal belacan ngan tempoyak...perrgghhh terangkat bila makan...heehe...ramai pulak geng seangkatan gie repeat tambah sambal .... sedap betul.

Petang tadi hujan renyai2... permintaan Mr husben....goreng kan cempedak yang di beli siang tadi.  Simple jer... boleh buat makan untuk dinner sekali...hehehe... 


Resepi Cempedak Goreng

Bahan-bahannya
1 biji buah cempedak yang di ambil ulas nya dan di buang biji nya.

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu makan gula halus
Air sejuk dari peti ais secukup rasa.

Cara-caranya:
Gaulkan tepung beras, tepung gandum, garam, baking powder dan gula halus bersama air sejuk.
Adunan biar la pekat pekat gitu supaya melekat kat cempedak.
Selepas adunan sebati.  Biarkan dalam peti ais sebentar. 
Lebih kurang 15 minit baru lah keluarkan dari peti ais dan gaulkan cempedak ke dalam adunan dan di goreng dengan minyak yang panas.


Buat kan kopi susu.... makan ngan cempedak goreng panas panas.... memang best...


Wednesday, 19 December 2012

Moist Chocolate Cupcakes with Cream Cheese Frosting

Hari ini terasa nak baked something nice for Adda.  Dan mori pulak memang suka buat cupcakes.   Jadi ini la hasilnya cupcakes hari ini.... untuk hari yang special.  


Mori guna resepi Best Moist Chocolate Cakes untuk buat cupcakes nie.    Resepi nya bole refer kat SINI.  Dan untuk cream nya ...mori buat kan cream cheese frosting....

Bahan-bahannya:
125 gm cream cheese Phillapedia
60 gm butter
1 cup icing sugar
1 teaspoon esen rose
Sedikit pewarna

Cara-carannya:
Pukul cream cheese dan butter sehingga kembang dan gebu.
Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga gebu.
Masukkkan esen rose dan pewarna kesukaan.
Pukul sehingga menjadi gebu dan ringan.
Boleh la hias atas cupcakes ikut kreatif kita.

Mori buat simple jer.... hehehe.....


Dalam cupcakes nie mori letak kan sebiji chocolate Hersheys's HUGS Kisses dalam setiap cupcakes.  Bila makan tu terasa la ada xtra chocolate dalam tu. 


Cupcakes nie for special girl.  Proud of you Adda.


Congratulations Adda

Pasta Linguine Tuna Mushroom

Dinner tadi mori sediakan pasta Linguine dengan Tuna dan Mushroom. Teringin pulak nak buat pasta tuna... biasa dengan daging atau ayam.  Tak cuba...kita tak tau kan.... Alhamdullilah menjadi...Memula mori rasa cam kering sikit pasta nie.... mungkin cheese tak cukup banyak kot.  Next time, kalau nak repeat lagi menu nie...mori akan buat kan ianya lebih basah dan lebih kan cheese. 
Tapi husben mori makan berulangkali tambah... 1st time tambah...dia tanya mori...bole ke tambah... mori angguk jer... seronok aar dalam hati...tanda nya sedap la tu kan....
Pas tu dia tanya lagi... ada sesapa nak lagi tak ni... mori jawab...tidak... dia tanya lagi... abang nak tambah lagi... mori tengok jer muka dia...hehehehehe.. ibarat dia tanya ngan nurse la ni...mana bole dinner makan banyak2 kan tapi cam tak sampai hati... mori jawab pelan jer...tambah la ..hehehee...berbunga gak dalam hati...aiii sedap sangat ker...maknanya dah 3 kali makan kan... dah banyak tu... 
Tapi bila 3rd time dia mintak tambah... mori dah risau nie... abang nie...tak risau ker....dia buat blurr..jer...sambil tangan mencedok lagi pasta dan masukkan ke pinggan dia...hahahahahhaa... mori gelak kan jer lah masa tu...
Rasanya sedap lah kot... tapi dia makan dengan cili sos....untuk tambah kan kepedasan.  Kira ok lah pasta tuna 1st time buat nie... hehehehehe ..  Jom layan resepi nya.


Resepi Pasta Linguine Tuna Mushroom

Bahan-bahannya:

1/3 Pasta Linguine ready made dalam packet.
6 biji cendawan butang yang di hiris nipis
1 tin size besar tuna flakes perisa original.
2 biji cili merah yang di belah dua dan di hiris
1 biji bawang holland yang di potong dadu kasar
1 sudu teh secukup rasa
1 sudu teh black pepper
Garam secukup rasa
Daun sup yang di hiris kasar
1 sudu makan basil kering
4 keping cheese cheddar

Cara-carannya:
Panaskan air dan rebus pasta Linguine sehingga lembut.  Letakkan sedikit garam dan juga sedikit minyak masak dalam rebusan.  Bila sudah lembut, toskan dan lalu bawah air paip.  Sekejap aje. Toskan kemudian masukkan  ke dalam bekas yang boleh di bakar dalam oven.  Ketepikan dulu.

Bahan-bahan rencahnya:
1.   Panaskan kuali non stick dan tuang kan sesudu minyak olive oil.
2.   Masukkan cendawan butang dan biarkan ianya masak sebentar.
3.   Bila cendawan telah masak, masukkan bawang holland dan kacau rata.
4.   Kemudian masukkan tuna dan juga cili merah.  Gaul rata.
5.   Masukkan serbuk secukup rasa dan juga garam.
6.   Masukkan juga basil kering dan gaul rata.
7.   Matikan api, barulah daun sup tadi di masuk ke dalam kuali dan di gaul rata.  
8.   Tuang kan bahan tadi ke atas pasta.  Ratakan.
8.   Taburkan sedikit basil kering. 
9.   Koyakkan cheese cheddar dan taburkan atas pasta.
10.   Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 180 degrees selama 10 minit sehingga cheese cair.
11.   Keluar kan dari oven dan sedia untuk di hidang.   


Rasanya kalau nak tambah bahan2 lain pun bole juga... seperti sausage atau seafood.  Ikut selera memasing ...... janji sedap...dan bole di makan.  


Monday, 17 December 2012

Ikan Siakap Pedas

Famili mori (adik beradik) memang suka lauk yang pedas pedas.  Ikan di goreng dengan cili api memang favourite kami sekeluarga.  Pedas pedas giteeww... yummmyy.... Cuma husben and daughter mori aje lom sampai ke tahap makan pedas cam famili mori..hehehehe... jadi mori jarang masak masakan yang menumis menggunakan bahan seperti cili api yang di blend atau di tumbuk.  Setakat goreng sebiji sebiji buat tabur kan atas lauk...tu biasa lah... bukan doang kutip makan pon...hehehehe..doang tolak tepi pas tu transfer ke pinggan mori...hehehe...
Mori nak kongsikan  resepi ini yang mori makan kat sebuah restoran sekitar perumahan mori.  Kita bole pilih beberapa jenis ikan yang kita suka...dan mori pilih ikan siakap pedas.  Bila sampai aje lauk tu....peewwwhhh memang pedas kaw kaw masakan nya... masakan orang Patani, Thailand.  Bila tengok dia serve ikan tu dengan bawang holland yang kekuning kuningan tu.... adduuhh berselera nya.  Merecik peluh makan lauk hari tu..heheheh tak senonoh kan..hehehehe...almaklum la...restoran tak der aircon.  Mori yang tahan pedas pun terpaksa order segelas air lagi.  
Rasa rasanya mori bole agak bahan2 yang di gunakan...simple jer... mori cuba la... dan rasanya hampir sama... memang lah tak leh sama kan.... lain tangan yang memasak nya...lain lah rasanya kan... hehehe..
so ini lah hasil nya.  Close enough... pedass pedas....tapi tak sepedas yang mori makan kat restoran tu. 


Resepi Ikan Siakap Pedas

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar di bersih dan di kelar.

6 biji bawang putih
10 biji cili api
1 biji bawang besar merah
1/2 inci kunyit hidup
(tumbuk kasar bawang putih, cili api, kunyit dan bawang merah)

1 batang serai yang telah di titik
1 biji bawang holand yang di potong memanjang.
10 biji cili api yang di belah dua
2 helai daun limau purut yang di hiris halus
1 sudu sos plum atau sos ikan
Garam secukup rasa
Sedikit gula.

Cara-caranya:
1.  Gaul kan ikan siakap dengan garam dan kunyit.
2.  Goreng kan ikan siakap tadi sehingga garing dan ketepikan.
3.  Asingkan minyak goreng ikan dan tinggal kan sedikit dalam kuali.
4..  Tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga wangi.
5.  Masukkan serai yang telah dititik dan kemudian masukkan bawang holand, cili api dan gaul semuanya.
6.  Masukkan sos plum dan juga garam secukup rasa.
7.  Masukkan sedikit gula.  (sedikit aje supaya masakan tak terasa manis).
8.  Taburkan daun limau purut dan matikan api.
9.  Tuangkan kan bahan tumisan tadi ke atas ikan.
10.  Sedia untuk di hidang.


Kalau nak rasa masam masam sikit....perah la sedikit limau nipis.

Sunday, 16 December 2012

Ayam Kicap Normah

Seminggu mori bercuti jadi seminggu gak lah dapur mori tak berasap..... seronok gak yer bila tak payah pening pening nak memikirkan nak masak apa kan...hehehe.  Tapi hari ini mori tetap kena kedapur memasak untuk lunch hari ini.  Kebetulan sister mori ...nak datang collect barang2 yang di kirim nya... jadi dia pelawa diri nya makan lunch di rumah mori...hehehe.. Seronok gak bila adik datang menjamu selera bersama sama.  Selalu bila jumpa cam kat tol Touch N Go... sekejap jer... jadi bila singgah makan dapat la sembang lama2 sikit.  At first mori nak buat ayam goreng lemon...tapi instruction dalam message mention... masak ayam kicap untuk anak dia ... tu favourite doang.  Emmmm!!! cancel la nampaknya plan nak buat ayam goreng lemon... baik ikut selera doang..... lagi pun mori memang dah lama nak masak ayam kicap nie.   Lauk ayam masak kicap nie...memang favourite family Normah... (nama arwah mak kami)... dan lauk ini memang menjadi menu wajib dalam family kami yang ramai.  Menu yang simple tetapi menjilat jari sehingga ke cucu cucu Normah pun suka kan lauk nie.   Mori kongsi kan resepi Ayam Kicap Normah yang mudah dan ringkas.  Jom layan.


Resepi Ayam Kicap Normah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam yang di potong kecil dan di bersihkan.
1/2 botol kecil kicap manis
1 cawan air
5 @ 6 sudu makan gula pasir.
1 biji bawang holand yang di potong kasar.

Cara-caranya:
1.   Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
2.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
3.   Goreng kan ayam sehingga 3/4 suku masak.  (Jangan garing sangat yer)
4.   Bila ayam semua telah habis di goreng,  tinggal kan sedikit aje minyak dalam kuali dan  masukkan semula ayam yang telah di goreng ke dalam kuali.
5.   Tuang kan kicap manis ke dalam kuali dan gaul rata.
6.   Masukkan air dan juga gula ke dalam kuali dah biarkan mendidih sehingga menjadi pekat.
7.   Taburkan bawang holland dan gaul rata.  
8.   Sedia untuk di hidang.

 

Lebih banyak gula yang di masukkan ke dalam kuali...akan lebih likat kuah kicap.  Ianya akan menjadi lebih sedap. 


Saturday, 8 December 2012

Udang Tempoyak Berlada dengan Taugeh Kucai Tumis Minyak Bijan

Menu untuk lunch hari nie.... Udang Tempoyak Berlada dengan Taugeh Goreng minyak Bijan.  Awal pagi lagi mori dah siap2 masak untuk lunch...sebab nya lepas breakfast mori nak keluar gie beli barang2 makanan untuk dibawa gie travel.  Selepas nie...dapur maya mori tak berasap la buat beberapa hari...  
Jadi sebelum tu....mori nak kongsikan resepi Udang masak tempoyak nie... mentang2 la musim duriankan... puasss makan tempoyak.... Terimakasih pada jiran2 mori yang sudi bagi tempoyak baik yang mentah dan juga yang dah masak dengan ikan bilis dan petai......Alhamdullilah...rezeki jangan di tolak..hehehe.  Bessstt betulll.... makan tadi... dengan Udang masak tempoyak dan juga sambal belacan cicah tempoyak...hehehehhe ...hantu tempoyak ke kami nie..heheheheh .


Tempoyak ada lah salah satu favourite mori... lebih2 lagi kalau tempoyak di cicah dengan sambal belacan.   Perggghhh memang ... laju jer makan... tu yang bole tersasar diet nie....  Bagi yang suka makan tempoyak... memang la suka kan....tapi bagi yang tak suka dan tak reti makan tempoyak agaknya......tengok tempoyak nie pun tak heran kot.


Jom layan resepi hari nie... mori padan kan juga lauk hari nie dengan sayur taugeh/kucai tumis dengan minyak bijan.  


Resepi Udang Tempoyak Berlada

Bahan-bahannya:
20 ekor Udang Kertas sederhana besarnya dibersih dan di toskan air

1 biji bawang besar *
6 biji bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1/2  inci halia *
(Bahan2 * ini di kisar halus)

3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa (sedikit jer asam jawa tu)
3 sudu santan pekat dalam kotak (Bole guna santan biasa)
1 sudu makan tempoyak
1/2 cawan air
(Campurkan santan, tempoyak, air dan gaul bersama)

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-caranya:
1.   Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.  Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.   
3.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit bau wangi.
4.   Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak betul.
5.   Bila cili telah masak, masukkan air asam jawa dan kacau rata.
6.   Masukkan pula udang yang telah di goreng tadi dan gaul rata.
7.  Bila udang telah masak, masukkan campuran santan dan tempoyak.
8.   Biarkan ianya mendidih sebentar baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
9.   Taburkan daun limau purut dan tutupkan api dapur.
10.   Sedia untuk dihidang.


Resepi Taugeh Tumis Minyak Bijan

Bahan-bahan:
50 sen taugeh yang telah di bersih kan dan di toskan
Lobak yang di hiris seperti mancis.
1 biji cili merah di hiris seperti mancis
Daun kucai yang telah di potong sepanjang 1 inci.

3 biji bawang putih di ketuk dan dicincang halus.
1/2 biji bawang besar di hiris halus
1 sudu makan udang kering di rendam dan di tumbuk halus
1 sudu stock ayam
1 sudu minyak bijan.
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak masak.
Bila dah cukup panas, tumiskan bawang putih sehingga terbit bau wangi baru di masukkan bawang besar dan udang kering yang telah di tumbuk halus.  Kacau rata.
Masukkan Lobak dan cili merah dan kacau rata..lebih kurang seminit aje.
Masukkan taugeh, stock ayam dan juga minyak bijan.  Gaul rata.
Masukkan kucai dan gaul rata. Tutup api dengan segera.  Kalau terlalu lama masak kucai nanti akan lembik layu.


Thursday, 6 December 2012

Icecream Sandwich Cake

Ulangtahun perkahwinan mori bersama suami jatuh pada 4hb Dec.  Takder lah celebrate sangat... tapi ada lah wish each other happy anniversary...hehehehe.. not so romantic kan.  Keluar juga gie makan2 anak beranak jer.  Anniversary kali nie  jatuh pada hari kerja...jadi mood nak kuar celebrate tu tak der lah beria sangat....   Nak di jadi kan citer masa mori baked cake untuk niece mori ...si khaisya... husben igat mori bake cake tu untuk our anniversary... alamak sori la yang.... ni untuk si khaisya... sian dia... kita punye esok mori bake yer... dah tak larat nak buat 2 biji cake in 1 nite.  hehehehe.. Tu la semalam...after siapkan dinner untuk husben... terus membaking la kat dapur..tapi mori tak ingat cam mana nak buat kek iskrim nie... rasanya dulu pernah buat sekali... luper betul.  Nak google..adda guna laptop... nak surf guna handphone.... line susah sikit... so mori buat ikut suka hati mori hehehehe... so ini lah hasilnya.


Mori baked dulu Vanila sponge cake untuk di jadikan base dan topping.  Bahagian tengah mori letak kan icecream dan topping kan dengan chocolate ganache yang pekat... Itu la sebab nya mori panggil Icecream Sandwich...sebab icecream tu di apit oleh kek cam roti sandwich.  Tapi tu la buat kek nie...kena cepat cepat letak dalam freezer....untuk di bekukan..klu tidak lekas la ianya cair...

 Ni resepi Sponge cake by Alex Goh Baking Codes... mori suka kan resepi nie...dah banyak kali mori buat...kek nie memang sedap dan cantik.   Mori copykan resepinya di bawah ..

Resepi Vanila Sponge Cake
 
Bahan-bahannya:
4 telur kuning
16 gm gula castor
1/2 sudu kecil vanilla essence
100 gm Plain Flour (I used Self Raising Flour)
50 gm minyak jagung.
4 telur putih
100 gm gula castor

Cara-carannya:
1.   Panaskan oven.
2.  Whisk telur kuning dan gula sehingga ringan dan gebu.  
3.  Masukkan esen vanila dan teruskan pukul sehingga adunan kembang dan ringan.
4.   Di dalam mangkuk lain, pukul telur putih sehingga menjadi lembut dan kental, masukkan gula dan terus pukul sehingga adunan menjadi kental.
5.   Dengan perlahan, masukkan adunan putih ke dalam adunan kuning tadi gaul rata.  Mori masukkan dulu 1/3 dari adunan putih dan gaul rata guna spatula.  Kemudian mori masukkan yang baki adunan putih dan gaul kesemuanya sehingga rata.
6.   Masukkan tepung perlahan lahan dan menggunakan whisk atau spatula dan gaul adunan hingga menjadi sebati secara kaup balik.
7.   Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
8.   Tuang kan adunan ke dalam loyang 8" spring .  Bakar dalam suhu 160 deg C selama 35 minit.
9.   Bila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bila dah sejuk bahagikan kek kepada 2 bahagian.  Masukkan satu bahagian ke dasar loyang spring tu semula. Dan sejukkan sebentar dalam petiais.  Keluarkan aiskrim dari freezer dan kaup aiskrim ke dalam loyang.  Mori letak satu bekas aiskrim perisa vanila.     Buat dengan cepat.  Takut nanti aiskrim cair.  Mori buat waktu malam sebab cuaca sejuk.  Tutupkan dengan satu lagi bahagian kek sponge ke atas aiskrim tadi dan simpan dalam peti sejuk.  Biarkan beberapa jam supaya aiskrim keras semula.  Bila nak makan curah la coklat ganache di atasnya.  Mori buat coklat ganache tu pekat sikit heehehhe... saje jer tu...

Next time mori nak lapik bahagian tepi loyang dengan plastik keras supaya bila keluarkan kek dari loyang.. aiskrim tak melekat pada loyang...hehehe tu yang tak tunjuk kek aiskrim sebiji... sebb bahagian tepi nya tak berapa cantek...kantoi la pulak kan...


Wednesday, 5 December 2012

Kacang Botol tumis dengan Cendawan Tiram

Dah lama sungguh mori tak masak sayur kacang botol.  Kekadang tu bole terlupa apa yang dah biasa di makan... mori suka masakan yang ringkas dan cepat di masak.  Bila perut dah lapar... jadi senang sikit mencanang dalam fikiran nak masak apa ....hehehe...kebetulan ada pasar malam....... singgah sekejap beli sayur...balik rumah terus mula masak.  Kebetulan kawan adda si qeha ngan adiknya pun ada sama... Pelawa sekali join makan ngan adda.
Mori pulak ajak si yati...jiran depan rumah yang tengah sarat pregnant join sekali.   Memula malu malu kucing....tapi lepas tu bila dah rasa.....siap tambah nasi lagi.  Pekena pulak dengan sambal belacan berulam kan tempoyak....ada pulak ikan masin gelama masam.... kawan tu berselera la makan.  Kita bagi peluang kat dia....dah bersalin nanti... tak dapat la nak makan cam nie....harus berpantang..heheheehee.
Husben balik lewat pulak... so mori sedia kan hidangan lain untuk dia... diet kena jaga jadi tak leh bagi dia makan nasi waktu malam... Tapi siang hari mori bekalkan nasi ngan lauk untuk dia makan kat tempat kerja.  Cukup la tu kan...tak mau berat badan bertambah... kena control control... 

 Jom layan resepinya yang mudah..  

Resepi Kacang Botol 

Bahan-bahan:

15 buah kacang botol yang di potong kecil dan menyerong
1 paket cendawan tiram yang di siat halus.
3 biji bawang putih yang di cincang halus
1 biji cili merah yang di cincang halus
1 sudu makan sos cili thai
1/2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu isi ikan masin gelama yang telah di goreng.

Cara-carannya:
Tumis bawang putih sehingga terbit bau wangi.
Masukkan cili merah dan kacau rata
Masukkan sos cili thai, sos ikan, sos tiram dan gaul rata.
Masukkan kacang botol yang telah di potong kecil dan tumis sehingga agak lembut.
(jangan terlampau lembut)
Masukkan pula cendawan tiram dan tumis sehingga cendawan masak.
Masukkan sedikit garam dan juga sedikit minyak bijan.  Gaul rata
Tutupkan api.  Hidang kan di atas pinggan dan taburkan isi ikan gelama di atas sayur. 


Moist Chocolate Cake with Cream Cheese Frosting for Khaisya Rania

Kek nie mori baked untuk my niece Khaisya Rania yang celebrate besday yang ke 4.  Memang tak plan nak buat kek untuk dia.  Mori just wish her besday kat FB... (budak 4 tahun pun ada FB tau.. hehehe). Tetiba mama khaisya pulak bole comment... mintak kek....
Mama dia nie ngader ngader sikit... dia leh buat kek sendiri untuk anak nya... hehehehe... tapi mori rasa tak sampai hati .... dok terpikir... kesian nya khaisya... dulu tentu nenek nya akan peluk dia... wish dia happy besday... neneknya akan cium dia...duduk atas pangku tapi sekarang... khaisya dah tak dapat rasa tu semua lagi.  Masa tu la rasa hiba... tu yang malam semalm... letih banget selepas bertungkus lumus preparing untuk food contest... mori gagahkan juga buat kek nie. 


Since mori baru jer buat Best Moist Chocolate cake baru baru nie... jadi nie pon mori buat kek yang sama jugak... tapi mori guna loyang 8" pulak ... kemudian mori bahagi kan kek kepada 3 bahagian.

Untuk resepi cake Best Moist Chocolate Cake bole klik resepi Moist Chocolate Cake

Mori buat cream cheese frosting untuk layer kan kek nie...dan sapu di keliling chocolate cake nie.


Resepi Cream Cheese Frosting
Sumber dari Masam Manis - Azlita

250 gm cream cheese - biarkan ia lembut dahulu
100 gm butter tanpa garam
180 gm gula icing
2 cawan Non Dairy Whipping Cream
1 sudu teh pes lemon

Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan bertukar warna keputihan.
Perlahankan mixer dan tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga adunan menjadi sebati.
Kemudian tambahkan lemon paste.
Dalam bekas berasingan, pukul Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan bertanduk.
Satukan Whipping Creme ke dalam cream cheese dan gaul menggunakan kaedah kaup balik.
Bila dah siap boleh lah kita layerkan pada kek.


Happy Besday Khaisya Rania.  Semuga menjadi insan yang terbaik.

Mama nya nak celebrate dulu kat umah mori.... jadi kami nyanyi kan lagu besday untuk Khaisya.  Malu2 pulak budak kecik nie...dia ajak abang dia sama berdiri sebelah dia.  At least dia happy... kami pun happy.. 
Wish you all the happiness Khaisya Rania


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...